Klik pada link untuk download
Ahad, 31 Julai 2011
IKLAN : TASBIH CINCIN DIGITAL - Harga penuntut RM 9.00 murah2!!
![]() |
Pelbagai pilhan warna |
![]() |
Pandangan dari hadapan |
![]() |
Pandangan dari belakang |
![]() |
Pasang ditangan untuk guna |
- ringan dan kecil.
- tidak kalis air
- paparan LCD kiraan dari 0-99999
- boleh juga digunakan untuk mengira stok dan latihan fizikal (excercise).
- 'auto off' bila tidak digunakan, dan boleh sambung kiraan terdahulu.
- jangka bateri yang tahan lama, kerana tidak banyak kuasa bateri yang digunakan.
- bateri boleh ditukar di kedai bateri
- butang yang efisyen, tidak ralat.
- stok baru (import terus dari China).
- pilihan warna; putih, perang (koko), merah, biru, hitam, hijau, ungu (tiada dalam gambar) *warna adalah bergantung pada stok yang ada.
Harga: RM 12.00 RM 9.00 murah2!!
Hubungi 0132002467 (Haq) untuk belian.
--------------------------------------PROMOSI RAMADHAN!!!------------------------------
BELI 10 UNIT KEATAS, RM 8 SETIAP 1 !!!
>>>HADIAHKAN BUAT IBU BAPA DAN SAUDARA-MARA ANDA<<<< =)
Khamis, 28 Julai 2011
Majlis Talaqi UIA PJ
Isnin, 25 Julai 2011
CD Qasidah Rahmat Ekamatra
Sabtu, 23 Julai 2011
Majlis Ilmu: MAJLIS PERASMIAN BAYT AL HIKMAH

Tarikh:Ahad 22 Sya'ban
Tempat:Tmn Desa Permai Tmn Dato Ahmad Razali Ampang
Masa:Mula jam 5.30ptg
Sila ikut tanda arah bermula dr Spg Traffic Light International School & sila patuhi arahan petugas lalulintas.
Bayt Al-Hikmah adalah pusat pengajian (atau juga dikenali sebagai perpustakaan) yang terbuka untuk umum. Sudah ada hampir 100 ribu kitab, kebanyakannya dalam bahasa Arab. Kitab2 hadith, tabaqat, manaqib, sirah, aqidah, fiqh, tasawuf, sains, falsafah dan lain-lain.
Khamis, 21 Julai 2011
MARHABAN
Assalamua'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Alhamdulillah wa syukrulillah
>TEMPAT: AMF HALL
>MASA: 7.50 pm
>TARIKH: KHAMIS, 21/7/2011
>TENTATIF:
-Bacaan Ratib Al-Haddad dan Qasidah
-Pengajian Kitab
: الاربعين النووية (Arbain An-Nawawiyah) – Hadith
: بداية الهداية (Bidayatul Hidayah) – Tasawuf
-Sesi Soal Jawab
-Tamat
Majlis Ilmu: MAJLIS BERSAMA AL-HABIB KADZIM BIN JA’FAR AS-SEGGAF

Nama : Al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Seggaf
Lahir : Tarim , Hadramaut, Yaman pada tahun 1960M
Menghafaz al-Qur'an dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada para Masyayih dan para Habaib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Murayyim[1], di Ribath Tarim[2] .
Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para ulama di Ribath al-Baidha’, Kota al-Baidha’, Yaman.
Apabila pulang ke Tarim, diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .
Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan Ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]
Sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa, Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .
Beliau sering dijemput ke luar negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya sering ke Negera-negara Eropah seperti Britain, Jerman dan lain-lain, Amerika, Norway, Negara-negara benua Afrika dan Asia Tenggara.
Tidak ketinggalan juga, mengarangkan kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .
--------------------------------------------------------------------------------
[1] Abi Murayyim : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dan sebagainya) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khas di kalangan para Ulama.
[2] Didirikan pada tahun 1304H (1886M). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah-tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan puluh ribuan ulama yang bertebaran diseluruh pelusuk dunia.
[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.
[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.
Sabtu, 16 Julai 2011
Langgan:
Catatan (Atom)