Jumaat, 25 November 2011

::TALAQI UIAM KUANTAN::

 
MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH  
صلى الله عليه وسلم

Majlis Talaqi UIAM Kuantan
Oleh

Al-Fadhil Ustaz Mustafa Kamal

 "PENGAJIAN KITAB MINHAJUL 'ABIDIN KARANGAN AL-IMAM HUJJATUL ISLAM IMAMUL GHAZALI RH"


Hari : Jumaat (Hari ini) 25/11/2011

bertempat di Musolla CF brother

Selepas solat Maghrib

AYUH SAMA-SAMA AMBIL PELUANG UNTUK MENGHADIRKAN DIRI DALAM SATU MAJLIS YANG DIHADIRI OLEH BERBONDONG-BONDONG PARA MALAIKAT. Allahu'alam

Telah berkata Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki...
"Tidak ada amalan yang mana para malaikat merendahkan sayapnya serendah-rendahnya melainkan majlis ilmu"

Sabtu, 19 November 2011

Iklan:Dapatkan Majalah Q & A

Assalamualaikum,

Ahli-ahli pengajian talaqi sekelian (kampus PJ, Nilai, Gombak dan Kuantan), hafizhakumullah…
Alhamdulillah, sebuah majalah baru dengan nama Majalah Q&A (terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd) telah terbit. Kupasan isu dan jawapan dari para masyaikh dan penulis yang berwibawa, secara santai, sederhana tetapi padat dan ilmiah mengikut manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Alhamdulillah, Al-Fadhil Ustazuna, Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy dijemput menjadi salah seorang kolumnisnya dalam ruangan Paradigma dan Suluhan Ibadah. Masyaikh dan penulis lain termasuklah Habib Hasan al-Attas, Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Muhamad Kazim al-Hafiz, Ustaz Zulramli, Syaikh Muhamad Nazrul Abdul Nasir (Anjung Atrak), Prof. Dr. Muhaya dan lain-lain.

 Tambahkan ilmu (‘ilm) dan kefahaman (fiqh) antum… Dapatkan Majalah Q&A ini daripada pengedar-pengedar yang berdekatan. Sila rujuk:





Pesan Al-Fadhil Ustazuna:

“Sepatutnya, penuntut ilmu hendaklah rajin memutola’ah, mengulang kaji pelajaran dan mengekali amalan yang dijazahkan guru. Telah berkata Al-Arif billah, Al-Faqih al-Lughawi al-Muhaqqiq al-Mudaqqiq, Habib Zain bin Ibrahim bin Sumait:

بِالتَّكْرِيرِ يَحْصُلُ التَّقْرِيرَ، وَبِالتَّقْرِيرِ يَحْصُلُ التَّأْثِيرَ، وَبِالتَّأْثِيرِ يَحْصُلُ التَّنوِيرَ...

(Dengan banyak mengulang-ulang sesuatu (kitab/ matan/ wirid/ ratib/ hizb), akan menghasilkan ketetapan (pada amalan/ istiqomah), dengan adanya ketetapan itu, akan menghasilkan kesan (pada hati dan himmah) dan dengan kesan itu, akan menghasilkan cahaya (pada hati nurani)…)”

 Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya...