Sabtu, 5 November 2011

PESANAN BUAT PENUNTUT ILMU KE JALAN AKHIRAT

 Pesanan Buat Penuntut Ilmu ke Jalan Akhirat 

“Para penuntut ilmu akhirat sekelian, pesanan daripada Al-Alim al-Allamah al-Faqih al-Ushuli, Tuan Guru Haji Saleh Sik Kedah, hafizhahullah, agar kita berusaha untuk tidak tinggalkan solat Asar secara berjemaah pada esok hari (Hari Arafah, 9 Zulhijjah 1432H/ Sabtu, 5 November 2011), munajat, tawajjuh dan berdoa, mengharapkan rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah  di saat para hujjaj melakukan Wuquf di padang Arafah.

Pesan Al-Faqir: Berpuasalah puasa Hari Arafah esok hari kerana riwayat dari Qatadah , bahawasanya Nabi  ditanya tentang puasa hari Arafah, lalu Baginda  menjawab: Ia mengkafarahkan (menghapuskan) dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Riwayat Muslim.

Berusahalah tumpukan melakukan amalan-amalan taqarrub (yang mendekatkan diri kepada Allah , dengan solat, membaca Al-Quran, zikir, bermohon doa, munajat, ibtihal dan maghfirah serta husnul khatimah (pengakhiran yang baik), kerjakan segala hasanat (kebaikan) dan jauhkan diri dari perkara dunia yang lagha (melalaikan) dan memasyghulkan (menyibukkan) hati dari ingat kepada Allah , dari selepas Asar esok hari (Hari Arafah) sehingga tengah malam malam Hari Raya Adha kerana itulah tempoh masa para dhuyufur Rahman (tetamu Allah ) sedang berwuquf di bumi mulia Arafah. Itulah saat yang penuh dengan keberkataan dan ijabah (permohonan dikabulkan oleh Allah ). Kemudian hidupkanlah malam Hari Raya dengan amalan-amalan yang telah dinukilkan dahulu… Sampaikanlah kepada ahli-ahli pengajian yang lain.”

Al-Faqir ilalLahil Qodir,
Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy
Jumaat, 8 Zulhijjah 1432H/ 4 November 2011
Petaling Jaya, Selangor.

Ahad, 30 Oktober 2011


::MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN TALAQI UIAM KUANTAN::

Alhamdulillah berkat doa dan kesungguhan anak-anak murid Murabbina Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll, bumi UIAM Kuantan sedang subur dengan majlis-majlis talaqi serta mawleed untuk mengingati Rasulullah saw. InsyaAllah berikut adalah maklumat lanjut berkenaan talaqi di Kuantan.

Talaqi Kitab Feqah Oleh Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni



Hari : Setiap hari Selasa

Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Masjid Kulliyyah Of Medicine (KOM)
Kitab : Kitab Fathul Mu'in Karangan As-Syeikh Zainuddin Al-Malbari

Talaqi Kitab Tasawwuf oleh Al-Fadhil Ustaz Mustafa Kamal



Hari : Setiap hari Jumaat

Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Masjid Kulliyyah Of Medicine (KOM)

Kitab: Minhajul 'Abidin Karangan Al-Imam Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali RH

Mawleed (Majlis memperingati Rasulullah SAW)



Hari : Setiap hari Khamis

Masa : Selepas Maghrib

Tempat : Musolla di Mahallah-Mahallah atau Masjid Kulliyyah Of Medicine (KOM)


Kitab : Dhiyaul Lami', Ad-Diba'ie dan sebagainya

Talaqi seterusnya akan bermula selepas cuti raya Haji dan InsyaAllah sebarang maklumat lanjut serta perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Mohon doa agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Bersama memartabatkan perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaa'ah. Allahu'alam