Ahad, 15 April 2012

::TALAQI UIAM KUANTAN::


Marhaban Bil Wasiyyati Rasulillah Sollahu 'Alaihiwassalam

Alhamdulillah wa syukurillah, segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Sayyiduna Al-Musthofa Rasulullah Sollahu 'Alaihiwassalam atas kenikmatan yang tidak terhingganya. Kebelakangan ini bumi Malaysia tidak putus-putus menerima kunjungan daripada Ulama'-ulama' di serata dunia. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah tatimmassolihat. Begitu juga tidak ketinggalan UIAM Kuantan, dengan Majlis UIAM Kuantan berselawatnya yang mana dihadiri oleh Para Habaib di Malaysia dan juga guru-gur tercinta Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll,Tuan Guru Al-Fadhil Ustaz Mustafa Kamal dan Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni Bin Abdul Wahab cukup membawa kegembiraan, rahmat serta berkah kepada seluruh komuniti UIAM Kuantan khususnya dan seluruh masyarakat di Kuantan amnya. Dek kerana itu dan seperti kebiasaanya sekiranya datangnya ulama'-ulama' dari luar negara ke Malaysia, guru-guru kita akan lebih mengutamakan dan menggalakkan kita untuk menghadiri majlis-majlis yang telah ditetapkan, makanya kami daripada pihak pengurusan talaqi di UIAM Kuantan memohon jutaan kemaafan dek kerana sudah lama rasa talaqi tidak ada di bumi UIAM Kuantan ini.

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat daripada Allah, InsyaAllah talaqi di UIAM Kuantan akan bermula pada Rabu ini bersama Maulana Zawawi. Berikut adalah detailnya:-


Kitab: Kitab Muhimmah( Karangan Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdul Rahim Fathani)
Penyampai :Maulana Zawawi
Tarikh : 18 April 2012 (Rabu)
Masa: Selepas Maghrib (digalakan untuk datang awal dan solat berjemaah bersama)
Tempat: Musollah Kuliyyah Of Pharmacy (KOP) 

Serba sedikit berkenaan kitab ini.Kitab Muhimmah-sebuah kitab lama karangan Syeikh Abdullah Ibnu ‘Abdul Rahim Fathani. Membicarakan kelebihan dan terpujinya perbuatan seorang isteri yang menunaikan tanggungjawab terhadap suami, memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka, tanggungjawab dan hak suami isteri, hak silaturahim sesama keluarga.

Wallahu'alam

P/s: Mohon sahabat-sahabat untuk datang awal dan berjemaah maghrib bersama-sama.InsyaAllah Sentiasa awasi adab dan akhlak kita. IKHLASKAN niat. Mohon disebar-sebarkan. Jazakumullahu khairan kathiran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan