بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita
menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama
Habib Ali Zenal Abidin Al-Hamid pada 20 November 2014 yang lalu. Al-Habib
membahaskan ayat 1-5 surah Al-A’raf dan juga fasal anggota sujud dalam kitab
Safinatun Najah.
Dalam ayat yang
pertama surah Al-A’Araf, mengandungi huruf-huruf potongan. Huruf potongan dalam
Al-Quran merupakan salah satu daripada ayat mutasyabihat yang hanya Allah sahaja
yang tahu maksud sebenar nya. Antara hikmah ada ayat-ayat yang tidak difahami
oleh manusia adalah untuk menyedarkan manusia sedalam mana mereka menyelami
ilmu dalam Al-Quran akhirnya mereka akan mempunyai satu batasan yang manusia
itu sendiri tidak dapat untuk ditembusi oleh manusia. Keterbatasan itu untuk
menundukkan manusia supaya sedar bahawa manusia itu lemah dan menyedarkan ada
satu kuasa yang hanya tahu tentang ilmu itu sendiri iaitu Yang Maha Mengetahui,
Allah.
Perkataan auliya’
dalam ayat ke-3 merupakan kata jama’ bagi perkataan wali yang bermaksud
penolong. Al-Wali juga adalah salah satu nama bagi nama-nama Allah. Selain itu
juga, gelaran wali atau auliya’ juga diberikan kepada orang-orang yang dekat
kepada Allah. Walaupun begitu, gelaran wali juga dinisbahkan kepada syaitan dan
pengikutnya seperti yang dimaksudkan dalam ayat ini. Kesimpulannya, kalimat
wali mempunyai makna yang baik dan juga makna yang tidak baik.
Pada ayat ke 4,
dinyatakan bahawa Allah akan menyeksa mereka(kaum yang ingkar) pada waktu malam
atau pada waktu siang iaitu pada masa mereka berehat dan hendak mencari
keamanan. Antara hikmahnya adalah Allah hendak menunjukkan bahawa mereka (kaum
yang ingkar), tidak akan dapat merasa aman walaupun pada masa yang mereka
hendak mendapat kemanan kerena kemanan itu datang daripada Allah dan bukannya
terletak pada masa.
Qailulah adalah
merupakan satu sunnah rasulullah yang istimewa. Qailulah adalah tidur sebentar
pada siang hari untuk mendapat tenaga untuk bangun pada malam harinya. Kata
Imam Al-Ghazali, “Sesiapa yang tidur di tengah hari(qailulah) tetapi tidak
bagun tahajud (pada malam harinya), seperti orang yang bersahur tetapi tidak
berpuasa.”
Safinatun Najah
Pada fasal menyatakan
tentang anggota-anggota sujud.
- Sujud terbahagi kepada dua:
1. Sujud Ta’zhim ya’ni sujud penghormatan. Antara contohnya adalah:
a. Sujudnya para malaikat kepada Nabi Adam a.s
b. Sujudnya adik-beradik Nabi Yusuf kepada Nabi Yusuf
2. Sujud Ibadah ya’ni sujud hanya semata-mata kepada Allah. Walaupun demikian, sujud ta’zhim dimansukhkan dan tidak dibenarkan lagi pada zaman Rasulullah.
1. Sujud Ta’zhim ya’ni sujud penghormatan. Antara contohnya adalah:
a. Sujudnya para malaikat kepada Nabi Adam a.s
b. Sujudnya adik-beradik Nabi Yusuf kepada Nabi Yusuf
2. Sujud Ibadah ya’ni sujud hanya semata-mata kepada Allah. Walaupun demikian, sujud ta’zhim dimansukhkan dan tidak dibenarkan lagi pada zaman Rasulullah.
- Anggota sujud ada 7
anggota:
1.
Dahi
2.
2 tapak tangan yang batin
3.
2 lutut
4.
2 tapak kaki yang batin
Semoga
Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang
telah diajarkan agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin
Allahumma Amin.
Untuk
manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan
jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang
yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita
usahakan, InshaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan