Sabtu, 5 November 2011

BUKU: SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY?.


Pengarang:

Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat ahli-ahli pengajian talaqi sekelian, semoga dirahmati Allah SWT. Al-Fadhil Ustaz Muhadir sangat menyarankan agar semua kita memiliki (membeli) buku ini….

Hubungi:
UIA PJ: Akhi Aiman (013-9311856) & Ukhti Afiqah (013-2059498)
UIA GOMBAK: Akhi Adli (013-9490438) & Ukhti Shuhada (013-2002463)
UIA NILAI: Akhi Nawwaf (014-5012970) & Ukhti Natira (013-6369821)
UIA KUANTAN: Akhi Ku Atif (013-2914569) & Ukhti Fatimah (013-2225962)

p.s: Sila berikan nama dan terus membuat pembayaran dahulu kepada wakil-wakil di atas. Harga istimewa jika membeli melalui wakil-wakil di atas. InsyaAllah, buku akan dibagi pada Jumaat, 4/11/2011.

Mengenai buku:
Buku ini menjelaskan tentang latar belakang fahaman Wahhabiy, sejarah kemunculan, sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan Wahhabiy di Tanah Melayu. Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy, tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status terkini Wahhabiy di Malaysia.

Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia didedahkan oleh seorang pengkaji Wahhabiy. Beliau telah menyampaikan lebih 2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai universiti, institusi pengajian tinggi, kementerian & jabatan kerajaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), masjid-masjid dan surau-surau dan pelbagai syarikat swasta.

Diberi kata alu-aluan oleh Al-Fadhil al-Faqih, Dato’ Haji Mohd Saleh Hj Ahmad dan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady.

Komen Al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad (http://bahrusshofa.blogspot.com/):
Karya terbaru al-Fadhil Ustaz Zamihan hafizahullah. Memberi penerangan mengenai sikap dan kefanatikan puak Wahhabiy dan bahayanya. Elok untuk dibaca agar kita tahu siapa puak-puak ini, apatah lagi sekarang ni ramai asatizah dan protaz yang terpengaruh dengan dakyah ini mula menyusup masuk ke berbagai badan kerajaan, swasta dan parti - parti politik….”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan