Bismillahi walhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinan dan rahmat daripadanya, akhirnya kitab “Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’, Ini Jawapannya…” karangan Syeikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll yang selama ini ditunggu-tunggu sudah siap berada di pasaran. Saya salah seorang anak murid beliau amat mengagumi segala usaha dan kerja keras beliau dalam menghasilkan kitab ini. Tahniah dan syabas ustaz.Semoga Allah mengganjari pahala yang berlipat kali ganda buat Ustaz di atas usaha yang dilakukan. Kitab “Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’, Ini Jawapannya…” yang hadir dicelah-celah masyarakat yang semakin teruk disogok dengan kepincangan pendapat dan kefahaman terhadap permasalahan khilafiyyah ini adalah rahmat yang tidak terhingga telah dikurniakan oleh Allah agar segala persoalan yang timbul dapat ditemukan dengan jawapan yang kukuh dan mantap huraiannya. Kitab yang menjadi kesinambungan daripada kitab sebelumnya iaitu “6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah” lengkap dengan huraian dan hujah-hujah daripada para ‘alim ulama’ dan rujukan-rujukan daripada kitab-kitab ulama’ –ulama’tersohor . Segala persoalan yang ditanya sahabat-sahabat dan yang bermain di fikiran selama ini dijawap dengan jelasnya oleh ustaz di dalam kitab ini. Tidak rugi memiliki kitab ini. Walaupun harganya agak mahal tetapi ilmu yang terdapat di dalamnya lebih mahal nilainya. Jika kita sanggup berhabis untuk mendapatkan pakaian yang cantik-cantik mengapa tidak kita sanggup untuk menggunakan sedikit wang yang ada untuk membeli kitab yang manfaatnya boleh dikongsi oleh semua. Saya sangat menyarankan agar sahabat-sahabat usaha untuk mendapatkan kitab ini. InsyaAllah. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Wallahu Ta ‘Ala A’lam.
(Al- Faqirah Wal Haqirah NuruI Isdiyantie Binti Ilias, 1st year, Biomedical Science UIAM Kuantan)
“Buku yang sangat baik dan penting. Patut ada di perpustakaan universiti, masjid dan surau. Ia menjawab banyak persoalan penting yang diperselisihkan orang. Usaha yang sangat besar dan murni. Karya yang tersusun, berhati-hati dan menarik. Saya memberikannya ***** (5 bintang).”
(Hjh Rosliza, Putrajaya)
“Saya mencari buku sebegini sejak sekian lama. Setiap kali timbul persoalan perbincangan tentang perkara-perkara khilafiah di kalangan kawan-kawan, setiap kali itulah hati saya tidak tenteram dan runsing kerana tidak ada hujah untuk mempertahankan amalan-amalan orang tua-tua. Hakikatnya, amalan-amalan ini ada sandarannya, tinggal lagi, tidak ada buku yang lengkap yang boleh dijadikan sandaran. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah Taala apabila kawan rapat memberitahu ada buku ini di jual. Saya terus membelinya dan Alhamdulillah, inilah yang saya cari selama ini. Buku ini menjawab semua persoalan yang bermain di benak fikiran saya. Setakat yang saya tahu, inilah satu-satunya buku seumpamanya di negara ini. Semoga Allah Taala membalas jasa baik pengarangnya dengan sebesar-besar balasan dan ganjaran. Amin.”
(Zainal, Petaling Jaya)
“Alhamdulillah, dengan izin Allah buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ sudah boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Memiliki dan membaca buku PKDPU ini akan meruntaikan persoalan-persoalan yang sering kita hadapi dalam kehidupan. Bahasa yang digunakan adalah amat berkesan kerana apabila membacanya akan rasa ia mudah diterima di hati. Subhanallah. Penerangannya juga mudah difahami oleh semua golongan. Memiliki buku PKDPU ini tidak akan membuatkan kita menyesal malah ia amat bermanfaat buat diri,keluarga dan masyarakat.”
(Hidayah bt Abd Halim,Nursing CFS IIUM PJ)
“Sangat menarik. Font dan lay-out yang menarik. Senang mata melihat. Tahniah kepada penerbit kerana berjaya membukukan muka surat setebal 915+ dalam satu jilid yang kemas dan senang dibawa, tidak terlalu tebal dan besar. Tahniah. Sekalung penghargaan buat pengarang. Karya anda sangat dikagumi.”
(Peminat buku, Ampang)
“Sejak terbitnya buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah, saya selalu menunggu-nunggu karya Al-Fadhil Ustaz Muhadir seterusnya. Ternyata buku Persoalan Khilafiyyah ini, tulisan beliau, lebih besar dan lebih menyeluruh. Jawapan terhadap persoalan khilafiyyah yang dibincangkan sangat berkesan dan bagus sekali. Kesungguhan Al-Fadhil menulis biodata setiap ulama dalam buku ini sangat dihargai. Nota kaki yang berjumlah 2038 semuanya, menunjukkan beliau seorang yang sangat teliti dan bertanggungjawab. Susunan tajuk yang jelas menjadikan sesiapa sahaja yang membacanya akan mudah mencari jawapan pada permasalahan yang dicari. Lay-out yang menarik menjadikan buku ini seronok untuk ditatap. Kesimpulannya, ia adalah suatu hasil kerja yang teliti dan menarik. Tahniah!!!”
(Wan Ahmad Nazim, Masjid Sultan Abdul Aziz, PJ)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan