Khamis, 26 Januari 2012

Majlis Talaqi UIA Petaling Jaya

MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH  
صلى الله عليه وسلم

MAJLIS TALAQI UIA PJ
 Oleh

Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy






"PENGAJIAN KITAB RIYADHUS SHALIHIN"



"KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYAH"





HARI:KHAMIS

TARIKH: 16 FEBRUARI 2012

MASA:7.50 PM

TEMPAT: ANNEX 101

Telah berkata Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki...
"Tidak ada amalan yang mana para malaikat merendahkan sayapnya serendah-rendahnya melainkan majlis ilmu"

Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya...


p/s:Kepada ahli pengajian yang ingin membeli kitab Riyadus Solihin,boleh bawa sekali RM50 untuk pembelian.InsyaAllah,dapat terus sebelum pengajian talaqi bermula.

Ahad, 22 Januari 2012

Buku "SOLAT NABI صلى الله عليه وسلم MENURUT MAZHAB SYAFI'E" Kini Di Pasaran!

Para pencinta ilmu dan warisan ulama….

Alhamdulillah…. Buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy telah terbit.
279 muka surat, 440 nota kaki, berwarna-warni, gambar,
rujukan lebih 20 kitab turath, RM35.00 senaskhah


 Dapatkan segera….!!!

Hubungi:

PJ                            : Akhi Aiman (013-9311856)
                                : Ukhti Afiqah (013-2059498)

Gombak                  : Akhi Adli (013-9490438)
                                : Ukhti Shuhada (013-2002463)

Kuantan                  : Akhi Azri (013-6280480)
                                : Ukhti Fatimah (013-2225962)


Sarawak                 : Amirul (0135681422)


Untuk Luar UIA     :Mawleed Publishing, Wardah     (0133409960)











Kata-kata aluan daripada para ulama‘

Alhamdulillah, saya telah meneliti buku ini. Saya rasa kagum dan gembira dengan usaha ini kerana usaha ini amat teliti dan lengkap dengan dalil-dalil yang dikehendaki oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah....

Risalah seperti ini mesti dijadikan contoh kepada para pendakwah masa kini untuk memartabatkan  ilmu dan memperkukuhkan pengetahuan dalam ilmu Mazhab Syafi’e. Aliran Ahli Sunnah kini makin diancam oleh mereka-mereka yang beraliran Wahabiah, sehinggakan  wujud orang yang berani menyalahkan Imam Syafi’e. Suasana ini amat membimbangkan kita. Semoga dengan terbitnya naskhah yang bertajuk “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” ini amat dihargai bagi memastikan generasi hadapan tidak keliru dan hanya mengikut-ikut dalam melakukan ibadah lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia yang wujud pelbagai aliran kefahaman...“

(Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Tuan Guru Haji Salleh bin Musa)
Mudir, Madrasah ar-Rahmaniah, Sik, Kedah

&&

“Alhamdulillah. Setelah diamati dengan teliti buku ini, saya mendapati bahawa ianya sebuah naskhah yang amat baik. Tahniah saya ucapkan kepada penulis di atas usaha untuk menerbitkan buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e”, ini yang merupakan satu inisiatif ke arah melahirkan generasi Muslim yang sejati.

Sebagai umat Islam di Malaysia yang berpegang dan mengamalkan Mazhab Syafi’e, ianya memberi panduan yang sangat baik dan jelas berkenaan cara melakukan ibadah solat dengan sempurna menurut mazhab tersebut. Jika masyarakat Islam mengembara atau berkunjung ke negara-negara Islam yang lain, mereka akan mendapati cara melakukan solat yang berbeza-beza dan bercampur-aduk dan adakalanya mendatangkan kekeliruan kepada mereka sendiri. Kadangkala ada yang terbawa-bawa dengan apa yang dilihat tanpa mengetahui daripada sumber ilmu yang betul…”

(Tan Sri Sheikh Haji Ismail bin Muhammad)
Imam Besar Masjid Negara

&&

Saya telah membaca buku hasil tulisan Ustaz Muhadir bin Haji Joll ini dan mendapati buku ini sangat bermanfaat untuk umat Islam di tanah air. Ia menyumbang kepada kekayaan khazanah Islam yang mungkin terselindung bagi sebahagian orang kerana kurang pendedahan tulisan-tulisan seumpama ini dalam Bahasa Melayu moden.

Buku ini mengupas isu-isu dalam solat berdasarkan huraian dan dalil yang berasaskan mazhab Syafi’e dan ini amat sesuai dengan konteks masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan fuqaha‘ dalam mazhab Syafi’e dan hadith-hadith yang berkaitan, didedahkan dengan penuh amanah yang menjadikan buku ini mempunyai nilai yang tersendiri khususnya dari segi pendedahan dalil ilmiah dalam setiap isu yang diperkatakan. Ia tentunya akan menjadi panduan yang bermanfaat bagi mereka yang berminat untuk mendalami hukum-hakam solat...“

(Ustaz Dr. Hj Luqman b Hj Abdullah)
Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, merangkap Mudir, Madrasah Rahmaniah, Pondok Lubuk Tapah

&&

Buku ini amat sesuai bagi sesiapa yang ingin mendalami cara mengerjakan solat beserta dalil-dalilnya yang lengkap kerana mungkin selama ini sebahagian kita hanya solat ikut-ikutan tanpa dalil yang jelas dalam mazhab Syafi’e.

Selain itu, buku ini juga amat berguna kepada sesiapa yang mengkaji sifat solat Nabi صلى الله عليه وسلم kerana buku ini lengkap dengan takhrij hadis. Penulis juga menyenaraikan kitab-kitab turath karangan ulama’-ulama’ bermazhab Syafi’e serta pengenalan ulama’-ulama’ untuk memudahkan sesiapa yang ingin mengkaji tentang solat...”

(Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis)
Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID), Pokok Sena, Kedah

&&

Dunia ilmu bergembira lagi dengan terbitnya buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” yang merupakan karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menghasilkan buku ilmiah yang ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta ilmu pengetahuan. Tanpa ketekunan, kesabaran dan kesungguhna beliau sudah pasti isi buku ini tidak akan dapat dikongsi manfaatnya. Inilah buku yang menerangkan bentuk solat Rasulullah yang merupakan pintu manusia untuk sampai ke hadrat Allah...“

(Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Linggi)
Pengarah Urusan, Mawleed Publishing Sdn. Bhd.

Jumaat, 20 Januari 2012

Ustaz Muhadir di Konti Radio IKIM FM

Alhamdulillah,Syaikhuna, al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll telah menjadi tetamu Radio IKIM pada hari ini, Jumaat 20 JANUARI 2012 dari 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Tajuk: Rahsia Hari dan Bulan Maulid Nabi Sollahu Alaihi Wasallam.Kepda sesiapa yang tak berkesempatan mengikutinya, 

SIARAN ULANGAN

 

AHAD, 22 JANUARI 2012
 PUKUL 7.00 PAGI 

TAJUK: RAHSIA HARI DAN BULAN MAULID NABI SOLLAHU ALAIHI WASALLAM

OLEH:

Ustaz Muhadir Haji Joll

Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya..

Khamis, 19 Januari 2012




Muslimin & muslimat dijemput hadir ke rakaman Kuliah Maulid TV Hijrah Bersama: Syaikh Nuruddin Al-Banjari di Masjid Wilayah Duta, MALAM ESOK,, [JUMAAT]
20 JAN 2012..
Rakaman bermula selepas ISYA'...

Isnin, 16 Januari 2012

Khamis, 12 Januari 2012

Majlis Talaqi Bersama Al Fadhil Syaikh Muhammad Husni Jinting al Langkati al Azhari Al Husofi

Majlis Periwayatan dan Pengijazahan Hadith-Hadith Musalsal

Oleh
Sohibul Fadhilah, Al-Musnid, Syaikh Muhammad Husni Jinting al-Langkati al-Husofi al-Azhari al-Asy’ari-asy Syafi’e

           Dengan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Baginda Rasulillah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam. Alhamdulillah, tanggal 14 Disember 2011M bersamaan dengan 19 Muharam 1431H telah menjadi detik yang istimewa kepada ahli pengajian talaqi UIAM kerana Majlis Talaqi kali ini telah dihadiri seorang ulama Nusantara, Muhaddith dan Musnid Asia Tenggara, Al-Fadhil Syaikh Muhammad Husni Jinting al-Langkati al-Husofi al-Azhari al-Asy’ari asy-Syafi’e.

           Turut hadir menyerikan majlis ialah Syaikhuna, Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy dan pemilik blog al-fanshuri, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Tohir al-Qaddahiy. Majlis kali ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar UIAM kampus Petaling Jaya, Gombak, Nilai dan Kuantan, mahasiswa/wi dari Darul Quran JAKIM, UKM dan tidak ketinggalan juga jemaah kariah Masjid Kolej Islam Malaya.



          Majls dimulai dengan pembacaan Ratibul Haddad, susunan Al-Imam Abdullah al-Haddad diketuai oleh salah seorang pengajian ahli pengajian talaqi UIAM. Dalam masa yang sama, kelihatan para pencinta ilmu sudah memenuhi ruang di Dewan Bawah Masjid Kolej Islam Malaya. Semasa rombongan Al-Fadhil Syaikh beserta Ustaz Muhadir dan Ustaz Abdullah melangkah masuk ke dewan, hadirin bangun serentak untuk Mahallul Qiyam. Lantunan selawat ke atas Baginda Rasulullah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam bergema seketika di bumi Petaling Jaya!

           Setelah itu, qasidah “Ya Thoybah” telah dilantunkan oleh saudara Hafiz Zakaria sebagai bukti cinta umat Nabi Muhammad Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam kepada Baginda Rasulullah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam.

            Ucapan alu-aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir dimulakan dengan mengalu-alukan kedatangan Al-Fadhil Syaikh ke Majlis Talaqi UIAM PJ dan juga sekalian muslimin muslimat yang hadir ke majlis yang penuh keberkatan itu. Al-Fadhil Ustaz mengatakan bahawa Syaikh Muhammad Husni adalah hadiah istimewa daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada ummat khususnya di dunia Melayu Nusantara. Al-Fadhil Ustaz juga mengingatkan supaya muslimin dan muslimat yang hadir mengambil curahan rahmat, keberkatan dan manfaat dari ilmu Syaikh Muhammad Husni dengan izin Allah Azza Wajalla.

        Kemudian, Al-Fadhil Ustaz Abdullah al-Qaddahiy berpesan kepada hadirin  supaya membetulkan niat dan membersihkan hati dalam menuntut ilmu. ”InsyaAllah, kita akan mendapat madad (kurniaan) dari Allah Subhanahu wa Ta’ala”, ujar Al-Fadhil Ustaz Abdullah, pemilik blog agama yang terkenal, alfanshuri.blogspot.com.

         Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila Al-Fadhil Syaikh mula menuturkan bicaranya. Al-Fadhil Syaikh telah meriwayatkan hadith-hadith musalsal yang ditulis beliau dalam kitabnya, Aayaatul Mufossalaat fii Al-Ahaadiith al-Musalsalaat dan beliau dengan senang hati memberi ijazah hadith kepada muslimin dan muslimat yang hadir. Alhamdulillah, lebih kurang 17 belas Hadith Musalsal yang diriwayatkan Syaikh dari guru-guru beliau bermula dengan Hadith Musalsal Bil Awwaliyyah, hingga yang akhir iaitu Hadith Musalsal Bi Khatmil Majlis bid Doa’ telah diijazahkan kepada yang hadir.



Al-Fadhil Syaikh sedang memberikan ijazah Hadith Musalsal bil Talqim (makan buah kurma)
kepada tolibul ilm yang hadir. Allahu Akbar!

            Al-Fadhil Syaikh juga turut berpesan kepada hadirin hadirat supaya menghadiri majlis ilmu yang di dalamnya terdapat pembacaan hadith. Menurut beliau, orang-orang yang mendengarkan hadith Rasulullah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan angkat darjatnya. ”Allah Subhanahu wa Ta’ala akan beri cahaya kepada orang yang mendengarkan hadith Rasulullah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam”, kata Al-Fadhil Syaikh yang memetik kalimah itu daripada hadith riwayat Imam Tirmizi. Beliau juga menggalakkan agar penuntut ilmu menghadiri Majlis Talaqi yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir di bumi UIA ini, juga majlis-majlis ilmu lain yang dikendalikan oleh para masyaikh yang lain.

            Sehingga jam 11 malam, majlis ini diakhiri dengan pembacaan doa penutup oleh Al-Fadhil Syaikh Muhammad Husni. Al-Fadhil Syaikh juga menyatakan hasratnya untuk bertandang kembali ke sini (UIAM PJ) sekali lagi bulan Mac tahun hadapan (2012) sekiranya dizinkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. (Ameen insyaAllah!).

          Seterusnya, pihak penganjur majlis mengiringi Al-Fadhil Syaikh Muhammad Husni, Al-Fadhil Ustaz Muhadir as-Sanariy dan Al-Fadhil Ustaz Abdullah al-Qaddahiy ke bilik jamuan bagi menikmati jamuan hidangan Nasi Arab.

         Alhamdulillah, majlis malam itu berjalan dengan lancar dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Al-Fadhil Ustaz Muhadir juga menyatakan kesyukuran ke hadrat Illahi atas kelancaran majlis dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh barokah itu. Jazakumullahu Khairal Jaza’!

Ahad, 8 Januari 2012

::KIPSAS BERSELAWAT::



سْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ





"KIPSAS BERSELAWAT" Majlis Mahabbah Rasulullah ﷺ pada 16 Januari 2012 bertempat di Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah KIPSAS.. bermula pada pukul 7.00 malam... Tausyiah akan disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid dan Ustaz Musthafa Kamal Hamzah... semua muslimin muslimat dan para asatizah dijemput hadir.. dengan program sebegini akan bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ .


سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم