Isnin, 9 Mac 2015

Majlis Ta'lim 12 Februari 2015

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada 12 Februari 2015 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz membahaskan Kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah. Antara topik yang dibahaskan melalui kitab ini ialah kedatangan dajjal, puasa bagi menahan syahwat dan kadar masa antara sahur dan bang.


Kedatangan Dajjal
Seperti yang kita ketahui, antara tanda-tanda kiamat hampir tiba ialah munculnya dajjal. Setiap negeri akan dimasuki dajjal melainkan hanya dua kota yang tidak akan dimasuki dajjal iaitu Kota Makkah dan Kota Madinah.

Di penghujung pengajian, antara soalan yang diajukan ialah:
1. Apakah perlu mengeluarkan lagi zakat daripada potongan simpanan yang kita buat daripada gaji?

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.

Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.

Rabu, 4 Mac 2015

Majlis Ta'lim 18 Disember 2014

بسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Habib Ali Zenal Abidin Al-Hamid pada 18 Disember 2014 yang lalu. Al-Habib membahaskan ayat 8-13 surah Al-A’raf. Selain itu juga, ada persoalan yang diajukan kepada Al-Fadhil, Habib. 


AL ARAF: 8-9
  •  Al-mizan adalah salah satu dari pada beriman kepada perkara ghaib.
  • Apa itu Al-Mizan ?  ia merupa sebuah timbangan yang adil
  •  Tidak mungkin salah dan amat teliti.
  •  Semua amalan akan ditimbang walau ia sebesar zarah.
  • Apakah yang ditimbang?. Ya, kesemua amalan mahupun baik atau tidak. Kesemuanya tiada yang terkecuali.
  • Dan bagi orang yang berat mizannya kerana kebaikan maka merekalah orang-orang yang beruntung.
  • Al-lisan (percakapan) merupakan salah satu perkara yang memberatkan timbangan amalan. Tidak kira amalan baik mahupun buruk
  •  Jika baik lisannya maka beratlah timbangan amalan baiknya
  •  Jika buruk lisannya maka beratlah timbangan amalan buruknya
  • Mereka yang tidak menjaga lisan akan di masukkan kedalam neraka melalui kepala atau hidungnya kerana kedua-dua anggota itu sangat rapat dengan lidah.
  • Maka bagi mereka yang berat amalan keburukannya maka mereka ada orang-orang yang rugi.
Al ARAF: 10
  • Bumi ini disediakan oleh Allah dengan penuh cantik dan lengkap kepada manusia untuk mentadbirnya.
  • Jika elok pertadbiran maka elok bumi itu dan sebaliknya.
  • Di beri kuasa pada manusia supaya bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan seperti angin, laut, darat, udara dan tumbuh-tumbuhan tapi terlalu sedikit yang bersyukur.
AL ARAF: 11
  • Allah mencipta Nabi Adam.
  • Para malaikat di minta sujud. Lalu mereka lakukan melainkan Iblis.
AL ARAF: 12
  • Iblis ingkar pada arahan Allah kerana dia medakwa bahawasnya dirinya lebih baik dari Nabi Adam kerana dia di cipta dari api dan Nabi Adam hanya dicipta dari tanah
AL ARAF: 13
  • Allah telah mengeluarkan iblis dari syurga kerana syurga bukan tempat bagi mereka yang sombong.
  • Syurga tidak layak dihuni oleh orang-orang sombong walaupun sebesar biji sawi.
Antara soalan yang diajukan ialah:
1.  Siapakah golongan salafi?

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.

Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.

Majlis Ta'lim 11 Disember 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada 11 Disember 2014 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz membahaskan Kitab Ta'lim Muta'allim dan Kitab Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya.


Kitab Ta'lim Muta'allim
Al-Fadhil Ustaz membahaskan tentang cita-cita seorang penuntut ilmu. Seorang penuntut ilmu seharusnya mempunyai cita-cita yang tinggi dalam berilmu. Seperti; bercita-cita supaya ilmu itu dapat difahami dan dikuasai dengan sepenuhnya, dan juga ilmu itu dapat disampaikan kepada orang lain bukan sekadar untuk dirinya sahaja.

Kitab Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya
Di dalam kitab ini, Al-Fadhil Ustaz mensyarahkan tentang bid’ah. Bid’ah merupakan perkara baharu yang tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW tetapi ia dilakukan selepas kewafatan baginda.

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kedua-dua kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.

Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.


