Rabu, 4 Mac 2015

Majlis Ta'lim 11 Disember 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada 11 Disember 2014 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz membahaskan Kitab Ta'lim Muta'allim dan Kitab Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya.


Kitab Ta'lim Muta'allim
Al-Fadhil Ustaz membahaskan tentang cita-cita seorang penuntut ilmu. Seorang penuntut ilmu seharusnya mempunyai cita-cita yang tinggi dalam berilmu. Seperti; bercita-cita supaya ilmu itu dapat difahami dan dikuasai dengan sepenuhnya, dan juga ilmu itu dapat disampaikan kepada orang lain bukan sekadar untuk dirinya sahaja.

Kitab Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya
Di dalam kitab ini, Al-Fadhil Ustaz mensyarahkan tentang bid’ah. Bid’ah merupakan perkara baharu yang tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW tetapi ia dilakukan selepas kewafatan baginda.

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kedua-dua kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.

Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan