Isnin, 30 Januari 2012
Khamis, 26 Januari 2012
Majlis Talaqi UIA Petaling Jaya
MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH
صلى الله عليه وسلم
MAJLIS TALAQI UIA PJ
Oleh
TARIKH: 16 FEBRUARI 2012
MASA:7.50 PM
TEMPAT: ANNEX 101
Telah berkata Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki...
"Tidak ada amalan yang mana para malaikat merendahkan sayapnya serendah-rendahnya melainkan majlis ilmu"
Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya...
p/s:Kepada ahli pengajian yang ingin membeli kitab Riyadus Solihin,boleh bawa sekali RM50 untuk pembelian.InsyaAllah,dapat terus sebelum pengajian talaqi bermula.
p/s:Kepada ahli pengajian yang ingin membeli kitab Riyadus Solihin,boleh bawa sekali RM50 untuk pembelian.InsyaAllah,dapat terus sebelum pengajian talaqi bermula.
Ahad, 22 Januari 2012
Buku "SOLAT NABI صلى الله عليه وسلم MENURUT MAZHAB SYAFI'E" Kini Di Pasaran!
Para pencinta ilmu dan warisan ulama….
Alhamdulillah…. Buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” karangan Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy
telah terbit.
279 muka surat, 440 nota kaki, berwarna-warni, gambar,
rujukan lebih 20 kitab turath, RM35.00 senaskhah
Hubungi:
PJ : Akhi Aiman
(013-9311856)
: Ukhti Afiqah
(013-2059498)
Gombak : Akhi Adli (013-9490438)
: Ukhti Shuhada
(013-2002463)
Kuantan : Akhi Azri (013-6280480)
: Ukhti Fatimah
(013-2225962)
Sarawak : Amirul (0135681422)
Untuk Luar UIA :Mawleed Publishing, Wardah (0133409960)
Sarawak : Amirul (0135681422)
Untuk Luar UIA :Mawleed Publishing, Wardah (0133409960)
Kata-kata aluan daripada para
ulama‘
“Alhamdulillah, saya telah meneliti buku ini.
Saya rasa kagum dan gembira dengan usaha ini kerana usaha ini amat teliti dan lengkap dengan dalil-dalil yang dikehendaki
oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah....
Risalah seperti ini mesti dijadikan contoh kepada para pendakwah masa kini untuk memartabatkan ilmu dan memperkukuhkan pengetahuan dalam
ilmu Mazhab Syafi’e. Aliran Ahli Sunnah kini makin
diancam oleh mereka-mereka yang beraliran Wahabiah, sehinggakan wujud orang yang berani menyalahkan Imam
Syafi’e. Suasana ini amat membimbangkan kita. Semoga dengan
terbitnya naskhah yang bertajuk “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” ini amat dihargai bagi memastikan
generasi hadapan tidak keliru dan hanya mengikut-ikut dalam melakukan ibadah
lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia yang wujud pelbagai aliran
kefahaman...“
(Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Tuan
Guru Haji Salleh bin Musa)
Mudir, Madrasah ar-Rahmaniah, Sik, Kedah
&&
“Alhamdulillah. Setelah
diamati dengan teliti buku ini, saya mendapati bahawa ianya sebuah naskhah yang amat baik. Tahniah saya ucapkan
kepada penulis di atas usaha untuk menerbitkan buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut
Mazhab Syafi’e”, ini yang
merupakan satu inisiatif ke
arah
melahirkan generasi Muslim yang sejati.
Sebagai umat Islam di
Malaysia yang berpegang dan mengamalkan Mazhab Syafi’e, ianya memberi panduan yang sangat baik dan jelas berkenaan cara
melakukan ibadah solat dengan sempurna menurut mazhab tersebut. Jika
masyarakat Islam mengembara atau berkunjung ke negara-negara Islam yang lain,
mereka akan mendapati cara melakukan solat yang berbeza-beza dan bercampur-aduk
dan adakalanya mendatangkan kekeliruan kepada mereka sendiri. Kadangkala ada
yang terbawa-bawa dengan apa yang dilihat tanpa mengetahui daripada sumber ilmu
yang betul…”
(Tan
Sri Sheikh Haji Ismail
bin Muhammad)
Imam Besar Masjid Negara
&&
“Saya telah membaca buku hasil tulisan
Ustaz Muhadir bin Haji Joll ini dan mendapati buku ini sangat bermanfaat untuk umat Islam di tanah air.
Ia menyumbang kepada kekayaan khazanah Islam yang
mungkin terselindung bagi sebahagian orang kerana kurang pendedahan
tulisan-tulisan seumpama ini dalam Bahasa Melayu moden.
Buku ini
mengupas isu-isu dalam solat berdasarkan huraian dan
dalil yang berasaskan mazhab Syafi’e dan ini amat sesuai dengan konteks
masyarakat Islam di Malaysia. Perbincangan
fuqaha‘ dalam mazhab Syafi’e dan hadith-hadith yang berkaitan, didedahkan
dengan penuh amanah yang menjadikan buku ini mempunyai nilai yang tersendiri
khususnya dari segi pendedahan dalil ilmiah dalam setiap isu yang
diperkatakan. Ia tentunya akan menjadi panduan yang bermanfaat bagi mereka yang
berminat untuk mendalami hukum-hakam solat...“
(Ustaz
Dr. Hj Luqman b Hj Abdullah)
Pensyarah
Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
merangkap Mudir, Madrasah Rahmaniah, Pondok Lubuk Tapah
&&
“Buku ini amat
sesuai bagi sesiapa yang ingin mendalami cara mengerjakan solat beserta
dalil-dalilnya yang lengkap kerana mungkin selama ini sebahagian
kita hanya solat ikut-ikutan tanpa dalil yang jelas dalam mazhab Syafi’e.
Selain itu, buku ini juga amat berguna kepada sesiapa yang mengkaji sifat solat Nabi صلى الله عليه وسلم kerana buku ini lengkap dengan takhrij
hadis. Penulis
juga menyenaraikan kitab-kitab turath karangan
ulama’-ulama’ bermazhab Syafi’e serta pengenalan
ulama’-ulama’ untuk memudahkan sesiapa yang ingin mengkaji tentang
solat...”
(Ustaz Hafiz Haji Mustafa Lubis)
Maahad Tarbiah Islamiah Derang (MTID), Pokok Sena, Kedah
&&
“Dunia ilmu bergembira lagi dengan terbitnya buku “Solat Nabi صلى الله عليه وسلم Menurut Mazhab Syafi’e” yang merupakan karangan Ustaz Muhadir bin Haji
Joll. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana menghasilkan buku ilmiah yang ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta ilmu
pengetahuan. Tanpa ketekunan, kesabaran
dan kesungguhna beliau sudah pasti isi buku ini tidak akan dapat dikongsi
manfaatnya. Inilah buku yang menerangkan bentuk solat Rasulullah
yang merupakan pintu manusia untuk sampai ke hadrat Allah...“
(Ustaz
Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Linggi)
Pengarah
Urusan, Mawleed Publishing Sdn. Bhd.
Sabtu, 21 Januari 2012
Jumaat, 20 Januari 2012
Ustaz Muhadir di Konti Radio IKIM FM
Alhamdulillah,Syaikhuna, al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll telah menjadi tetamu Radio IKIM pada hari ini, Jumaat 20 JANUARI 2012 dari 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Tajuk: Rahsia Hari dan Bulan Maulid Nabi Sollahu Alaihi Wasallam.Kepda sesiapa yang tak berkesempatan mengikutinya,
SIARAN ULANGAN
AHAD, 22 JANUARI 2012
PUKUL 7.00 PAGI
TAJUK: RAHSIA HARI DAN BULAN MAULID NABI SOLLAHU ALAIHI WASALLAM
OLEH:
![]() |
Ustaz Muhadir Haji Joll |
Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya..
Khamis, 19 Januari 2012
Khamis, 12 Januari 2012
Majlis Talaqi Bersama Al Fadhil Syaikh Muhammad Husni Jinting al Langkati al Azhari Al Husofi
Majlis Periwayatan dan Pengijazahan Hadith-Hadith Musalsal
Oleh
Sohibul Fadhilah, Al-Musnid, Syaikh Muhammad Husni Jinting al-Langkati al-Husofi al-Azhari al-Asy’ari-asy Syafi’e
Dengan nama Allah Subhanahu wa Ta’ala Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Baginda Rasulillah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam. Alhamdulillah, tanggal 14 Disember 2011M bersamaan dengan 19 Muharam 1431H telah menjadi detik yang istimewa kepada ahli pengajian talaqi UIAM kerana Majlis Talaqi kali ini telah dihadiri seorang ulama Nusantara, Muhaddith dan Musnid Asia Tenggara, Al-Fadhil Syaikh Muhammad Husni Jinting al-Langkati al-Husofi al-Azhari al-Asy’ari asy-Syafi’e.
Turut hadir menyerikan majlis ialah Syaikhuna, Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariy dan pemilik blog al-fanshuri, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Tohir al-Qaddahiy. Majlis kali ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar UIAM kampus Petaling Jaya, Gombak, Nilai dan Kuantan, mahasiswa/wi dari Darul Quran JAKIM, UKM dan tidak ketinggalan juga jemaah kariah Masjid Kolej Islam Malaya.
Majls dimulai dengan pembacaan Ratibul Haddad, susunan Al-Imam Abdullah al-Haddad diketuai oleh salah seorang pengajian ahli pengajian talaqi UIAM. Dalam masa yang sama, kelihatan para pencinta ilmu sudah memenuhi ruang di Dewan Bawah Masjid Kolej Islam Malaya. Semasa rombongan Al-Fadhil Syaikh beserta Ustaz Muhadir dan Ustaz Abdullah melangkah masuk ke dewan, hadirin bangun serentak untuk Mahallul Qiyam. Lantunan selawat ke atas Baginda Rasulullah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam bergema seketika di bumi Petaling Jaya!
Setelah itu, qasidah “Ya Thoybah” telah dilantunkan oleh saudara Hafiz Zakaria sebagai bukti cinta umat Nabi Muhammad Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam kepada Baginda Rasulullah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam.
Ucapan alu-aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir dimulakan dengan mengalu-alukan kedatangan Al-Fadhil Syaikh ke Majlis Talaqi UIAM PJ dan juga sekalian muslimin muslimat yang hadir ke majlis yang penuh keberkatan itu. Al-Fadhil Ustaz mengatakan bahawa Syaikh Muhammad Husni adalah hadiah istimewa daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada ummat khususnya di dunia Melayu Nusantara. Al-Fadhil Ustaz juga mengingatkan supaya muslimin dan muslimat yang hadir mengambil curahan rahmat, keberkatan dan manfaat dari ilmu Syaikh Muhammad Husni dengan izin Allah Azza Wajalla.
Kemudian, Al-Fadhil Ustaz Abdullah al-Qaddahiy berpesan kepada hadirin supaya membetulkan niat dan membersihkan hati dalam menuntut ilmu. ”InsyaAllah, kita akan mendapat madad (kurniaan) dari Allah Subhanahu wa Ta’ala”, ujar Al-Fadhil Ustaz Abdullah, pemilik blog agama yang terkenal, alfanshuri.blogspot.com.
Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila Al-Fadhil Syaikh mula menuturkan bicaranya. Al-Fadhil Syaikh telah meriwayatkan hadith-hadith musalsal yang ditulis beliau dalam kitabnya, Aayaatul Mufossalaat fii Al-Ahaadiith al-Musalsalaat dan beliau dengan senang hati memberi ijazah hadith kepada muslimin dan muslimat yang hadir. Alhamdulillah, lebih kurang 17 belas Hadith Musalsal yang diriwayatkan Syaikh dari guru-guru beliau bermula dengan Hadith Musalsal Bil Awwaliyyah, hingga yang akhir iaitu Hadith Musalsal Bi Khatmil Majlis bid Doa’ telah diijazahkan kepada yang hadir.
Al-Fadhil Syaikh sedang memberikan ijazah Hadith Musalsal bil Talqim (makan buah kurma)
kepada tolibul ilm yang hadir. Allahu Akbar!
Al-Fadhil Syaikh juga turut berpesan kepada hadirin hadirat supaya menghadiri majlis ilmu yang di dalamnya terdapat pembacaan hadith. Menurut beliau, orang-orang yang mendengarkan hadith Rasulullah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan angkat darjatnya. ”Allah Subhanahu wa Ta’ala akan beri cahaya kepada orang yang mendengarkan hadith Rasulullah Shollallahu alaihi wa alihi wa sallam”, kata Al-Fadhil Syaikh yang memetik kalimah itu daripada hadith riwayat Imam Tirmizi. Beliau juga menggalakkan agar penuntut ilmu menghadiri Majlis Talaqi yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir di bumi UIA ini, juga majlis-majlis ilmu lain yang dikendalikan oleh para masyaikh yang lain.
Sehingga jam 11 malam, majlis ini diakhiri dengan pembacaan doa penutup oleh Al-Fadhil Syaikh Muhammad Husni. Al-Fadhil Syaikh juga menyatakan hasratnya untuk bertandang kembali ke sini (UIAM PJ) sekali lagi bulan Mac tahun hadapan (2012) sekiranya dizinkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. (Ameen insyaAllah!).
Seterusnya, pihak penganjur majlis mengiringi Al-Fadhil Syaikh Muhammad Husni, Al-Fadhil Ustaz Muhadir as-Sanariy dan Al-Fadhil Ustaz Abdullah al-Qaddahiy ke bilik jamuan bagi menikmati jamuan hidangan Nasi Arab.
Alhamdulillah, majlis malam itu berjalan dengan lancar dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala. Al-Fadhil Ustaz Muhadir juga menyatakan kesyukuran ke hadrat Illahi atas kelancaran majlis dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh barokah itu. Jazakumullahu Khairal Jaza’!
Ahad, 8 Januari 2012
::KIPSAS BERSELAWAT::
سْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
"KIPSAS BERSELAWAT" Majlis Mahabbah Rasulullah ﷺ pada 16 Januari 2012 bertempat di Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah KIPSAS.. bermula pada pukul 7.00 malam... Tausyiah akan disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid dan Ustaz Musthafa Kamal Hamzah... semua muslimin muslimat dan para asatizah dijemput hadir.. dengan program sebegini akan bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ .
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Langgan:
Catatan (Atom)