Jumaat, 29 April 2011

Komen Kitab Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama' (6)


“Syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah سبحانه وتعالى kerana dengan limpah rahmatnya kita telah dihidangkan dengan sebuah kitab, “PERSOALAN KHILAFIAH & PENJELASAN ULAMA’ – Inilah Jawapannya…” oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll حفظه الله yang kami kira adalah jawapan yang terbaik bagi menangani permasalahan yang sering tercetus di kalangan masyarakat kita akhir-akhir ini yang mana kesemua permasaalahan ini sebenarnya sudah lama diselesaikan oleh ulama’-ulama’ ratusan malahan ribuan tahun yang lampau.

Kami berharap agar sesiapa sahaja yang memutala’ah kitab ini dapat berlapang dada dan insaf akan kelemahan diri dalam mencari kebenaran. Janganlah hendaknya kita lupa akan peradaban sebenar dalam membahaskan masalah-masalah furuq(ranting) ini. Terasa diri ini lemah dan jahil untuk membicarakan kehebatan jawapan-jawapan yang diberikan oleh ulama’-ulama’ silam. Kepada Allah سبحانه وتعالى, kami bermohon semoga kita semua boleh bertoleransi dalam menangani masalah-masalah furuq tetapi tegas dan tidak berkompromi pada masalah tunjang (aqidah).”

(Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim, Putra Height)

“Buku ini dikategorikan sebagai buku yang ‘Nadir’ (jarang dijumpai). Tidak banyak buku dalam Bahasa Melayu yang mengumpulkan jawapan-jawapan terhadap perkara-perkara khilafiyyah dalam satu buku yang lengkap. Mungkin inikah yang pertama di Malaysia? (atau di dunia??). Wallahua’lam (sekadar apa yang ana tahu). Antara kekuatan buku ini ialah susunan hujah, tajuk dan huraian yang tersusun. Sumber-sumber rujukan yang dinyatakan di nota kaki, menjadikan buku ini sangat ilmiah dan amanah. Buku ini adalah kebanggaan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah di Malaysia. Para asatizah dan du’at harus memilikinya. Hanya Allah SWT sahaja yang membalas jasa dan pengorbanan pengarangnya.”

(Ustaz Zain, pendakwah bebas, Subang Jaya)

“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah(s.a.w) yang kita selalu rindu-rindukan. Setelah ramai para pencinta ilmu yg memberi komentar tentang betapa perlunya buku "Persoalan Khilafiyah dan Penjelasan Ulama' " ini dimiliki oleh setiap pendokong aqidah ahli sunnah waljamaah,tiada apa lagi yang mampu hamba katakan. Cuma hamba teringat akan pesan guru kami, ustaz muhadir (pengarang kitab ini), agar selalu menghadiahkan Al-Fatihah kepada pengarang kitab dan para ulama' yang diambil ilmunya dan pendapatnya dalam kitab ini setiap kali ingin memulakan pembacaan kitab.Amalan ini seharusnya di amalkan tidak hanya sebelum membaca kitab ini,malah setiap kitab ilmiah yang dikarang oleh para ulama' yang muhaqqiq serta tahqiq ilmunya.Semoga amalan yang kecil di mata manusia ini adalah besar ganjarannya di sisi Allah 'Azza wajalla serta dapat memperkuatkan lagi 'ilaqah kita dengan para guru dan para ulama' ahli sunnah waljamaah yang kita cintai.Semoga Allah mematikan kita semua di dalam aqidah Ahli Sunnah Waljamaah.Ameen.Wabillahi taufiq wal hidayah.wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.”

((hamba hina di sisi Tuhannya, Adlina bte Zainal Abidin,ALLHS,2nd year,cfsiiumpj)


“Syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah سبحانه وتعالى kerana dengan limpah rahmatnya kita telah dihidangkan dengan sebuah kitab, “PERSOALAN KHILAFIAH & PENJELASAN ULAMA’ – Inilah Jawapannya…” oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll حفظه الله yang kami kira adalah jawapan yang terbaik bagi menangani permasalahan yang sering tercetus di kalangan masyarakat kita akhir-akhir ini yang mana kesemua permasaalahan ini sebenarnya sudah lama diselesaikan oleh ulama’-ulama’ ratusan malahan ribuan tahun yang lampau.

Kami berharap agar sesiapa sahaja yang memutala’ah kitab ini dapat berlapang dada dan insaf akan kelemahan diri dalam mencari kebenaran. Janganlah hendaknya kita lupa akan peradaban sebenar dalam membahaskan masalah-masalah furuq(ranting) ini. Terasa diri ini lemah dan jahil untuk membicarakan kehebatan jawapan-jawapan yang diberikan oleh ulama’-ulama’ silam. Kepada Allah سبحانه وتعالى, kami bermohon semoga kita semua boleh bertoleransi dalam menangani masalah-masalah furuq tetapi tegas dan tidak berkompromi pada masalah tunjang (aqidah).”

(Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim, Putra Height)

“Alhamdulillah, saye sangat gembira dengan kehadiran buku ini. Sangat sangat bermanfaat dan mampu menyelesaikan kekusutan ummat. Inilah buku yang saye tunggu-tunggukan sejak sekian lama. Hanya dengan satu buku, mengumpulkan hujah dan jawapan sebagai panduan menghadapi persoalan khilaf. Sekalung penghargaan buat Al-Fadhil Ustaz Muhadir.”

(Abu Hasan, Penang)

Rabu, 20 April 2011

Komen tentang buku Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’ (5)

Bismillahi walhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t  kerana dengan keizinan dan rahmat daripadanya, akhirnya kitab “Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’, Ini Jawapannya…”  karangan Syeikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll yang selama ini ditunggu-tunggu sudah siap berada di pasaran. Saya salah seorang anak murid beliau amat mengagumi segala usaha dan kerja keras beliau dalam menghasilkan kitab ini. Tahniah dan syabas ustaz.Semoga Allah mengganjari  pahala yang berlipat kali ganda buat Ustaz di atas usaha yang dilakukan. Kitab “Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’, Ini Jawapannya…”  yang hadir dicelah-celah masyarakat yang semakin teruk disogok dengan kepincangan pendapat dan kefahaman terhadap permasalahan khilafiyyah ini adalah rahmat yang tidak terhingga telah dikurniakan oleh Allah agar segala persoalan yang timbul dapat ditemukan dengan jawapan yang kukuh dan mantap huraiannya. Kitab yang menjadi kesinambungan daripada kitab sebelumnya iaitu “6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah” lengkap dengan huraian dan hujah-hujah daripada para ‘alim ulama’ dan rujukan-rujukan daripada kitab-kitab ulama’ –ulama’tersohor . Segala persoalan yang ditanya sahabat-sahabat dan yang bermain di fikiran selama ini dijawap dengan jelasnya oleh ustaz di dalam kitab ini. Tidak rugi memiliki kitab ini. Walaupun harganya agak mahal tetapi ilmu yang terdapat di dalamnya lebih mahal nilainya. Jika kita sanggup berhabis untuk mendapatkan pakaian yang cantik-cantik mengapa tidak kita sanggup untuk menggunakan sedikit wang yang ada untuk membeli kitab yang manfaatnya boleh dikongsi oleh semua. Saya sangat menyarankan agar sahabat-sahabat  usaha untuk mendapatkan kitab ini. InsyaAllah. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Wallahu Ta ‘Ala A’lam.
(Al- Faqirah Wal Haqirah NuruI Isdiyantie Binti Ilias, 1st year, Biomedical Science UIAM Kuantan)

“Buku yang sangat baik dan penting. Patut ada di perpustakaan universiti, masjid dan surau. Ia menjawab banyak persoalan penting yang diperselisihkan orang. Usaha yang sangat besar dan murni. Karya yang tersusun, berhati-hati dan menarik. Saya memberikannya ***** (5 bintang).”
(Hjh Rosliza, Putrajaya)
 “Saya mencari buku sebegini sejak sekian lama. Setiap kali timbul persoalan perbincangan tentang perkara-perkara khilafiah di kalangan kawan-kawan, setiap kali itulah hati saya tidak tenteram dan runsing kerana tidak ada hujah untuk mempertahankan amalan-amalan orang tua-tua. Hakikatnya, amalan-amalan ini ada sandarannya, tinggal lagi, tidak ada buku yang lengkap yang boleh dijadikan sandaran. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah Taala apabila kawan rapat memberitahu ada buku ini di jual. Saya terus membelinya dan Alhamdulillah, inilah yang saya cari selama ini. Buku ini menjawab semua persoalan yang bermain di benak fikiran saya. Setakat yang saya tahu, inilah satu-satunya buku seumpamanya di negara ini. Semoga Allah Taala membalas jasa baik pengarangnya dengan sebesar-besar balasan dan ganjaran. Amin.”
(Zainal, Petaling Jaya)
“Alhamdulillah, dengan izin Allah buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’  sudah boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Memiliki dan membaca buku PKDPU ini akan meruntaikan persoalan-persoalan yang sering kita hadapi dalam kehidupan. Bahasa yang digunakan adalah amat berkesan kerana apabila membacanya akan rasa ia mudah diterima di hati. Subhanallah. Penerangannya juga mudah difahami oleh semua golongan. Memiliki buku PKDPU ini tidak akan membuatkan kita menyesal malah ia amat bermanfaat buat diri,keluarga dan masyarakat.”
(Hidayah bt Abd Halim,Nursing CFS IIUM PJ)
 “Sangat menarik. Font dan lay-out yang menarik. Senang mata melihat. Tahniah kepada penerbit kerana berjaya membukukan muka surat setebal 915+ dalam satu jilid yang kemas dan senang dibawa, tidak terlalu tebal dan besar. Tahniah. Sekalung penghargaan buat pengarang. Karya anda sangat dikagumi.”
(Peminat buku, Ampang)
“Sejak terbitnya buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah, saya selalu menunggu-nunggu karya Al-Fadhil Ustaz Muhadir seterusnya. Ternyata buku Persoalan Khilafiyyah ini, tulisan beliau, lebih besar dan lebih menyeluruh. Jawapan terhadap persoalan khilafiyyah yang dibincangkan sangat berkesan dan bagus sekali. Kesungguhan Al-Fadhil menulis biodata setiap ulama dalam buku ini sangat dihargai. Nota kaki yang berjumlah 2038 semuanya, menunjukkan beliau seorang yang sangat teliti dan bertanggungjawab. Susunan tajuk yang jelas menjadikan sesiapa sahaja yang membacanya akan mudah mencari jawapan pada permasalahan yang dicari. Lay-out yang menarik menjadikan buku ini seronok untuk ditatap. Kesimpulannya, ia adalah suatu hasil kerja yang teliti dan menarik. Tahniah!!!”
(Wan Ahmad Nazim, Masjid Sultan Abdul Aziz, PJ)

Rabu, 13 April 2011

Komen Kitab Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama' (4)


“Alhamdulillah...Di saat ramai manusia yang jahil berleluasa di pentas ilmu untuk menyebarkan fahaman ekstrim mereka terutamanya dalam masalah-masalah khilafiyyah, muncul buku yang berjudul "Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama' " yang disusun oleh Al-Akh Al-Fadhil Ustaz Muhadir secara baik. Kemunculannya justeru suatu yang sangat dinantikan oleh para pencinta ilmu dan ulama' terutamanya dalam suasana yang telah disebutkan tadi. Buku ini adalah antara buku yang terbaik dan terlengkap dalam menghimpunkan penjelasan-penjelasan yang sangat baik dan mudah difahami, terhadap perbahasan-perbahasan yang sering diperbahaskan dalam masyarakat setempat terutamanya.

Masalah khilafiyah bukanlah suatu sebab membawa perpecahan di sisi para ulama' sejak berkurun lamanya. Namun, setelah orang-orang jahil meletakkan diri mereka setaraf dengan para ulama' tanpa melalui perjalanan keilmuan para ulama' dan menguasai ilmu-ilmu sebagaimana penguasaan ulama' terhadap bidang ilmu, maka masalah khilafiyyah ini menjadi fitnah kepada mereka sehingga dengannya, mereka menyemarakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dengan slogan: "semua kefahaman terhadap agama selain kefahaman kami adalah salah". Semoga buku dapat merungkai kekeliruan yang cuba diketengahkan oleh sesetengah pihak dalam masalah khilafiyyah ini. Wallahu a'lam.”

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil
(Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari)

'Amalahullahu bi lutfihi Al-Khafiy
(Al-Ustaz Raja Ahmad Mukhlis adalah pemilik blog http://mukhlis101.multiply.com/ yang terkenal itu)

“Bismillah Walhamdulillah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Muhadir kerana telah berjaya menghasilkan kitab ‘Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’’,sebuah kitab yang bagi saya sangat bermanfaat pada umat Islam masa kini. Sebagai seorang pelajar,pada mulanya saya agak berkira-kira ingin membeli kitab ini kerana harganya boleh dikira agak mahal iaitu dalam RM150, tetapi saya memikirkan tidak rugi jika membeli kitab ini kerana kitab ini telah banyak menjawab pelbagai persoalan khilafiyyah yang timbul dlm masyarakat dengan merujuk penjelasan ulama’ yang muktabar. Jadi,kitab ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada saya, malah berfaedah kepada ahli-ahli keluarga saya yang lain.Setelah membaca semua bab di bahagian 1 dan beberapa bab di bahagian 2,sy memang tertarik dengan gaya penulisan ustaz di dalam kitab ini. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan telah dijawab dengan penuh ilmiah,hikmah,padat isinya dan yg paling penting tanpa ada sebarang unsur emosi. Jadi,ini menimbulkan suasana yang ‘adil’ kepada pembaca untuk menilai pihak mana yang benar atau tidak. Gaya bahasa yg ustaz gunakan juga amat mudah dan senang difahami oleh semua golongan umat Islam sama ada dari golongan professional mahupun agamawan kerana beberapa istilah,kitab-kitab ulama’ dan ulama’-ulama’ yang mungkin tidak dikenali oleh orang-orang awam telah diperjelaskan secara ringkas melalui nota kaki. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Muhadir kerana melalui kitab PKDPU ini ,ia telah banyak menolong saya terutamanya dalam menghakis beberapa keraguan saya tentang perkara-perkara khilafiyyah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Apa yang paling penting,semasa membaca kitab ini,hendaklah disertai niat yang ikhlas dan bertujuan untuk mencari HIDAYAH dan KEBENARAN daripada ALLAH bukannya mencari kelemahan utk menentang hujah kitab tersebut .Wallahu Ta’ala A’lam.”

(Nor, Pharmacy, 2nd Year, cfsiium)

“Sebuah buku yang sangat penting untuk dimiliki oleh setiap orang sebagai perisai dan bekalan menghadapi persoalan agama yang ditimbulkan oleh golongan Wahabi/ Mutasallif. Kupasan yang mantap dengan bahasa yang mudah. Tulisan yang ilmiah, tenang dan tidak beremosi. Susunan tajuk dan perbahasan yang baik dan tersusun. Kulit buku dan lay out yang sedap mata memandang (mata tak letih bila membacanya). Buku yang paling lengkap menjawab perkara-perkara khilafiyyah yang pernah saya jumpa.

Saya sangat-sangat menyarankan agar mahasiswa2, mahasiswi2 seluruh university awam dan swasta memilikinya. Gelombang pemikiran lama yang ditimbulkan semula dalam masyarakat, yang mengenepikan pandangan ulama’ bermazhab dan mazhab, adalah sesuatu yang sangat meracuni pemikiran. Mahasiswa2, mahasiswi2 yang mengambil jurusan agama tidak terkecuali dari tempias ‘pemikiran bahaya’ ini. InsyaAllah buku ini menjawab semua kekeliruan dan keracuan yang ditimbulkan oleh golongan dari ‘pemikiran bahaya’ ini. Benar kata penulis, amalan2 dalam masyarakat yang dilabelkan ‘tidak ada dalil’ atau ‘amalan warisan tanpa dalil’ oleh golongan ini, sebenarnya MEMPUNYAI DALIL NAQLI DAN AQLI. Semuanya dibentangkan di dalam buku ini.

Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Muhadir di atas penulisan yang cemerlang ini, yang mampu merongkaikan kekeliruan dalam masyarakat. Ia BENAR-BENAR adalah HADIAH kepada ummat….”

(Ustaz Abdul Hakim, pendakwah, Shah Alam)

Komen Kitab Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama' (3)


"Alhamdulillah, buku Persoalan Khilafiyyah Dan Penjelasan Ulama (PKDPU) telah terbit setelah lebih kurang 2 tahun Ustazuna Muhadir bin Haji Joll Hafizhahullah menghabiskan masanya untuk mengarang kitab tersebut, dengan sukacitanya saya sebagai salah seorang anak murid beliau amat mengagumi usaha sumbangan beliau untuk masyarakat. Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada akhir zaman ini banyak sekali berlaku fitnah, adapun fitnah tersebut merangkumi banyak bidang, termasuklah bidang keilmuan feqah serta tauhid sendiri yang sebenarnya telah lama selesai diperbahaskan oleh ulama-ulama dahulu. Akan tetapi disebabkan sesetengah sifat manusia yang jahil yang terserlah kejahilannya, dan sombong yang tidak kena tempat, maka berlakulah fitnah yang sangat hebat pada zaman sekarang ini sepertimana ramai orang mempertikaikan ulama-ulama dahulu dan amalan-amalan terdahulu. Oleh itu, kitab PKDPU adalah jawapan yang jelas kepada segala kekeliruan orang-orang awam malah boleh dijadikan rujukan para asatizah sekalian. Antara salah satu keistimewaan kitab ini adalah berkenaan rujukan sumber yang menjadi isi keilmuan yang tercatat dalam kitab tersebut. Hampir kesemua catatan yang dikarang oleh beliau adalah bersumberkan kitab-kitab yang terkenal dan dipercayai kebenarannya"

(Ku Faiz Ku Ahmad, 1st. Year, Engineering, UIA Gombak)

“Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara mesti ada paling kurang 1 naskhah buku ini untuk letak di perpustakaan masjid/ surau. Bukan apa, zaman la ni, orang dok petikai amalan hak ada dalil dah. Tuan-tuan imam masjid/ surau tak penin kepala jawab. Pakat suruh depa baca sendiri. Saya saran lagu ni ni, pasai masjid kami beli dah 3 bijik. Selesai masalah. Depa senyap tak kata apa, pasai semua dah dijawab elok dalam buku ni…”

(Nazri Mat Nayan, Alor Setar)

“Tahniah kepada pengarang buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’. Buku yang sangat banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah khilafiyyah. Saya mengesyorkan agar buku ini dan pengarangnya masuk TV1 ke, atau T3, atau Radio IKIM, untuk menjelaskan buku ini kepada masyarakat umum. InsyaAllah lebih luas manfaatnya.”

(Azmin, jemaah Masjid Kuning, Kota Damansara)

“Setiap Mufti di Malaysia mesti memiliki kitab ini kerana ia mengumpulkan jawapan-jawapan untuk perkara khilafiyyah, dan ia lengkap dalam satu buku. Mufti-mufti di Malaysia, selalu ditanya menghadapi persoalan-persoalan khilafiyyah sebegini.”

(Haji Roslan, Kuala Lumpur)

“Jarang-jarang berjumpa kitab seperti ini; mengumpulkan banyak perkara khilafiyyah, kemudian menjawabnya dengan dalil2 naqli dan aqli. Setakat yang saya tahu-wallahu a’lam, umur dah 61 sekarang-, kitab ini paling lengkap dan menyeluruh menjawab persoalan khilafiyyah ditulis dalam tulisan rumi. Riwayat hidup alim ulama yang disertakan di nota kaki, menjadikan ‘value-added’ kepada kitab ini. Sekalung tahniah buat pengarangnya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir atas usaha yang sangat besar dan bermakna ini.”

(Haji Arif, Bukit Beruntung)

Khamis, 7 April 2011

Komen Kitab Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama' (2)


“Alhamdulillah, dengan izin Allah swt telah lahir sebuah kitab yang begitu detail,padat,tepat dan berkesan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Mudah-mudahan dengan kehadiran kitab PKDPU ini dapat menjernihkan kembali pemikiran dan pemahaman kita terhadap ajaran Islam yang sebenar disamping dapat meningkatkan keyakinan kita semua dalam beramal.Selain itu,moga kitab PKPDU ini dapat kita jadikan sebagai hujah,panduan serta rujukan bagi menangkis serangan daripada golongan yang agak radikal fahamannya terhadap agama Islam disamping kita dapat menyebarkan perkara yang haq kepada seluruh lapisan masyarakat sebagaimana memetik kata-kata daripada seorang muallim saya: “Kita berhujah bukanlah untuk menunjukkan kepandaian mahupun untuk memperoleh kemenangan terhadap pihak lawan tetapi kita berhujah adalah untuk menyampaikan kebenaran terhadap ajaran Islam yang sebenar.”

(alfaqirah wal haqirah ilallah,Siti Fatimah Binti Abd Ghaffar, Biotechnology, 1st Year, UIA kuantan)

“Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ ini sangat membantu saya. Seminggu sebelum membeli buku ini, kampung kami agak heboh dengan ceramah seorang ustaz muda yang kata tak boleh sambut Maulid Nabi dan talqin mayat bid’ah. Alhamdulillah, semuanya dijawab dan dikupas dengan begitu mantap dalam buku ini. Semoga Allah membalas jasa Ustaz Muhadir atas usaha murni beliau.”

(Masni, Guru Matematik, Sabak Bernam)

“Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Muhadir atas buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ beliau. Ana menyarankan para ulama, ustaz dan pendakwah untuk memilikinya. Ia mengumpulkan jawapan kepada perkara-perkara yang dilabelkan ‘bid’ah’ atau ‘tidak boleh’ dalam masyarakat. Jawapan pada setiap perkara-perkara ini sangat mantap dan amanah (banyak rujukan kitab). Usaha beliau ini meneruskan perjuangan ulama’ Ahlus Sunnah wal Jama’ah terdahulu. Teruskan Ustaz Muhadir menghasilkan karya-karya yang bermanfaat kepada ummat.”

(Ustaz Amin, pendakwah bebas, Perak)

“Buku Persoalan Khilafiyyah Us Muhadhir ini seperti ensiklopedia. Bukan hanya menjawab persoalan khilafiyyah, tetapi memperkenalkan tokoh-tokoh ulama juga. Saya sangat suka membaca riwayat hidup mereka. Kagum tengok ustaz kumpul riwayat hidup mereka yang beratus-ratus ni. Alhamdulillah, saya mula mengenali ulama dan menyanjungi mereka. Buku ini hadiah berharga dalam hidup saya.”

(Nik Mustafa, Maybank)

“Tak sangka ada buku macam ni waktu sangat memerlukan sekarang. Mula-mula nak beli, tak sanggup nak keluar RM150, mahal tu… Tak pernah beli buku semahal ni. Tapi bila tengok tajuk dan cara jawab, rasa macam rugi pulak tak beli. Sekarang tengah seronok baca. Macam-macam perkara yang tak terjawab selama ni, dijawab dengan baik sekali dalam buku ini. Kawan-kawan di luar sana, tak rugi beli buku ni. Duit boleh cari beb, tapi buku macam ni, bukan senang nak dapat. Allah sahaja membalas pengorbanan pengarangnya, Ust Muhadir. Teringin nak jumpa bertentang mata dengan ust.”

(Mohd, 3rd, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM)

Majlis Ilmu: Masjid Al-Falah USJ 9

Rabu, 6 April 2011

Isnin, 4 April 2011

Komen tentang buku Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’

Komen tentang buku Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’



“Kehadiran buku “Persoalan Khilafiyyah dan Pendirian Ulama’: Inilah Jawapannya…” ini adalah amat tepat pada masanya. Saya percaya ia akan menjadi rujukan yang sangat berguna dalam menjawab persoalan khilafiyyah yang ditimbulkan di dalam masyarakat. Tujuan penulisan buku ini pula seperti yang disebutkan oleh penulisnya, adalah sejajar dengan usaha JAKIM dalam memberi kefahaman Islam yang benar, di samping mempertahankan kecuian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan mengekalkan keharmonian masyarakat.

Oleh kerana besarnya manfaat buku ini, saya menyarankan agar ia menjadi rujukan bukan sahaja di jabatan-jabatan Mufti dan pejabat-pejabat agama negeri, tetapi juga di pejabat-pejabat am, pusat-pusat pengajian, sekolah, masjid, surau dan orang perseorangan dalam menjawab persoalan-persoalan khilafiyyah.”

 (Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) )

__________________________________________________

“Saya dapati buku ini adalah baik dan bermanfaat kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dalil-dalil dan hujjah-hujjah permasalahan yang tersebut menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah....

Semoga dengan adanya buku ini dapat menambahkan lagi khazanah buku-buku agama yang sedia ada di negara kita, dalam masa yang sama dapat meningkatkan kefahaman masyarakat Islam dan bijak memilih keutamaan dalam persoalanan khilafiyyah demi mencapai kesejahteraan hidup yang hakiki di akhirat kelak. Semoga Allah  memberkati usaha yang murni ini. Amiin. Ya Rabbal ‘Alamin.”

(Sahibus Samahah, Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi, mantan Mufti Negeri Sarawak dan sekarang Penasihat Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Sarawak dan Majlis Agama Islam Sarawak)

__________________________________________________

“...Kehadiran buku ini adalah tepat pada masanya untuk menjawab persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan dalam masyarakat. Penyusun dan penulisnya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, telah berusaha menjawab persoalan-persoalan ini dengan merujuk kepada penjelasan para ulama’ muktabar dan berwibawa dari kalangan mutaqaddimin dan muta’akhkhirin.

Berlakunya pandangan yang selalu mengatakan bahawa sesuatu yang tidak ada disebutkan di dalam Al-Qur’an dan hadith sebagai bid’ah, adalah berpunca daripada tidak memahami sumber-sumber hukum. Sebagai mana yang diketahui di dalam Syariat, Al-Qur’an dan hadith adalah dua sumber hukum yang utama. Walau bagaimanapun, masih terdapat sumber-sumber hukum yang lain mengikut para fuqaha’ termasuklah Ijma’, Qiyas, Istihsan, Istishhab, Mashalih al-Mursalah, Amal Ahl al-Madinah (amalan ulama’ Madinah) dan lain-lain…

Semoga buku ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua pembaca dan menjadi antara rujukan dalam menanggapi permasalahan khilafiyyah. Semoga Allah  membalas penyusun dan penulisnya dengan ganjaran yang sempurna.”


(Dato' Haji Hashim Yahya, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur/Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA)

__________________________________________________

“Sepanjang pengetahuan saya, inilah buku berbahasa Melayu paling lengkap yang pernah saya jumpa, yang menjawab hampir keseluruhan perkara-perkara yang sering ditimbulkan di dalam masyarakat terutamanya di dunia Melayu Islam... Saya amat gembira dengan kehadiran buku seperti ini dan menyokong penuh untuk diketengahkan ke dalam masyarakat.

…Saya mengucapkan tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll di atas kesungguhan beliau menyusun dan menulis buku ini. Semoga Allah  membalas usaha murni beliau dengan kebaikan dan menjadikan buku ini bermanfaat kepada semua umat Islam, Amin. ”

(Dato’ Haji Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad, Timbalan Yang Di Pertua, Persatuan Ulama Malaysia (PUM)/ Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA)

__________________________________________________

“...Inilah antara usaha-usaha yang saya nanti-nantikan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini demi untuk menunjukkan perjalanan dan hidup beragama dalam arus perdana Ahli Sunnah wa al-Jama’ah... 

Saya percaya kitab ini akan menjadi panduan yang bermunafaat bagi semua golongan masyarakat Islam dan ia mampu – Allahumma amin – meredakan suara-suara sumbang yang mengeruhkan keadaan masyarakat, dan menjawab persoalan-persoalan secara tepat dengan menggunakan hujah-hujah yang teguh dan boleh dipertanggungjawabkan.

Saya berdoa kepada Allah  supaya beliau dikurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya bagi usahanya yang gemilang ini, amin.”

 (Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady,  Pemikir Islam/Felo Amat Utama Akademik, Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam (ISTAC), UIA)

__________________________________________________

“…Buku PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA’ – Inilah Jawapannya adalah merupakan hadiah al-Fadhil Ustaz Muhadir kepada masyarakat Malaysia sangat mendambakan hujjah bagi menjawab kekeliruan yang dibawa oleh golongan yang berfahaman Wahabi. Buku setebal 915 halaman yang mencakupi 179 persoalan berkaitan aqidah, ibadah dan tasawwuf yang berkaitan dengan amalan seharian, dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Buku ini sarat dengan dengan hujjah-hujjah atau dalil-dalil bagi setiap persoalan yang dibahaskan dengan merujuk kepada pendapat-pendapat ulama ahlus sunnah wal jama’ah yang  mu’tabar, amat sesuai dan seharusnya untuk dimiliki oleh masyarakat kita. Rujukan yang digunakan untuk menghasilkan buku ini berjumlah lebih daripada 200 buah kitab yang berbahasa ‘arab dan melayu. Selain itu,  mutu penerbitan buku ini sangat baik, dengan berkulit tebal, kertas yang berkualiti dan  susun atur yang menarik. 

Semoga dengan kehadiran buku ini, masyarakat tidak lagi teraba-raba untuk mencari hujjah dalam menangkis kekeliruan yang dibawa oleh fahaman Wahabi.”

(Ustaz Abuzahrah al-Qaddahi (pemilik blog: http://al-fanshuri.blogspot.com/ yang terkenal)

__________________________________________________

“…Ke hadapan umat yang dukacita dikelirukan oleh wahabi, Al-Fadhil Al-Ustaz Muhadir Joll persembahkan buku khusus bertajuk ‘Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama – Inilah Jawapannya’. Ia hadir sebagai sebuah ensiklopedia setebal hampir 1000 mukasurat menghimpun soal-jawab 179 masalah yang sering dibangkitkan dalam masyarakat melengkapi dimensi agama yang tiga iaitu akidah, ibadah, dan akhlak. Selain itu disertai juga panduan untuk mendepani masalah khilafiyah. 

Penjelasan oleh buku ini detil berakarkan pemikiran Islam yang asli, bergaya moden, dan sesuai untuk sesiapa yang tulus mencari kebenaran. Buku ini membuktikan keulungan  Al-Fadhil sebagai mewakili ulama aliran tradisional yang hidup dalam lingkungan kemodenan.  

Buku ini adalah rujukan tuntas dan meyakinkan apabila berhadapan masalah khilafiyyah. Khilafiyyah bermaksud perkara yang tidak disepakati hukumnya dikalangan ulama - pada hari ini terlalu kerap muncul di ruang awam. Contohnya, melakukan tahlil sempena kematian. Lantaran itu lah ia menjadi sangat penting untuk dimiliki setiap orang. Paling memerlukannya adalah golongan pelajar kerana mereka ini paling lantang berbicara soal khilafiyah…”

(Akhi Ahmad Syaibani, penuntut Maahad Tahfiz, Darul Quran (pemilik blog: http://kantapembesar.blogspot.com/ )

__________________________________________________

"Alhamdulillah, kitab Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama' banyak membantu ana dalam memahami persolan khilafiyyah. Penjelasan dengan bahasa yang mudah mengikut kaedah ahli sunnah wal jamaah dan dilengkapi dengan nota kaki yang padat sememangnya dapat meyakinkan para pencinta sunnah tentang sesuatu perkara yang menjadi khilaf. Dengan harga yang berpatutan, amatlah berbaloi memiliki kitab ini kerana hakikatnya tiada harga yang dapat dibayar apabila segala keraguan dalam agama dapat dijawab lengkap bersama dalil-dalil yang sahih. Buku ini wajar dimiliki bagi mereka yang mencintai ilmu tahqiq yang hanya dapat dipelajari daripada guru yang bersanad. Semoga para pencinta sunnah dapat beramal dengan penuh keyakinan. Jazaakallahu khairan jazaa'.”

(Ukhti Aisyah Humaira bt Abdul Kadir, Dentistry, 2nd year, UIA PJ)

__________________________________________________