Jumaat, 20 Mei 2011

Komen tentang buku Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’ (7)



“Kitab ini adalah rujukan yang padu dan komprehensif dalam menjawab isu-isu yang dianggap bid’ah. Al-Fadhil Ustaz pengarang kitab, berjaya membuka minda pembaca tentang tajuk paling penting “Bid’ah”. Beliau berjaya membuktikan bahawa Bid’ah Hasanah memang ada dan kupasan dan contoh-contoh di dalam buku ini membuktikannya. Justeru, Islam bukanlah sempit ajarannya, tanpa melihat perkembangan masa dan perubahan keadaan. Boleh jadikan hadiah kepada rakan taulan yang berfahaman Wahabi.”
(Abe Cik, Hulu Langat)
“Alhamdulillah, saya telah mengkhatamkan buku ini selama 1 bulan setengah. Komen saya, buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ ini adalah kesinambungan usaha para ulama’ terdahulu dalam mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Usaha yang sangat besar dari Ustaz Muhadir, sebagai amal jariahnya kepada umat Islam. Susunan tajuk yang teratur dengan penjelasan ilmiah yang dipenuhi dengan sumber rujukan. InsyaAllah, dengan memiliki buku ini, konflik bid’ah membid’ah dalam masyarakat, akan terpadam, Amin.”
(Ustaz Zul, Cheras)
“…..Usaha gigih Muallim Muda yang berjiwa besar,Ustazuna, Ustaz Muhadir bin Haji Joll merupakan salah satu titipan ihsan dari ALLAH Taala kerna menggerakkan hati beliau bagi mengkaji lalu menghasilkan kitab Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama'.

Ditengah-tengah generasi yang gersangkan ilmu dan kepincangan aqidah,kitab ini mampu( insyaALLAH) menjawab persoalan yang sering berlegar-legar dalam fikiran anak muda sekarang tambahan budaya kuning sudah lama menulari budaya masyarakat melayu khususnya Muslim. Dengan perbahasan yang lengkap dan isi yang mampat,insyaLLAH bisa memberi kefahaman berkaitan khilafiah dalam masyarakat kita.

Teringat kata-kata ustaz sewaktu bertalaqi dengan beliau,berkata Al Hafiz Abu Bakar al Khatib al Baghdadi,salah seorang ulama yang masyhur: ''Laa yu'khozul ‘ilmu illa min afwaahi ulama' '' yang bermaksud ''Tidak diambil ilmu itu melainkan dari mulut para ulama'''

Walaupun pada mulanya ana menyangka kitab ustaz ana ini agak berat dan susah untuk difahami oleh golongan pelajar macam ana yang masih lagi bertatih mengenal ilmu agama,risau kerna ilmu yang sedikit menyulitkan kefahaman, disamping istilah-istilah yang jarang didengar. Tetapi kuasa ALLAH Maha Besar,ana berasa tergerak hati untuk membelek kitab ustaz ini apabila pada suatu hari timbul persoalan dan perbincangan dalam laman sesawang Facebook dalam group'JOM TALAQI' yang ditubuhkan sahabat.Soalan itu berbunyi ''timbulkah bidaah dalam ibadah?" Entah kenapa berasa tercabar dan ingin berkongsi walaupun sebenarnya ana tidaklah banyak ilmu terutama bab-bab khilafiah ini.Persoalan saudara itu membuatkan ana tertarik untuk mengkaji bukan sekadar mengulang kaji lantas mendalami persoalan ini.

Merasa kekerdilan diri.Banyak juga sejarah tentang para ulama dalam kitab yang ustaz karangkan itu.Insya ALLAH berguna untuk sama-sama diambil ibrah buat masa akan datang.Syukran kathir ya,ustazna.Moga ALLAH bisa memanfaati kita semua kerna kecintaan pada Nabi Muhammad saw dan keberkatan para ulama dan masyaikh dahulu dan kini….”

(AL Faqirah Wal Haqirah Siti NurHidayah Binti Ramli,Biomedical Science Student,1st Year UIA,Kuantan)

“Saya mencadangkan agar JAKIM, Pejabat2 Mufti dan Jabatan2 Agama Islam, menjadikan buku ini sebagai rujukan kepada masjid2/ surau2 kerana ia sangat bermanfaat menjawab perkara-perkara yang dilabelkan bid’ah dalam masyarakat, sedangkan semuanya ada dalil, sama ada khusus atau umum. Masyarakat sangat memerlukan buku seperti ini.”
(Jemaah Masjid Al-Ehsaniah, Kampung Melayu Batu 16, Rawang)
 “Buku ini MESTI dimiliki dan MUST READ. Harganya tidak setanding ilmunya. Pensyarah-pensyarah subjek agama (dan umum) di institusi pengajian SANGAT PERLU memilikinya. Kupasan ilmiah tetapi dibentangkan secara sederhana di dalam buku ini, sangat sesuai untuk para mahasiswa yang inginkan kebenaran dalam isu-isu bersifat khilafiyyah. Suatu usaha dan kajian yang bersungguh-sungguh dari Al-Fadhil Ustaz Muhadir, pensyarah UIA, yang patut dihargai dan mendapat tempat dalam dunia penulisan ilmiah. Tahniah Ustaz!...”
(Pensyarah, UM)


“Tasbih lama bermain di jari
Bidayatul Hidayah ditelaah diamati
Lama sudah hamba mencari
Baru berjumpa buku yang dihajati

Merdu bermaulid bersuara emas
Ahli talaqi disapa ramah
Persoalan khilafiyyah dijawab kemas
Mutiara berharga buat ummah

Bahu berrida’, kepala berserban
Siwak di baju, cincin di tangan
Miliki PKDPU tiada merugikan
Perisai utuh, senjata pegangan

Harga tiada jadi bebanan
Dibanding manfaat jua pengorbanan
Kitab menjawab segala pertanyaan
Hilangkan kerunsingan, bertambah keyakinan

Perkara baru dianggap bid’ah
At-Tarku pula dibuat jangan
Sebenarnya punyai dalil pegangan
Miliki PKDPU rasalah ketenangan

Himmah diberi, tangan mengimla’
Indahnya bertalaqi, pengubat sanubari
Kitab penerus perjuangan ulama’
Ahlus Sunnah wal Jamaah sentiasa dirahmati

Menabur ilmu ikhlas bertalaqi
Sekalung kasih buat guru murabbi
Jasa pengorbananmu tetap di hati
Lawla murabbi lama araftu Rabbi…”


(Al-Faqirah Ahli Talaqi, Nursing, 2dn. Year, UIA PJ)