Rabu, 13 April 2011

Komen Kitab Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama' (4)


“Alhamdulillah...Di saat ramai manusia yang jahil berleluasa di pentas ilmu untuk menyebarkan fahaman ekstrim mereka terutamanya dalam masalah-masalah khilafiyyah, muncul buku yang berjudul "Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama' " yang disusun oleh Al-Akh Al-Fadhil Ustaz Muhadir secara baik. Kemunculannya justeru suatu yang sangat dinantikan oleh para pencinta ilmu dan ulama' terutamanya dalam suasana yang telah disebutkan tadi. Buku ini adalah antara buku yang terbaik dan terlengkap dalam menghimpunkan penjelasan-penjelasan yang sangat baik dan mudah difahami, terhadap perbahasan-perbahasan yang sering diperbahaskan dalam masyarakat setempat terutamanya.

Masalah khilafiyah bukanlah suatu sebab membawa perpecahan di sisi para ulama' sejak berkurun lamanya. Namun, setelah orang-orang jahil meletakkan diri mereka setaraf dengan para ulama' tanpa melalui perjalanan keilmuan para ulama' dan menguasai ilmu-ilmu sebagaimana penguasaan ulama' terhadap bidang ilmu, maka masalah khilafiyyah ini menjadi fitnah kepada mereka sehingga dengannya, mereka menyemarakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dengan slogan: "semua kefahaman terhadap agama selain kefahaman kami adalah salah". Semoga buku dapat merungkai kekeliruan yang cuba diketengahkan oleh sesetengah pihak dalam masalah khilafiyyah ini. Wallahu a'lam.”

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil
(Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari)

'Amalahullahu bi lutfihi Al-Khafiy
(Al-Ustaz Raja Ahmad Mukhlis adalah pemilik blog http://mukhlis101.multiply.com/ yang terkenal itu)

“Bismillah Walhamdulillah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Muhadir kerana telah berjaya menghasilkan kitab ‘Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama’’,sebuah kitab yang bagi saya sangat bermanfaat pada umat Islam masa kini. Sebagai seorang pelajar,pada mulanya saya agak berkira-kira ingin membeli kitab ini kerana harganya boleh dikira agak mahal iaitu dalam RM150, tetapi saya memikirkan tidak rugi jika membeli kitab ini kerana kitab ini telah banyak menjawab pelbagai persoalan khilafiyyah yang timbul dlm masyarakat dengan merujuk penjelasan ulama’ yang muktabar. Jadi,kitab ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada saya, malah berfaedah kepada ahli-ahli keluarga saya yang lain.Setelah membaca semua bab di bahagian 1 dan beberapa bab di bahagian 2,sy memang tertarik dengan gaya penulisan ustaz di dalam kitab ini. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan telah dijawab dengan penuh ilmiah,hikmah,padat isinya dan yg paling penting tanpa ada sebarang unsur emosi. Jadi,ini menimbulkan suasana yang ‘adil’ kepada pembaca untuk menilai pihak mana yang benar atau tidak. Gaya bahasa yg ustaz gunakan juga amat mudah dan senang difahami oleh semua golongan umat Islam sama ada dari golongan professional mahupun agamawan kerana beberapa istilah,kitab-kitab ulama’ dan ulama’-ulama’ yang mungkin tidak dikenali oleh orang-orang awam telah diperjelaskan secara ringkas melalui nota kaki. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Muhadir kerana melalui kitab PKDPU ini ,ia telah banyak menolong saya terutamanya dalam menghakis beberapa keraguan saya tentang perkara-perkara khilafiyyah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Apa yang paling penting,semasa membaca kitab ini,hendaklah disertai niat yang ikhlas dan bertujuan untuk mencari HIDAYAH dan KEBENARAN daripada ALLAH bukannya mencari kelemahan utk menentang hujah kitab tersebut .Wallahu Ta’ala A’lam.”

(Nor, Pharmacy, 2nd Year, cfsiium)

“Sebuah buku yang sangat penting untuk dimiliki oleh setiap orang sebagai perisai dan bekalan menghadapi persoalan agama yang ditimbulkan oleh golongan Wahabi/ Mutasallif. Kupasan yang mantap dengan bahasa yang mudah. Tulisan yang ilmiah, tenang dan tidak beremosi. Susunan tajuk dan perbahasan yang baik dan tersusun. Kulit buku dan lay out yang sedap mata memandang (mata tak letih bila membacanya). Buku yang paling lengkap menjawab perkara-perkara khilafiyyah yang pernah saya jumpa.

Saya sangat-sangat menyarankan agar mahasiswa2, mahasiswi2 seluruh university awam dan swasta memilikinya. Gelombang pemikiran lama yang ditimbulkan semula dalam masyarakat, yang mengenepikan pandangan ulama’ bermazhab dan mazhab, adalah sesuatu yang sangat meracuni pemikiran. Mahasiswa2, mahasiswi2 yang mengambil jurusan agama tidak terkecuali dari tempias ‘pemikiran bahaya’ ini. InsyaAllah buku ini menjawab semua kekeliruan dan keracuan yang ditimbulkan oleh golongan dari ‘pemikiran bahaya’ ini. Benar kata penulis, amalan2 dalam masyarakat yang dilabelkan ‘tidak ada dalil’ atau ‘amalan warisan tanpa dalil’ oleh golongan ini, sebenarnya MEMPUNYAI DALIL NAQLI DAN AQLI. Semuanya dibentangkan di dalam buku ini.

Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Muhadir di atas penulisan yang cemerlang ini, yang mampu merongkaikan kekeliruan dalam masyarakat. Ia BENAR-BENAR adalah HADIAH kepada ummat….”

(Ustaz Abdul Hakim, pendakwah, Shah Alam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan