Isnin, 6 Oktober 2014

Majlis Ta'lim 23 September 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada 23.09.2014 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz membahaskan pula kitab Hidayatus Salikin fi Sulukil Al-Muttaqin pada membicarakan fasal ke-6: Pada menyatakan adab masuk ke Masjid hingga terbit matahari.


Kemudian, pengajian diteruskan dengan sesi soal jawab. Antara soalan yang diajukan ialah:

1. Adakah mimpi buruk petanda diganggu makhlus?
2. Adakah amalan yang tidak baik turut ditunjukkan di padang mahsyar nanti walaupun seseorang itu telah bertaubat?
3. Bagaimana kalau tidak berpegang pada mazhab?
4. Hakikat islam dan kafir?
5. Apakah hukum memotong rambut dan kuku ketika sedang haidh?
6. Apakah kelebihan hizb Bahr?



Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.
Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan