Sabtu, 11 Oktober 2014

Malis Ta'lim 30 September 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Dr. Sabri bin Zakaria pada 9.09.2014 yang lalu, pengajian yang terbaru setelah bercuti beberapa lama. Al-Fadhil Ustaz membahaskan kitab Ayyuhal Walad, kitab yang dinaqalkan, disalin dan diriwayatkan daripada Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali rh. Selain itu, Al-Fadhil Ustaz juga mensyarahkan kitab Munyatul Musholli



Imam Al-Ghazali menekankan kepada kita kepada jalan yang menujukan kita ke alam akhirat. Matlamat kita bukan dunia. 

Nasihat ke-13: Empat sifat kesempurnaan bagi orang yang salik

Pertama: I'tiqad yang benar yang tidak ada bid'ah di dalamnya (maksudnya mengikuti aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah)
Kedua: Bertaubat dengan taubat nasuha sehingga ia tidak akan kembali mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya.
Ketiga: Meminta halal daripada semua musuh (dan makhluk) sehingga engkau tidak akan dituntut pada hari kiamat nanti.

Keempat: Mempelajari ilmu syariah untuk dapat menunaikan segala perintah Allah Taala dan juga mempelajari ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.


Akhirnya, tiba sesi soal jawab bersama Al-Fadhil Ustaz. Antara soalan yang diajukan ialah:

1. Tips untuk mudah bangun tahajud
2. Adakah qasidah dikira zikir?
3. Apa yang perlu dibuat jika tidak ada harapan?
4. Bagaimana hendak bercakap dengan sahabat sangat syadid dalam bab hukum dan menentang ulama' kontemporari?
5. Bolehkah jual beli emas dengan secara bertangguh?


Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.

Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan