Jumaat, 9 Disember 2011

Iklan:Kitab Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi'e


Panduan yang paling sempurna dalam sembahyang ialah sembahyang yang didirikan seperti yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW bersabda, “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasulullah SAW) sembahyang.”

Buku Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e ini hadir dihadapan para pembaca untuk menerangkan bahawa solat yang kita dirikan selama ini hakikatnya datang daripada bentuk solat Rasulullah SAW yang telah diterangkan dengan lebih jelas oleh ulama’-ulama’ yang alim dalam empat mazhab terutama imam kita yakni Imam Syafi’e.

Justeru, hendaklah kita yakin bahawa sembahyang cara mazhab Syafi’e adalah mengikut sembahyang cara Nabi SAW. Cara inilah yang telah dipelajari dan ditekuni oleh masyarakat Islam di negara ini yang bermazhab Syafi’e sejak zaman berzaman. Cara inilah yang telah dan sedang diajar, malah menjadi sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah (KAFA dan PAFA) di seluruh Malaysia, di pondok-pondok dan institusi pengajian, malah ia diajar dan dikupas dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia yang bermazhab Syafi’e.

Tunggu Kemunculannya!!!


~::TALAQI UIAM KUANTAN::~


MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH
صلى الله عليه وسلم

Majlis Talaqi UIAM Kuantan
Oleh

Al-Fadhil Ustaz Mustafa Kamal

"PENGAJIAN KITAB PELITA PENUNTUT KARANGAN AS-SYEIKH AZ-ZURNUJI"

Hari : Jumaat ,10/12/2011

bertempat di Musolla CF brother

Selepas solat Maghrib

AYUH SAMA-SAMA AMBIL PELUANG UNTUK MENGHADIRKAN DIRI DALAM SATU MAJLIS YANG DIHADIRI OLEH BERBONDONG-BONDONG PARA MALAIKAT. MOHON DIBAWA BERSAMA HATI YANG IKHLAS DAN SENTIASALAH MENGAWASI ADAB KITA. Allahu'alam


"Amal yang paling baik adalah paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tetapi tidak benar, maka tidaklah ia diterima kecuali jika ia dilakukan secara ikhlas." (Fudhail bin 'Iyadh)