Isnin, 6 Oktober 2014

Majlis Ta'lim 9 September 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada 9.09.2014 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz membahaskan kitab Ta'lim Muta'allim.


Pengajian bersambung dengan pada fasal
  • Menghormati teman
Salah satu cara memuliakan ilmu, adalah menghormati teman belajar dan Guru yang mengajar. Berkasih-sayang itu perbuatan tercela kecuali dalam rangka mencari ilmu. Kerana itu murid dianjurkan berkasih-mesra dengan Guru dan teman-teman sebangku pelajarannya agar dengan mudah mendapat pengetahuan dari mereka.
  • Sikap khidmat
Dianjurkan kepada penuntut ilmu agar memperhatikan seluruh ilmu dan hikmah dengan penuh ta'dhim serta hormat, meskipun telah seribu kali ia mendengar keterangan dan hikmah yang itu juga.
  • Pemilihan bidang pembelajaran
Dianjurkan kepada penuntut ilmu agar tidak memilih sendiri bidang pembelajarannya, tetapi menyerahkan hal itu sepenuhnya kepada Guru; demikianlah, kerana Guru telah sering melakukan uji coba sehingga lebih tahu tentang apa yang terbagus untuk seseorang dan sesuai dengan bakatnya.

Berkata Syaikhul Islam Imam yang mulia Ustaz Burhanul Haq wad Din; "Para penuntut ilmu di zaman dulu menyerahkan urusan belajar kepada Guru dan ternyata berjaya dalam mencapai target dan tujuan mereka, tetapi zaman sekarang memilih sendiri bidang pembelajaran mereka dan akhirnya gagal mendapatkan ilmu fiqh."
  • Posisi tempat duduk
Dianjurkan kepada penuntut ilmu agar di waktu belajar jangan duduk terlalu dekat dengan Guru, kecuali keadaan terpaksa.. Tetapi hendaklah mengambil jarak antara keduanya sejauh busur panah, kerana posisi demikian itu lebih menghormati.
  • Menghindari akhlak tercela
Dianjukan kepada pencari ilmu hendaklah menghindari akhlak yang tercela, kerana hal itu ibarat anjing, padahal Nabi Saw bersabda "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di situ terdapat patung atau anjing." sedang manusia belajar dengan perataraan malaikat.

Mengenai akhlak tercela itu sendiri dapat dipelajari dari kitab akhlak, sedang kitab Ta'lim Muta'allim ini tidak memuat pelajaran tersebut.

Khususnya, yang harus diantisipasi adalah sikap sombong itu maka tidak bakal diperoleh ilmu.

Ada syair mengatakan:
Ilmu itu musuh bagi orang yang sombong,
laksan banjir, juga musuh dataran tinggi




Antara soalan-soalan yang diajukan:

1. Apa hukum orang lelaku memaki tali leher daripada sutera?
2. Bilakah Dajjal akan muncul?
3. Kain baju yang tertumpah dengan kuah gulai tidak sah dibawa solat?
4. Air mustakmal?
5. Pencerahan mengenai perbalahan tentang sifat Allah swt?

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.
Ingin diingatkan bahawa catatan ini hanyalah secebis daripada lautan ilmu yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz. Oleh itu, untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan