Sabtu, 19 November 2011

Iklan:Dapatkan Majalah Q & A

Assalamualaikum,

Ahli-ahli pengajian talaqi sekelian (kampus PJ, Nilai, Gombak dan Kuantan), hafizhakumullah
Alhamdulillah, sebuah majalah baru dengan nama Majalah Q&A (terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd) telah terbit. Kupasan isu dan jawapan dari para masyaikh dan penulis yang berwibawa, secara santai, sederhana tetapi padat dan ilmiah mengikut manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Alhamdulillah, Al-Fadhil Ustazuna, Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy dijemput menjadi salah seorang kolumnisnya dalam ruangan Paradigma dan Suluhan Ibadah. Masyaikh dan penulis lain termasuklah Habib Hasan al-Attas, Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Muhamad Kazim al-Hafiz, Ustaz Zulramli, Syaikh Muhamad Nazrul Abdul Nasir (Anjung Atrak), Prof. Dr. Muhaya dan lain-lain.

 Tambahkan ilmu (‘ilm) dan kefahaman (fiqh) antum… Dapatkan Majalah Q&A ini daripada pengedar-pengedar yang berdekatan. Sila rujuk:





Pesan Al-Fadhil Ustazuna:

“Sepatutnya, penuntut ilmu hendaklah rajin memutola’ah, mengulang kaji pelajaran dan mengekali amalan yang dijazahkan guru. Telah berkata Al-Arif billah, Al-Faqih al-Lughawi al-Muhaqqiq al-Mudaqqiq, Habib Zain bin Ibrahim bin Sumait:

بِالتَّكْرِيرِ يَحْصُلُ التَّقْرِيرَ، وَبِالتَّقْرِيرِ يَحْصُلُ التَّأْثِيرَ، وَبِالتَّأْثِيرِ يَحْصُلُ التَّنوِيرَ...

(Dengan banyak mengulang-ulang sesuatu (kitab/ matan/ wirid/ ratib/ hizb), akan menghasilkan ketetapan (pada amalan/ istiqomah), dengan adanya ketetapan itu, akan menghasilkan kesan (pada hati dan himmah) dan dengan kesan itu, akan menghasilkan cahaya (pada hati nurani)…)”

 Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan