Selasa, 1 Februari 2011

UCAPAN PENGHARGAAN SYAIKHUNA AL-FADHIL USTAZ MUHADIR SEMPENA MAJLIS MAWLIDUR RASULULLAH SAW 31 JANUARI 2011

 Ucapan Penghargaan
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمْد لله ربّ العالمين، له النعمةُ وله الفضل وله الثناء الحسن، والصلاةُ والسلامُ الأتمّان الأكملان، على سيّدنا  ونبينا وحبيبنا وشفيعنا وزخرنا ومولانا محمد أشْرف المرسلين، وعلى آله وصحبه الطيّبين الطاهرين، أما بعدُ،

Al-Faqir bersyukur ke hadrat Allah Ta’ala dengan izin dan taufiqNya jua, majlis Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم pada malam tadi berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Ucapan tahniah kepada Akhi Syed Mohsen al-Kaf di atas kesungguhan beliau mengetuai sambutan Maulid yang mulia ini. Juga kepada Akhi Amir dan Ukhti Syarifah Hidayah, yang mengetuai bahagian muslimin dan muslimat. Juga kepada semua ahli jawatankuasa penganjur di kalangan pelajar. Semua mereka adalah ahli pengajian talaqi Al-Faqir.

Al-Faqir amat terharu dengan kehadiran ahli-ahli pengajian talaqi dari UIA Gombak, Nilai dan Kuantan ke majlis ini. Kepada semua ahli pengajian, semoga Allah Taala menambah ilmu dan adab kepada entum, mengganjari khidmat dan pengorbanan entum kepada para ulama dan ahli ilmu, dan mengurniakan entum kekuatan dan istiqamah dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari, Amin…

Majlis malam tadi amat berseri dan bertambah keberkatannya dengan kehadiran Al-Mukarram, Guru Mulia, Habib Ali bin Zainal Abidin al-Hamid, para habaib, ulama’ dan asatizah, juga para muhibbin dari serata tempat.

Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada pihak UIA dan Masjid Kolej Islam di atas kerjasama mereka menjayakan majlis ini.

Semoga Allah Ta’ala membalas para dermawan yang menyumbang untuk majlis ini, dengan ganjaran yang sempurna.

Majlis Maulidur Rasul صلى الله عليه وسلم kali ini diharapkan menjadi suatu permulaan yang baik dan dirahmati untuk sambutan majlis-majlis Maulid seterusnya masa akan datang di universiti ini. Sesungguhnya keberkatan majlis memuliakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan melimpah ke tempat ia diadakan dan tempat sekitarnya.
Semoga Allah Ta’ala memandang usaha ini dengan pandangan rahmat dan kita dicintai oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Wassalam.

Al-Faqir ilaLlahil Qadir,
Muhadir bin Haji Joll.

1 ulasan:

  1. semoga dengan keberkatan majlis ini dapat merubah kehidupan semua pelajar CFS khususnya pelajar IIUM amnya. ana sangat suka majlis ini. tapi boleh beritahu ana siapa di "tulang belakang" majlis ini? sampaikan ucapan tahniah ana padanya. shukran.

    BalasPadam