Ahad, 15 April 2012

::TALAQI UIAM KUANTAN::


Marhaban Bil Wasiyyati Rasulillah Sollahu 'Alaihiwassalam

Alhamdulillah wa syukurillah, segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Sayyiduna Al-Musthofa Rasulullah Sollahu 'Alaihiwassalam atas kenikmatan yang tidak terhingganya. Kebelakangan ini bumi Malaysia tidak putus-putus menerima kunjungan daripada Ulama'-ulama' di serata dunia. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah tatimmassolihat. Begitu juga tidak ketinggalan UIAM Kuantan, dengan Majlis UIAM Kuantan berselawatnya yang mana dihadiri oleh Para Habaib di Malaysia dan juga guru-gur tercinta Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll,Tuan Guru Al-Fadhil Ustaz Mustafa Kamal dan Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni Bin Abdul Wahab cukup membawa kegembiraan, rahmat serta berkah kepada seluruh komuniti UIAM Kuantan khususnya dan seluruh masyarakat di Kuantan amnya. Dek kerana itu dan seperti kebiasaanya sekiranya datangnya ulama'-ulama' dari luar negara ke Malaysia, guru-guru kita akan lebih mengutamakan dan menggalakkan kita untuk menghadiri majlis-majlis yang telah ditetapkan, makanya kami daripada pihak pengurusan talaqi di UIAM Kuantan memohon jutaan kemaafan dek kerana sudah lama rasa talaqi tidak ada di bumi UIAM Kuantan ini.

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat daripada Allah, InsyaAllah talaqi di UIAM Kuantan akan bermula pada Rabu ini bersama Maulana Zawawi. Berikut adalah detailnya:-


Kitab: Kitab Muhimmah( Karangan Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdul Rahim Fathani)
Penyampai :Maulana Zawawi
Tarikh : 18 April 2012 (Rabu)
Masa: Selepas Maghrib (digalakan untuk datang awal dan solat berjemaah bersama)
Tempat: Musollah Kuliyyah Of Pharmacy (KOP) 

Serba sedikit berkenaan kitab ini.Kitab Muhimmah-sebuah kitab lama karangan Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdul Rahim Fathani. Membicarakan kelebihan dan terpujinya perbuatan seorang isteri yang menunaikan tanggungjawab terhadap suami, memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka, tanggungjawab dan hak suami isteri, hak silaturahim sesama keluarga.

Wallahu'alam

P/s: Mohon sahabat-sahabat untuk datang awal dan berjemaah maghrib bersama-sama.InsyaAllah Sentiasa awasi adab dan akhlak kita. IKHLASKAN niat. Mohon disebar-sebarkan. Jazakumullahu khairan kathiran.


Selasa, 3 April 2012

Majlis Mahabbah Rasulullah UIAM PJ


Bismillah.
Kami wakil Majlis Talaqi UIAM Petaling Jaya menjemput seluruh warga UIAM temasuk daRI PJ, GOMBAK DAN KUANTAN bagi memberkati majlis ini.Dan juga seluruh pencinta ilmu yang berada di seluruh Malaysia.

JUMAAT 6 APRIL 2012 di al Malik Faisal Hall
Majlis Mahabbah Rasulullah Sollahu Alaihi Wasallam
Qasidah dan Maulid

TausiyAH Mahabbah Rasulullah oleh:
al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll as-sanariy
al Fadhil Ustaz Abdullah Al Qaddahiy
al Fadhil Ustaz Muhammad Hadzri al-bindany

Majlis Mahabbah Rasulullah ini bukan setakat untuk :

1.Orang yang pakai SERBAN,RIDA' DAN JUBAH sahaja.Orang yang pakai BAJU BIASA pun boleh hadir. ^_^

2.orang yang bertudung labuh sahaja.Hatta, yang bertudung segitiga,segi empat,tudung bawal,tudung ariani dan tak bertudung pun boleh hadirkan diri. ^_^

3.orang yang gi masjid sahja.BAHKAN, orang yang main futsal malam2,peminat2 bola dan pencinta filem2 korea pun boleh hadir ^_^

Sebab apa?
Sebab Nabi sangat cinta akan ummatnya.Bahkan,Nabi dalam sebuah hadith,Nabi tiap2 malam Nabi doa pada umatnya seperti Nabi mendoakan Saidatina Aisyah."Ya Allah,ampunkan dosa Aisyah,yang telah lalu,kini dan akan datang.Dan kemudiannya Rasulullah bersabda "beginilah aku mendoakan ummat aku setiap hari".

Jadi,kesimpulannya.Nabi cinta akan seluruh umatnya.Ayuh hadirkan diri kita ke majlis ini.Ayuh sematkan cinta Nabi dalam diri,seperti mana Nabi mencintai diri kita kesemuanya.
Sollu 'Alan Nabiy