Majlis Ta'lim 20 November 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Habib Ali Zenal Abidin Al-Hamid pada 20 November 2014 yang lalu. Al-Habib membahaskan ayat 1-5 surah Al-A’raf dan juga fasal anggota sujud dalam kitab Safinatun Najah.

Dalam ayat yang pertama surah Al-A’Araf, mengandungi huruf-huruf potongan. Huruf potongan dalam Al-Quran merupakan salah satu daripada ayat mutasyabihat yang hanya Allah sahaja yang tahu maksud sebenar nya. Antara hikmah ada ayat-ayat yang tidak difahami oleh manusia adalah untuk menyedarkan manusia sedalam mana mereka menyelami ilmu dalam Al-Quran akhirnya mereka akan mempunyai satu batasan yang manusia itu sendiri tidak dapat untuk ditembusi oleh manusia. Keterbatasan itu untuk menundukkan manusia supaya sedar bahawa manusia itu lemah dan menyedarkan ada satu kuasa yang hanya tahu tentang ilmu itu sendiri iaitu Yang Maha Mengetahui, Allah.

Perkataan auliya’ dalam ayat ke-3 merupakan kata jama’ bagi perkataan wali yang bermaksud penolong. Al-Wali juga adalah salah satu nama bagi nama-nama Allah. Selain itu juga, gelaran wali atau auliya’ juga diberikan kepada orang-orang yang dekat kepada Allah. Walaupun begitu, gelaran wali juga dinisbahkan kepada syaitan dan pengikutnya seperti yang dimaksudkan dalam ayat ini. Kesimpulannya, kalimat wali mempunyai makna yang baik dan juga makna yang tidak baik.

Pada ayat ke 4, dinyatakan bahawa Allah akan menyeksa mereka(kaum yang ingkar) pada waktu malam atau pada waktu siang iaitu pada masa mereka berehat dan hendak mencari keamanan. Antara hikmahnya adalah Allah hendak menunjukkan bahawa mereka (kaum yang ingkar), tidak akan dapat merasa aman walaupun pada masa yang mereka hendak mendapat kemanan kerena kemanan itu datang daripada Allah dan bukannya terletak pada masa.
Qailulah adalah merupakan satu sunnah rasulullah yang istimewa. Qailulah adalah tidur sebentar pada siang hari untuk mendapat tenaga untuk bangun pada malam harinya. Kata Imam Al-Ghazali, “Sesiapa yang tidur di tengah hari(qailulah) tetapi tidak bagun tahajud (pada malam harinya), seperti orang yang bersahur tetapi tidak berpuasa.”

Safinatun Najah
    Pada fasal menyatakan tentang anggota-anggota sujud.
-     Sujud terbahagi kepada dua:
1. Sujud Ta’zhim ya’ni sujud penghormatan. Antara contohnya adalah:
    a. Sujudnya para malaikat kepada Nabi Adam a.s
    b. Sujudnya adik-beradik Nabi Yusuf kepada Nabi Yusuf

2. Sujud Ibadah ya’ni sujud hanya semata-mata kepada Allah. Walaupun demikian, sujud ta’zhim dimansukhkan dan tidak dibenarkan lagi pada zaman Rasulullah.

-    Anggota sujud ada 7 anggota:
1.       Dahi
2.       2 tapak tangan yang batin
3.       2 lutut
4.       2 tapak kaki yang batin

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.
Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.

Sabtu, 28 Februari 2015

Malis Ta'lim 13 November 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta'ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada 13 November 2014 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz membahaskan kitab Ta'lim Muta'allim. 


Pengajian bersambung pada fasal
  • Kesungguhan hati
Ada dikatakan: Jadikanlah malam hari sebagai kenderaan (solat, berdoa, munajat dan ittihad kepada Allah) mu, untuk mencapai cita-citamu. Kata mutiara disebutkan:"Barangsiapa tidak tidur di malam hari, maka bahagia di siang hari". 
  • Kontinuitas Belajar
Tidak dapat tidak, pelajar hendaklah secara berterusan belajar dan mengulangi pelajaran yang telah lewat di awal (selepas Isya') dan akhir waktu malam (waktu Subuh), kerana saat antara Maghrib dengan Isya' dan waktu sahur (menjelang Subuh) adalah saat-saat yang diberkahi Allah.

Selain itu juga, ada beberapa persoalan yang diajukan kepada Al-Fadhil Ustaz. Antara soalan yang diajukan ialah:

1. Perkataan "Jalisu", sifat makhluk bagi Allah?

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.

Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.