Jumaat, 23 Disember 2011

Sambutan Maal Hijrah, Kuantan

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ




Jemputan ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433H,
bertempat di Kompleks Komuniti Islam Al-Mukammil, Sg Ling, Maran, Pahang.
pada Sabtu 24 Disember 2011, bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Sumber: Yayasan Al-Jenderami


Sabtu, 17 Disember 2011

::Talaqi Intensif 2012::

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


Assalamu'alaikum wbt.

Pihak kami baru sahaja mengemaskini maklumat pendaftaran peserta. Bagi mereka yang masih tertanya-tanya status pendaftaran dan pembayaran wang deposit masing-masing, sila cek nama saudara/saudari ke laman wordpress kami
http://intensif2012.wordpress.com/

Untuk makluman, kos sebenar yuran program Talaqqi Intensif 2012 ini adalah sebanyak RM116. Kos tambahan seperti penginapan dan pengangkutan juga turut ada bagi sesiapa yang memerlukannya tetapi pihak kami tidak pasti anggaran sebenar bagi kos tambahan ini. Kami akan 'update' kan maklumat ini di laman wordpress secepat mungkin.

Mohon kita doakan bersama agar program ini berjalan lancar, dipermudahkan dan bersama-sama mendapat redha ALLAH, insyaALLAH.

Jazakumullah,

--Talaqqi Intensif 2012--
p/s: InsyaAllah bagi sahabat-sahabat yang masih belum berdaftar dan ingin menyertai kami, ada beberapa lagi tempat kosong.InsyaAllah boleh ke link yang diberikan dan daftar pada bahagian pendaftaran. Cepat, hanya tinggal beberapa sahaja lagi tempat kosong~

Rabu, 14 Disember 2011

::TALAQI UIAM KUANTAN::

 
 
MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH
صلى الله عليه وسلم

Majlis Talaqi UIAM Kuantan
Oleh

Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni
 
Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni  Bersama Habib Mahdi


"Pengajian Kitab Fathul Mu'in Karangan As-Syeikh Zainuddin Al-Malbari"

Hari : Jumaat ,16/12/2011

bertempat di Musolla CF brother

Selepas solat Maghrib

Ahli-ahli pengajian diharapkan datang awal dan bersolat jemaah maghrib bersama-sama. Mohon agar dibawa hati yang "IKHLAS" untuk menuntut ilmu dan sentiasa menjaga adab-adab ketika bertalaqi. Ajak seramai mungkin sahabat-sahabat yang lainnya untuk sama-sama merasakan nikmatnya berada di dalam majlis ilmu yang  turut dihadiri oleh berbondong-bondong para malaikat. Semoga sedikit usaha ini dapat menambahkan rasa cinta kita kepada Ilmu disamping demi menyuburkan rasa cinta kita kepada Sayyidina Rasulillah saw. Allahu'alam
 
"Al Habib Ali Zainal Abidin mengatakan antara virus bagi penuntut ilmu zaman sekarang adalah perasaan malas untuk menuntut ilmu, merasakan terpaksa menuntut ilmu, tidak merasa ni'mat menuntut ilmu... Sedangkan gejala ini tidak berlaku pada penuntut-penuntut ilmu terdahulu... Bahkan mereka tidak pernah kenyang dengan ilmu"

(Al-Habib Ali Zainal Abidin)
...