Ahad, 21 Oktober 2012

Komen Buku Terbaru Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll

                                          RI AL-


“KITAB TERBARU AL-FADHIL USTAZ MUHADIR HJ JOLL, BERTAJUK: "Q & A" BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI TENTANG SOAL-JAWAB AGAMA merupakan sebuah koleksi soal jawab agama yang mantap yang perlu dimiliki dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Diharapkan kitab ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia yang dahaga kepada ilmu pengetahuan untuk dijadikan bekalan dan perisai bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. di akhirat kelak.

Kitab yang sangat bernilai dan tinggi mutunya ini adalah disusun oleh seorang penulis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan kitab turas, dengan gaya bahasa yang sangat senang difahami sekaligus tidak akan menjemu sesiapa yang membacanya.


Isi kandungan kitab ini adalah hasil dari himpunan soalan-soalan-yang diutarakan oleh orang ramai di abad ini kepada TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI, khususnya mereka yang bertalaqi secara konsisiten bersama beliau. 


Justeru, kitab ini adalah sangat relevan dan kontemporari. Ia berasaskan kepada persoalan-persoalan yang benar-benar berlaku yang perlu kepada pencerahan dan pencerapan yang muktamat. Ini kerana sebahagian besar dari persoalan-persoalan itu, berkait rapat dengan hal-hal khilafiyyah yang sangat rumit. Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan itu, telah dirungkai melalui jawapan-jawapan yang jelas dan teratur serta hujah-hujahnya yang konkrit dan lengkap dari TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI.”


Wassalam, 

(Dr. Nima Jehtae, 
IRKHS, CFS, IIUM, PJ
20/10/2012)

______________________________________________________________


“Buku ini ada kelainan. Ringkas dan senang difahami. Sangat bermanfaat untuk dibaca kerana ianya mencakupi kebanyakan persoalan yang selalu kita persoalkan dalam kehidupan seharian. Saya rasa seronok membacanya dan sekarang dah pun sampai ke soalan no. 300...” 


(Zaiti, Kota Damansara)

____________________________________________________________

“Alhamdulillah,saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat taufiq dan hidayah-Nya,al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll telah berjaya menghasilkan sebuah lagi buku,hasil susunan beliau yang berjudul, “Q&A bersama Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki”.Secara ikhlasnya,saya amat mengagumi usaha beliau dalam menyusun buku ini kerana bukan mudah untuk menyalin semula soal jawab dari bentuk CD yang berdurasi selama 12 jam kepada bentuk penulisan sebegini.Semoga Allah membalas usaha murni beliau ini dengan sebaik-baik ganjaran.Allahumma Amiin.


Buku “Q&A bersama Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki” seharusnya menjadi bahan bacaan masyarakat Islam amnya dan penuntut ilmu khususnya kerana buku ini,insyaAllah, mampu menjawab hampir keseluruhan permasalahan agama yang menjadi bualan masyarakat kita pada hari ini.Di samping itu,kehadiran buku ini juga boleh mengurangkan pergantungan kita kepada internet semata-mata yang kadang-kadang diragui kesahihan sumbernya. Lebih menarik,setiap persoalan dalam buku ini dijawab terus secara lisan oleh al Alim al Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki sendiri semasa pengajian dan kuliah beliau.Ditambah pula dengan perincian al Fadhil Ustaz di ruangan nota kaki,biografi ringkas para ulama’ dan disertakan pula dengan rujukan kitab ulama’ muktabar membuatkan buku ini sememangnya wajib dimiliki oleh setiap pencinta ilmu!”


(Muhamad Fais bin Mohd Fuad,

Enginering, Tahun ke 2, 
CFS, UIA)

___________________________________________________________________________


”Memang banyak buku soal-jawab agama di pasaran, tetapi buku "Q & A" BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI ini sangat mantap dan menjawab persoalan yang realiti berlaku dalam masyarakat. Ketika membacanya, pembaca sendiri seolah-olah bertanya kerana itulah yang selalu dihadapi oleh pembaca dalam kehidupan sehariannya. Jawapan daripada Tuan Syeikh Nuruddin yang sangat alim sangat memuaskan. Beliau memang ahli dalam bidang feqah dan hadisnya. Kepada semua, tidak rugi memiliki buku ini...”


(Peminat buku, Section 7, Shah Alam)


___________________________________________________________________________


“ Jawapan yang ringkas dan padat. Nota kaki yang teliti di samping bibliografi ringkas ulama’. Jawapan dari tokoh ahli feqah Nusantara/ dunia, Al-Fadhil Sheikh Nuruddin. Susunan pula oleh murid beliau sendiri, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll. 400 soalan, 504 muka surat, HANYA RM38.00. Macam tak percaya bila beli buku ini. Ia simpanan berharga untuk diri ini.”


(Cik Hani,

Fakulti Pengajian Islam, UKM)

____________________________________________________________________


” Bismillahirrahmanirrahim... Segala pujian buat Tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga-nya..


Alhamdulillah, saat dahulu ketika mendapat khabar akan keluarnya buku terbaru dari Al-Fadhil Ust Muhadir Bin Hj Joll, iaitu berkenaan soal jawab bersama guru yang dicintai beliau iaitu Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari, berasa sangat teruja dan tidak sabar menantikannya kerana ianya pasti suatu yang sangat berharga buat para pencinta ilmu yang mengenali bagaimana tinggi ilmu & adab kedua-dua tokoh ini ...Ternyata,setelah terbitnya buku ini,seperti yang dijangka segala pengisian buku ini cukup-cukup menyentuh banyak persoalan penting berkaitan asas kehidupan seorang muslim iaitu Akidah,Fiqah, dan Tasawuf, yang mana sering menjadi tanda tanya masyarakat setempat,bahkan susunan jawapan-jawapan nya juga cukup jelas dengan dalil dan memudahkan bagi pelbagai peringkat umur untuk memahaminya secara sahih. 

Saya yakin,inilah hasil dan barakah daripada usaha-usaha bersungguh beliau dalam menyebarkan kefahaman islam yang sahih yakni menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, kepada masyarakat. 

Dengan keizinan Allah s.w.t,diharapkan Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll dapat terus menghasilkan karya-karya yang membimbing ummah sebegini di masa akan datang. ”


( Nur Mohamad Adli Bin Rosli, Tahun 3 Fakulti Kejuruteraan UIA Gombak )


___________________________________________________________________________


“Buku yang sangat besar manfaatnya kepada semua. Alhamdulillah, banyak persoalan yang bermain di kepala saya terjawab dengan membaca buku ini. Tahniah Al-Fadhil Ustaz Muhadir atas karya terbaru ini. Saya memang meminati karya beliau dan selalu menunggu karya-karya beliau yang terbaru sejak mula memiliki buku beliau ”6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah” dahulu.”


(Haji Murad, Taman TTDI


Ahad, 7 Oktober 2012

::Majlis Maulid Talaqi UIAM Kuantan::

::Kitab terbaru Ustaz ; Q&A bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki::









DAPATKAN BUKU TERBARU AL-FADHIL USTAZ MUHADIR HJ JOLL 

BERTAJUK: "Q & A" BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI TENTANG SOAL-JAWAB AGAMA.

504 m/s BERHARGA RM38.00 (SEMENANJUNG) RM40 (SABAH/SARAWAK).

HUBUNGI PSN 03-78317687/78421700/78421304.

DIJUAL JUGA DI MPH & POPULAR BOOKSTORE




UIAM PJ : Al-Akh Fais Ibnu Fuad : 0133950965
UIAM GOMBAK : Al-Akh Nur Mohamad Adli : 0139490438
UIAM KUANTAN : Al-Ukh Siti Fatimah Binti Abdul Ghaffar : 0132225962



"Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas usaha beberapa ikhwan pengajian yang telah mengumpulkan soalan-soalan yang pernah saya jawab di dalam CD. Saya sangat berbesar hati juga dengan usaha murni salah seorang anak murid saya, Ustaz Muhadir Bin Haji Joll yang telah menyalin semula kesemua kandungan soal jawab dalam CD ini ke dalam sebuah buku seperti yang ada sekarang imi. Tentunya usaha ini bukanlah mudah tanpa himmah (kesungguhan) yang tinggi kerana ia mengambil masa selama 12 jam untuk mendengar keseluruhannya disamping belum ada tajik dan kategori khusus untuk setiap soalan dan jawapan. Semoga Allah SWT membalas usaha beliau ini dengan sebaik-baik balasan. amiin... Semoga buku "Q&A bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki" ini menjadi sebuah rujukan berguna untuk mengetahui jawapan kepada beberapa permasalahan yang melibatkan hukum- hakam agama dan mendatangkan manfaat kepada semua"


[As-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki]


WAllahua'alam

Ahad, 22 Julai 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Masjid Bulat PJ

Panduan Imam Ghazali Rahimahullahu Taala Untuk Mendapat Puasa Khusus

Bismillah Walhamdulillah

Panduan Imam Ghazali Rahimahullahu Taala Untuk Mendapat Puasa Khusus

Susunan:
Syaikhuna al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia PJ




Boleh dapatkan di link berikut:

http://www.4shared.com/office/M0Ai04m1/Panduan_Imam_Al-Ghazzali.html

Jumaat, 20 Julai 2012

Isnin, 4 Jun 2012

::MAJLIS TALAQI UIAM KUANTAN::


سْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Marhaban Bi Wasiyyati Rasulillah Solallahu 'Alaihiwassalam..

MAJLIS TALAQI UIAM KUANTAN


Oleh : Fadhilatus Syeikh Maulana Johari Bin Ali

"Pengajian Kitab Syamail Muhammad"

Hari : Jumaat (8 Jun 2012)

Tempat : Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM Kuantan

Masa : Selepas solat Maghrib

Hadirin dan hadirat dijemput hadir. Diharapkan untuk datang awal dan berjemaah maghrib bersama-sama.

Mohon dipanjang-panjangkan. Jazakumullahu khairan kathiran..


"Tidak kenal, maka tidak akan mencintai"

Wallahu'alam

Rabu, 30 Mei 2012

::Mawleed di sekitar Kuantan::

سْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Marhaban Bi Wasiyyati Rasulillah Solallahu 'alaihiwassalam

Majlis Maulidur Rasul Sollallahu Alaihi Wa Alihi Wa Sohbihi Wassalam 

-di No 1, Lorong Gelugur 7, Batu Hitam, Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur. (belakang sek men keb berserah)

-Ahad, 3 Jun 2012. 
-5 ptg.

Tetamu Jemputan Pakar Hadits Kota Malang, itulah gelaran yang telah diberikan kepada Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim al-'Aidrus, seorang ulama dan muballigh kenamaan di majlis - majlis ta'lim di Jawa Timur. Beliau juga menjadi pengajar tetap Pondok Pesantren Darul Hadits Al-Faqihiyyah, Malang, Jawa Timur.

Muslimin Muslimat Dijemput Hadir.

Wallahu'alam

Selasa, 15 Mei 2012

::Talaqi UIAM Kuantan::


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِي


Marhaban Bi Wasiyyati Rasulillah Solallahu 'Alaihiwassalam


MAJLIS TALAQI UIAM KUANTAN


Oleh: Maulana Johari


"Pengajian Kitab Syamail Muhammadiyah"



Hari : Jumaat (25Mei2012)


Masa :Selepas Solat Maghrib


Tempat :Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM Kuantan



Ahli-ahli pengajian diharapkan datang awal dan bersolat jemaah maghrib bersama-sama. Mohon agar dibawa hati yang "IKHLAS" untuk menuntut ilmu dan sentiasa menjaga adab-adab ketika bertalaqi. Ajak seramai mungkin sahabat-sahabat yang lainnya untuk sama-sama merasakan nikmatnya berada di dalam majlis ilmu yang  turut dihadiri oleh berbondong-bondong para malaikat. Semoga sedikit usaha ini dapat menambahkan rasa cinta kita kepada Ilmu disamping demi menyuburkan rasa cinta kita kepada Sayyidina Rasulillah saw. Allahu'alam 


Mohon dipanjang-panjangkan. Jazakumulllahu khair~



"Tanda kecintaan kepada sesuatu adalah mengikuti apa yang dilakukannya dan menyukai apa yang disukainya"

Al-Habib Ali Zainal Abidin El-Hamid


Wallahu'alam

Selasa, 1 Mei 2012

::MAJLIS TALAQI UIAM KUANTAN::


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Marhaban Bi Wasiyyati Rasulillah Solallahu 'Alaihiwassalam


MAJLIS TALAQI UIAM KUANTAN


Oleh: Al-Fadhil Uwais Al-Qarani


"Pengajian Kitab I'natud Tholibin Syarah kepada Kitab Fathul Mui'n"






Hari : Selasa (1Mei2012)

Masa :Selepas Solat Maghrib


Tempat :Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM Kuantan



Ahli-ahli pengajian diharapkan datang awal dan bersolat jemaah maghrib bersama-sama. Mohon agar dibawa hati yang "IKHLAS" untuk menuntut ilmu dan sentiasa menjaga adab-adab ketika bertalaqi. Ajak seramai mungkin sahabat-sahabat yang lainnya untuk sama-sama merasakan nikmatnya berada di dalam majlis ilmu yang  turut dihadiri oleh berbondong-bondong para malaikat. Semoga sedikit usaha ini dapat menambahkan rasa cinta kita kepada Ilmu disamping demi menyuburkan rasa cinta kita kepada Sayyidina Rasulillah saw. Allahu'alam


Mohon dipanjang-panjangkan. Jazakumulllahu khair~




Telah berkata Syaikhuna, al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll 
as-Sanariy
“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”






صلى الله عليه وسلم

Ahad, 15 April 2012

::TALAQI UIAM KUANTAN::


Marhaban Bil Wasiyyati Rasulillah Sollahu 'Alaihiwassalam

Alhamdulillah wa syukurillah, segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Sayyiduna Al-Musthofa Rasulullah Sollahu 'Alaihiwassalam atas kenikmatan yang tidak terhingganya. Kebelakangan ini bumi Malaysia tidak putus-putus menerima kunjungan daripada Ulama'-ulama' di serata dunia. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah tatimmassolihat. Begitu juga tidak ketinggalan UIAM Kuantan, dengan Majlis UIAM Kuantan berselawatnya yang mana dihadiri oleh Para Habaib di Malaysia dan juga guru-gur tercinta Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll,Tuan Guru Al-Fadhil Ustaz Mustafa Kamal dan Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni Bin Abdul Wahab cukup membawa kegembiraan, rahmat serta berkah kepada seluruh komuniti UIAM Kuantan khususnya dan seluruh masyarakat di Kuantan amnya. Dek kerana itu dan seperti kebiasaanya sekiranya datangnya ulama'-ulama' dari luar negara ke Malaysia, guru-guru kita akan lebih mengutamakan dan menggalakkan kita untuk menghadiri majlis-majlis yang telah ditetapkan, makanya kami daripada pihak pengurusan talaqi di UIAM Kuantan memohon jutaan kemaafan dek kerana sudah lama rasa talaqi tidak ada di bumi UIAM Kuantan ini.

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat daripada Allah, InsyaAllah talaqi di UIAM Kuantan akan bermula pada Rabu ini bersama Maulana Zawawi. Berikut adalah detailnya:-


Kitab: Kitab Muhimmah( Karangan Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdul Rahim Fathani)
Penyampai :Maulana Zawawi
Tarikh : 18 April 2012 (Rabu)
Masa: Selepas Maghrib (digalakan untuk datang awal dan solat berjemaah bersama)
Tempat: Musollah Kuliyyah Of Pharmacy (KOP) 

Serba sedikit berkenaan kitab ini.Kitab Muhimmah-sebuah kitab lama karangan Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdul Rahim Fathani. Membicarakan kelebihan dan terpujinya perbuatan seorang isteri yang menunaikan tanggungjawab terhadap suami, memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka, tanggungjawab dan hak suami isteri, hak silaturahim sesama keluarga.

Wallahu'alam

P/s: Mohon sahabat-sahabat untuk datang awal dan berjemaah maghrib bersama-sama.InsyaAllah Sentiasa awasi adab dan akhlak kita. IKHLASKAN niat. Mohon disebar-sebarkan. Jazakumullahu khairan kathiran.


Selasa, 3 April 2012

Majlis Mahabbah Rasulullah UIAM PJ


Bismillah.
Kami wakil Majlis Talaqi UIAM Petaling Jaya menjemput seluruh warga UIAM temasuk daRI PJ, GOMBAK DAN KUANTAN bagi memberkati majlis ini.Dan juga seluruh pencinta ilmu yang berada di seluruh Malaysia.

JUMAAT 6 APRIL 2012 di al Malik Faisal Hall
Majlis Mahabbah Rasulullah Sollahu Alaihi Wasallam
Qasidah dan Maulid

TausiyAH Mahabbah Rasulullah oleh:
al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll as-sanariy
al Fadhil Ustaz Abdullah Al Qaddahiy
al Fadhil Ustaz Muhammad Hadzri al-bindany

Majlis Mahabbah Rasulullah ini bukan setakat untuk :

1.Orang yang pakai SERBAN,RIDA' DAN JUBAH sahaja.Orang yang pakai BAJU BIASA pun boleh hadir. ^_^

2.orang yang bertudung labuh sahaja.Hatta, yang bertudung segitiga,segi empat,tudung bawal,tudung ariani dan tak bertudung pun boleh hadirkan diri. ^_^

3.orang yang gi masjid sahja.BAHKAN, orang yang main futsal malam2,peminat2 bola dan pencinta filem2 korea pun boleh hadir ^_^

Sebab apa?
Sebab Nabi sangat cinta akan ummatnya.Bahkan,Nabi dalam sebuah hadith,Nabi tiap2 malam Nabi doa pada umatnya seperti Nabi mendoakan Saidatina Aisyah."Ya Allah,ampunkan dosa Aisyah,yang telah lalu,kini dan akan datang.Dan kemudiannya Rasulullah bersabda "beginilah aku mendoakan ummat aku setiap hari".

Jadi,kesimpulannya.Nabi cinta akan seluruh umatnya.Ayuh hadirkan diri kita ke majlis ini.Ayuh sematkan cinta Nabi dalam diri,seperti mana Nabi mencintai diri kita kesemuanya.
Sollu 'Alan Nabiy  



Khamis, 22 Mac 2012

Majlis Talaqi UIAM Petaling Jaya

Majlis Talaqi UIAM Petaling Jaya


MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH
صلى الله عليه وسلم




Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy



"PENGAJIAN KITAB RIYADHUS SHALIHIN IMAM NAWAWI"



"KITAB TAALIM MUTAALIM SYAIKH AZ-ZARNUJI "



Tempat:
KHAMIS

Tarikh:
22 MAC 2012

Masa:
7.50 PM

Tempat:
ANNEX 101 & 102

Telah berkata Syaikhuna, al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll 
as-Sanariy
“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”

Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya...

Assalamualaikum~ Ikhwan, Akhawat Talaqi & Penuntut Ilmu Sekalian... Hafizhakumullah.....
Al-Fadhil Ustaz Muhadir Pesan Agar Kita Sama-Sama Meluangkan Masa Mendengar & Mengambil Mutiara-Mutiara Nasihat Daripada Marbu Al-Al-Alim Al-Faqih, Syaikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Tentang Adab-Adab Penuntut Ilmu di Radio IKIM, Malam Ini~ Khamis, 22/3/2012, 9malam
Contohi Sedikit Pengalaman Beliau Bersama Guru Yang Sangat Dikasihinya Al-Alim As-Asyaikh Ismail Zin Al-Yamani...
Sebarkan Kepada Semua Penuntut Ilmu....

Khamis, 15 Mac 2012

Majlis Talaqi UIA Petaling Jaya
MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH
صلى الله عليه وسلم

Majlis Talaqi UIA Petaling Jaya
Oleh
Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy



"PENGAJIAN KITAB RIYADHUS SHALIHIN"



"KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYAH"


Tempat:
KHAMIS
Tarikh:
15 MAC 2012
Masa:

7.50 PM
Tempat:
SMWP3

Telah berkata Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki...
"Tidak ada amalan yang mana para malaikat merendahkan sayapnya serendah-rendahnya melainkan majlis ilmu"

Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya...

Rabu, 14 Mac 2012


“Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e”

279 muka surat, 440 nota kaki, berwarna-warni, gambar, rujukan lebih 20 kitab turath, Terbitan: Mawleed Publishing Sdn. Bhd., Cetakan Pertama Disember 2011, RM35.00

Kata-kata aluan daripada para ulama‘:
“Alhamdulillah, saya telah meneliti buku ini. Saya rasa kagum dan gembira dengan usaha ini kerana usaha ini amat teliti dan lengkap dengan dalil-dalil yang dikehendaki oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah....
Risalah seperti ini mesti dijadikan contoh kepada para pendakwah masa kini untuk memartabatkan ilmu dan memperkukuhkan pengetahuan dalam ilmu Mazhab Syafi’e. Aliran Ahli Sunnah kini makin diancam oleh mereka-mereka yang beraliran Wahabiah, sehinggakan wujud orang yang berani menyalahkan Imam Syafi’e. Suasana ini amat membimbangkan kita. Semoga dengan terbitnya naskhah yang bertajuk “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” ini amat dihargai bagi memastikan generasi hadapan tidak keliru dan hanya mengikut-ikut dalam melakukan ibadah lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia yang wujud pelbagai aliran kefahaman...“
(Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Tuan Guru Haji Salleh bin Musa)
Mudir, Madrasah ar-Rahmaniah, Sik, Kedah


“Alhamdulillah. Setelah diamati dengan teliti buku ini, saya mendapati bahawa ianya sebuah naskhah yang amat baik. Tahniah saya ucapkan kepada penulis di atas usaha untuk menerbitkan buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e”, ini yang merupakan satu inisiatif ke arah melahirkan generasi Muslim yang sejati.
Sebagai umat Islam di Malaysia yang berpegang dan mengamalkan Mazhab Syafi’e, ianya memberi panduan yang sangat baik dan jelas berkenaan cara melakukan ibadah solat dengan sempurna menurut mazhab tersebut. Jika masyarakat Islam mengembara atau berkunjung ke negara-negara Islam yang lain, mereka akan mendapati cara melakukan solat yang berbeza-beza dan bercampur-aduk dan adakalanya mendatangkan kekeliruan kepada mereka sendiri. Kadangkala ada yang terbawa-bawa dengan apa yang dilihat tanpa mengetahui daripada sumber ilmu yang betul…”
(Tan Sri Sheikh Haji Ismail bin Muhammad)
Imam Besar Masjid Negara

“Saya telah membaca buku hasil tulisan Ustaz Muhadir bin Haji Joll ini dan mendapati buku ini sangat bermanfaat untuk umat Islam di tanah air. Ia menyumbang kepada kekayaan khazanah Islam yang mungkin terselindung bagi sebahagian orang kerana kurang pendedahan tulisan-tulisan seumpama ini dalam Bahasa Melayu moden.
Buku ini mengupas isu-isu dalam solat berdasarkan huraian dan dalil yang berasaskan mazhab Syafi’e dan ini amat sesuai dengan konteks masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan fuqaha‘ dalam mazhab Syafi’e dan hadith-hadith yang berkaitan, didedahkan dengan penuh amanah yang menjadikan buku ini mempunyai nilai yang tersendiri khususnya dari segi pendedahan dalil ilmiah dalam setiap isu yang diperkatakan. Ia tentunya akan menjadi panduan yang bermanfaat bagi mereka yang berminat untuk mendalami hukum-hakam solat...“
(Ustaz Dr. Hj Luqman b Hj Abdullah)
Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, merangkap Mudir, Madrasah Rahmaniah, Pondok Lubuk Tapah

“Buku ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin mendalami cara mengerjakan solat beserta dalil-dalilnya yang lengkap kerana mungkin selama ini sebahagian kita hanya solat ikut-ikutan tanpa dalil yang jelas dalam mazhab Syafi’e.
Selain itu, buku ini juga amat berguna kepada sesiapa yang mengkaji sifat solat Nabi صلى الله عليه وسلم kerana buku ini lengkap dengan takhrij hadis. Penulis juga menyenaraikan kitab-kitab turath karangan ulama’-ulama’ bermazhab Syafi’e serta pengenalan ulama’-ulama’ untuk memudahkan sesiapa yang ingin mengkaji tentang solat...”
(Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis)
Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID), Pokok Sena, Kedah

“Dunia ilmu bergembira lagi dengan terbitnya buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” yang merupakan karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menghasilkan buku ilmiah yang ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta ilmu pengetahuan. Tanpa ketekunan, kesabaran dan kesungguhan beliau sudah pasti isi buku ini tidak akan dapat dikongsi manfaatnya. Inilah buku yang menerangkan bentuk solat Rasulullah yang merupakan pintu manusia untuk sampai ke hadrat Allah...“
(Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Linggi)
Pengarah Urusan, Mawleed Publishing Sdn. Bhd
.

Buku ini boleh didapati daripada: Puan Nur Wardah - 0133409960 (mawleedpublishing@yahoo.com)

Khamis, 8 Mac 2012

Ustaz Muhadir di Konti Radio IKIM FM

Alhamdulillah,Syaikhuna, al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll telah menjadi tetamu Radio IKIM FM


HARI: JUMAAT


TARIKH:9 MAC 2012

 MASA:9.00-10.00 AM 

TAJUK: MENGHORMATI ULAMA'

OLEH:

Ustaz Muhadir Haji Joll

Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya..

Khamis, 1 Mac 2012

Talaqi UIAM GOMBAK-!!

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana insyaAllah, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll akan mengajar di UIA Gombak~ Marilah kita datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ilmu seperti ini~

Kitab :
Hidayatus Salikin & Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah
Tarikh: 13 March 2012 (Selasa)
Tempat : Surau Engineering UIA Gombak
Masa:
8.00-9.30 malam

Segala Makhluk Allah di Muka Bumi Ini Dijemput Hadir Tidak Kira Muda Atau Tua, Besar Atau Kecil, Sesiapa sahaja yang mempunyai kesungguhan untuk menuntut ilmu bolehlah hadir ke Majlis Talaqi ini.. Sekian~ Barakallahufikum~

Isnin, 20 Februari 2012

Pengumuman:Majlis Talaqi UIAM PJ

Bismillah..

Kami wakil dari Majlis Talaqi UIAM Petaling Jaya ingin membuka peluang kepada mana2 individu yang bekemahiran dalam membuat logo yang kreatif+inovatif sempena perasmian nama baru bagi Majlis Talaqi UIAM iaitu "Majlis Ta'lim an Nur ".
Nama ini diilhamkan sendiri oleh Syaikhuna,al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll ketika mana kami menziarahi beliau pada 17 Februari 2012 yang lalu.

Pertama,perkataan "Nur" dalam nama "Majlis Ta'lim an Nur" adalah diilhamkan sendiri al Fadhil Ustaz iaitu merujuk kepada Baginda Rasulullah Sollahu A'laihi Wasallam yang menjadi "NUR" bagi sekalian alam.

Keduanya,perkataan "NUR" ini merujuk kepada guru beliau,al Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin al Banjari al Makkiy sepertimana guru al Fadhil Syaikh menamakan pondoknya di Bogor dengan nama "Ma'ahad az-Zein al-Makkiy al-Aali Littafaqquh Fiddin wa Tahfizul Quran " yang merujuk kepada guru Syaikh Muhammad Nuruddin al Banjari, al-'Allamah al-Faqih Ismail Utsman Zein al-Yamani رحمه الله).

Ketiganya,perkataan "NUR" juga merujuk kepada Madrasah an Nur sebagai mengambil berkat daripada madrasah yang dipimpin oleh al Habib Naqjamuddin al Khered.

Sehubungan dengan itu,sesiapa yang berkemahiran boleh menghantar logo tersebut ke emel faisfuad_0509@yahoo.com seboleh-bolehnya sebelum Khamis 23 FEBRUARI 2012.Moga Allah SWT mengganjari usaha kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

Ciri-ciri logo tersebut:
1.perkataan "Majlis Ta'lim an Nur" hendaklah ditulis dalam tulisan jawi
2.background logo berwarna hijau
3.SIMPLE DAN KEMAS

Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada:
Fais - 0133950965
Aiman - 01119826922
Afiqah - 013205949

Selasa, 14 Februari 2012

Majlis Zikrullah dan Selawat ke Atas Rasulullah Sollahu Alaihi wAsallam



MAJLIS ZIKRULLAH DAN SELAWAT KE ATAS
RASULULLAH SOLLAHU ALAIHI WASALLAM

MENAMPILKAN:

