Rabu, 16 November 2011

Seharum Syurga Firdausi

MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH  
صلى الله عليه وسلم
 
MAJLIS TALAQI UIA PJ
 Oleh
Al Fadhil Al Walid Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy
"PENGAJIAN KITAB RIYADHUS SHALIHIN"





HARI:KHAMIS
TARIKH: 26 JANUARI 2012
MASA:7.50 PM
TEMPAT: ANNEX 101
Telah berkata Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al Maliki...
"Tidak ada amalan yang mana para malaikat merendahkan sayapnya serendah-rendahnya melainkan majlis ilmu"

Sebarkan kepada ummah seluas-luasnya...

Isnin, 14 November 2011

Perasmian PSN (Pustaka Syeikh Nuruddin) Publication

InsyaAllah,pakat pi ramai-ramai !
Perasmian PSN (Pustaka Syeikh Nuruddin) Publication

Alamat: 38, jln matahari u5/ab bandar pinggiran subang 40610 shah alam

19 nov 2011,pada 2 petang

 Forum Perdana bersama Syeikh Nuruddin, pukul 9 malam, Insya-Allah.

Ahad, 13 November 2011

::TALAQI UIAM KUANTAN::

Marhaban Bi Wasiyati Rasulillahi Sallahu 'Alaihi Wasallam..

Bumi UIAM Kuantan kembali subur selepas berakhirnya cuti pertengahan semester. InsyaAllah berikut adalah jadual talaqi di sini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semoga Allah mudahkan segala urusan. Ingat bawa "HATI" yang ikhlas untuk menuntu ilmu sepertimana kata-kata Al-Imam Habib Abdullah Alawi Al-Hadad, "Carilah niat yang baik, perbanyakan dengan niat tersebut nescaya akan menambah pengawasan dan kekusyukan". Jaga adab-adab sewaktu bertalaqi serta adab dengan guru. Semoga ilmu yang diterima mendapat keberkatan daripada Allah. Lau la Murabbi Ma'araftu Rabbi

"Kadang-kadang dalam memahami sesuatu, tidak hanya dengan ilmu itu sendiri, tetapi juga dengan madad dan berkat guru" (Murabbina Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll)

AYUH SAMA-SAMA KITA SERTAI SALAH SATU DARIPADA TAMAN-TAMAN SYURGA. INSYAALLAH

Wallahu'alam


Khamis, 10 November 2011

Majlis Talaqi UIA PJ

Marhaban bi Wasiyyati Rasulillah Sollahu Alaihi Wasallam

Jemputan Khas ke Taman Syurga

Majlis Talaqi UIA PJ @ Educational Gathering
oleh
Al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll

Assalamua'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh


Alhamdulillah wa syukrulillah



>TEMPAT: AMF HALL>MASA: 7.40 pm>TARIKH: KHAMIS, 10/11/2011


>TENTATIF:


-Bacaan Ratib Al-Haddad dan Qasidah
-Pengajian Kitab




: بداية الهداية (Bidayatul Hidayah) – Tasawuf

-Sesi Soal Jawab
-Tamat
p/s: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku Siapa Sebenarnya Wahabiy ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Zamihan AlGhari ,malam ini insyaAllah akan dijual buku tersebut

Sabtu, 5 November 2011

BUKU: SIAPA SEBENARNYA WAHHABIY?.


Pengarang:

Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat ahli-ahli pengajian talaqi sekelian, semoga dirahmati Allah SWT. Al-Fadhil Ustaz Muhadir sangat menyarankan agar semua kita memiliki (membeli) buku ini….

Hubungi:
UIA PJ: Akhi Aiman (013-9311856) & Ukhti Afiqah (013-2059498)
UIA GOMBAK: Akhi Adli (013-9490438) & Ukhti Shuhada (013-2002463)
UIA NILAI: Akhi Nawwaf (014-5012970) & Ukhti Natira (013-6369821)
UIA KUANTAN: Akhi Ku Atif (013-2914569) & Ukhti Fatimah (013-2225962)

p.s: Sila berikan nama dan terus membuat pembayaran dahulu kepada wakil-wakil di atas. Harga istimewa jika membeli melalui wakil-wakil di atas. InsyaAllah, buku akan dibagi pada Jumaat, 4/11/2011.

Mengenai buku:
Buku ini menjelaskan tentang latar belakang fahaman Wahhabiy, sejarah kemunculan, sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan Wahhabiy di Tanah Melayu. Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy, tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status terkini Wahhabiy di Malaysia.

Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia didedahkan oleh seorang pengkaji Wahhabiy. Beliau telah menyampaikan lebih 2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai universiti, institusi pengajian tinggi, kementerian & jabatan kerajaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), masjid-masjid dan surau-surau dan pelbagai syarikat swasta.

Diberi kata alu-aluan oleh Al-Fadhil al-Faqih, Dato’ Haji Mohd Saleh Hj Ahmad dan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady.

Komen Al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad (http://bahrusshofa.blogspot.com/):
“Karya terbaru al-Fadhil Ustaz Zamihan hafizahullah. Memberi penerangan mengenai sikap dan kefanatikan puak Wahhabiy dan bahayanya. Elok untuk dibaca agar kita tahu siapa puak-puak ini, apatah lagi sekarang ni ramai asatizah dan protaz yang terpengaruh dengan dakyah ini mula menyusup masuk ke berbagai badan kerajaan, swasta dan parti - parti politik….”