AL FADHIL USTAZ MUHADIR BIN HAJI JOLL AS SANARIYY

AL FADHIL USTAZ AHMAD LUTFI ABDUL WAHAB AL LINGGI

PENAMPILAN KHAS:
KUMPULAN QASIDAH MADEEHUL MUSTAFA (SINGAPURA)

TARIKH:
SABTU 18 FEBRUARI 2012

MASA:
6.00 PM- 10.00 PM

TEMPAT:
SURAU MUTIARA DAMANSARA SELANGOR

~SEBARKAN KEPADA UMMAH SELUAS-LUASNYA~

Ahad, 12 Februari 2012



Komen buku Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e
“Salam. Tahniah Al-Fadhil Ustaz Muhadir di atas usaha yang gigih & mengkagumkan ini. Panduan solat yang komprehensif dan tepat mengikut mazhab Shafii…”
(Hj Zul, Puchong)
“Alhamdulillah….. Lama dah cari buku mcm ni… Kupasan yg santai, jelas, mudah difahami. Tajuk “Kesempurnaan Rukun” mmbuatkan saya benar2 insaf. Rupa2nya, dalam rukun ade rukun… Lampiran2 sgt bagus penerangannya. Tak rugi beli buku ini.”
(Fatin, Kampung Baru, KL)
“Buku SOLAT NABI MENURUT MAZHAB SYAFI’E ini adalah satu karya ilmiah yang bermutu, teliti dan amanah. Gabungan kitab turath dan penulisan moden yang ceria dan segar. Setiap hujah disertakan dengan kitab rujukan dan muka surat serta jilid. Usaha sebegini patut diikut oleh penulis/ penyelidik masa kini. Mahasiswa/i pengajian Islam patut memilikinya….”
(ex-pensyarah, Fakulti Pengajian Islam, UKM)
“Saya peminat karya Ustaz Muhadir As-Sanariyy. Setiap karya beliau insyaAllah tidak mengecewakan pembaca dan penuntut ilmu. Saya bagi 5 bintang untuk buku Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi’e. Teruskan berkarya untuk agama ustaz….”
(Yusuf, Masjid Putrajaya)
“Kemas kitab ni… Sapa khatam kitab ni, kira macam baca berpuluh-puluh kitab kuning/ lama.”
(Ali, Jitra)
“Dalil yang jelas dan rujukan kitab muktabar. Penjelasan hukum melafaz niat, qashad ta’rud ta’yin, cara letak tangan lps takbir, cara turun, bangun dari sujud, menekan dengan penumbuk ketika bangun ke rakaat lain, sayyidina, gerak jari ketika tasyahhud, sapu muka, ditambah dgn cara hilang was2 dan jawapan kpd orang tak mau ikut mazhab, menjadi nilai tambah kepada buku ini”.
(Hajah Salwa, Kota Damansara)
“Buku ini hadiah buat ummat bermazhab Syafi’e. Harganya tidak setanding isinya…”
(Ust Abu Humaira’, UIAM)

Khamis, 9 Februari 2012

::PERKEMBANGAN TALAQI UIAM KUANTAN::

MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH
صلى الله عليه وسلم

Majlis Talaqi UIAM Kuantan
Oleh

Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni

Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni  Bersama Habib Mahdi


  Berhubung perkembangan tentang talaqi Kitab Fiqh,'Inatud Tolibin oleh Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni, InsyaAllah sekiranya tiada halangan akan dimulakan pada minggu hadapan. Namun, bersempena dengan bulan Rabiulawwal 1433H ini ustaz mencadangkan untuk mengadakan kuliyah bersempena Maulidul Rasul dan InsyaAllah ustaz berhajat untuk membawa pelajar-pelajar Banin dari Ribat Al-Mustofa milik ustaz untuk berqosidah dan berselawat bersama-sama. Kata putus akan diambil pada masa terdekat dan akan dimaklumkan kemudian. Segala perkembangan akan dimaklukan dari semasa ke semasa. Biiznillah~

"Jikalau benar cintakan Rasulullah saw,mana buktinya?"

Salam Maulidul Rasul 1433H

Wallahu'alam