Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang
dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri
pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada
12 Februari 2015 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz
membahaskan Kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah. Antara topik yang dibahaskan
melalui kitab ini ialah kedatangan dajjal, puasa bagi menahan syahwat dan kadar
masa antara sahur dan bang.
Kedatangan Dajjal
Seperti yang kita ketahui, antara tanda-tanda
kiamat hampir tiba ialah munculnya dajjal. Setiap negeri akan dimasuki dajjal
melainkan hanya dua kota yang tidak akan dimasuki dajjal iaitu Kota Makkah dan
Kota Madinah.
Di penghujung pengajian, antara soalan yang diajukan ialah: 1. Apakah perlu
mengeluarkan lagi zakat daripada potongan simpanan yang kita buat daripada
gaji?
Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan
kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini
agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.
Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk
menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan
yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula
kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Habib Ali Zenal Abidin Al-Hamid pada 18 Disember 2014 yang lalu. Al-Habib membahaskan ayat 8-13 surah Al-A’raf. Selain itu juga, ada persoalan yang diajukan kepada Al-Fadhil, Habib.
AL ARAF: 8-9
Al-mizan
adalah salah satu dari pada beriman kepada perkara ghaib.
Apa
itu Al-Mizan ? ia merupa sebuah
timbangan yang adil
Tidak
mungkin salah dan amat teliti.
Semua
amalan akan ditimbang walau ia sebesar zarah.
Apakah
yang ditimbang?. Ya, kesemua amalan mahupun baik atau tidak. Kesemuanya tiada
yang terkecuali.
Dan
bagi orang yang berat mizannya kerana kebaikan maka merekalah orang-orang yang
beruntung.
Al-lisan
(percakapan) merupakan salah satu perkara yang memberatkan timbangan amalan.
Tidak kira amalan baik mahupun buruk
Jika
baik lisannya maka beratlah timbangan amalan baiknya
Jika
buruk lisannya maka beratlah timbangan amalan buruknya
Mereka
yang tidak menjaga lisan akan di masukkan kedalam neraka melalui kepala atau
hidungnya kerana kedua-dua anggota itu sangat rapat dengan lidah.
Maka
bagi mereka yang berat amalan keburukannya maka mereka ada orang-orang yang
rugi.
Al ARAF: 10
Bumi
ini disediakan oleh Allah dengan penuh cantik dan lengkap kepada manusia untuk mentadbirnya.
Jika
elok pertadbiran maka elok bumi itu dan sebaliknya.
Di
beri kuasa pada manusia supaya bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan
seperti angin, laut, darat, udara dan tumbuh-tumbuhantapi
terlalu sedikit yang bersyukur.
AL ARAF: 11
Allah
mencipta Nabi Adam.
Para
malaikat di minta sujud. Lalu mereka lakukan melainkan Iblis.
AL ARAF: 12
Iblis
ingkar pada arahan Allah kerana dia medakwa bahawasnya dirinya lebih baik dari
Nabi Adam kerana dia di cipta dari api dan Nabi Adam hanya dicipta dari tanah
AL ARAF: 13
Allah
telah mengeluarkan iblis dari syurga kerana syurga bukan tempat bagi mereka
yang sombong.
Syurga
tidak layak dihuni oleh orang-orang sombong walaupun sebesar biji sawi.
Antara soalan yang diajukan ialah:
1.Siapakah golongan salafi?
Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.
Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala yang
dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri
pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada
11 Disember 2014 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz
membahaskan Kitab Ta'lim Muta'allim dan Kitab Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya.
Kitab Ta'lim
Muta'allim
Al-Fadhil Ustaz membahaskan tentang cita-cita
seorang penuntut ilmu. Seorang penuntut ilmu seharusnya mempunyai cita-cita yang
tinggi dalam berilmu. Seperti; bercita-cita supaya ilmu itu dapat difahami dan
dikuasai dengan sepenuhnya, dan juga ilmu itu dapat disampaikan kepada orang
lain bukan sekadar untuk dirinya sahaja.
Kitab Kekeliruan Umat
Inilah Jawapannya
Di dalam kitab ini, Al-Fadhil Ustaz mensyarahkan
tentang bid’ah. Bid’ah merupakan perkara baharu yang tidak pernah dilakukan pada
zaman Nabi Muhammad SAW tetapi ia dilakukan selepas kewafatan baginda.
Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan
kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kedua-dua kitab
ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.
Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk
menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan
yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula
kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah Ta’ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita
menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama
Habib Ali Zenal Abidin Al-Hamid pada 20 November 2014 yang lalu. Al-Habib
membahaskan ayat 1-5 surah Al-A’raf dan juga fasal anggota sujud dalam kitab
Safinatun Najah.
Dalam ayat yang
pertama surah Al-A’Araf, mengandungi huruf-huruf potongan. Huruf potongan dalam
Al-Quran merupakan salah satu daripada ayat mutasyabihat yang hanya Allah sahaja
yang tahu maksud sebenar nya. Antara hikmah ada ayat-ayat yang tidak difahami
oleh manusia adalah untuk menyedarkan manusia sedalam mana mereka menyelami
ilmu dalam Al-Quran akhirnya mereka akan mempunyai satu batasan yang manusia
itu sendiri tidak dapat untuk ditembusi oleh manusia. Keterbatasan itu untuk
menundukkan manusia supaya sedar bahawa manusia itu lemah dan menyedarkan ada
satu kuasa yang hanya tahu tentang ilmu itu sendiri iaitu Yang Maha Mengetahui,
Allah.
Perkataan auliya’
dalam ayat ke-3 merupakan kata jama’ bagi perkataan wali yang bermaksud
penolong. Al-Wali juga adalah salah satu nama bagi nama-nama Allah. Selain itu
juga, gelaran wali atau auliya’ juga diberikan kepada orang-orang yang dekat
kepada Allah. Walaupun begitu, gelaran wali juga dinisbahkan kepada syaitan dan
pengikutnya seperti yang dimaksudkan dalam ayat ini. Kesimpulannya, kalimat
wali mempunyai makna yang baik dan juga makna yang tidak baik.
Pada ayat ke 4,
dinyatakan bahawa Allah akan menyeksa mereka(kaum yang ingkar) pada waktu malam
atau pada waktu siang iaitu pada masa mereka berehat dan hendak mencari
keamanan. Antara hikmahnya adalah Allah hendak menunjukkan bahawa mereka (kaum
yang ingkar), tidak akan dapat merasa aman walaupun pada masa yang mereka
hendak mendapat kemanan kerena kemanan itu datang daripada Allah dan bukannya
terletak pada masa.
Qailulah adalah
merupakan satu sunnah rasulullah yang istimewa. Qailulah adalah tidur sebentar
pada siang hari untuk mendapat tenaga untuk bangun pada malam harinya. Kata
Imam Al-Ghazali, “Sesiapa yang tidur di tengah hari(qailulah) tetapi tidak
bagun tahajud (pada malam harinya), seperti orang yang bersahur tetapi tidak
berpuasa.”
Safinatun Najah
Pada fasal menyatakan
tentang anggota-anggota sujud.
-Sujud terbahagi kepada dua: 1. Sujud Ta’zhim ya’ni sujud
penghormatan. Antara contohnya adalah: a. Sujudnya para malaikat
kepada Nabi Adam a.s b. Sujudnya adik-beradik Nabi
Yusuf kepada Nabi Yusuf 2. Sujud Ibadah ya’ni sujud
hanya semata-mata kepada Allah. Walaupun demikian, sujud
ta’zhim dimansukhkan dan tidak dibenarkan lagi pada zaman Rasulullah.
-Anggota sujud ada 7
anggota:
1.Dahi
2.2 tapak tangan yang batin
3.2 lutut
4.2 tapak kaki yang batin
Semoga
Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang
telah diajarkan agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin
Allahumma Amin.
Untuk
manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan
jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang
yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita
usahakan, InshaAllah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta'ala yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj Joll pada 13 November 2014 yang lalu. Pada pertemuan kali ini, Al-Fadhil Ustaz membahaskan kitab Ta'lim Muta'allim.
Pengajian bersambung pada fasal
Kesungguhan hati
Ada dikatakan: Jadikanlah malam hari sebagai kenderaan (solat, berdoa, munajat dan ittihad kepada Allah) mu, untuk mencapai cita-citamu. Kata mutiara disebutkan:"Barangsiapa tidak tidur di malam hari, maka bahagia di siang hari".
Kontinuitas Belajar
Tidak dapat tidak, pelajar hendaklah secara berterusan belajar dan mengulangi pelajaran yang telah lewat di awal (selepas Isya') dan akhir waktu malam (waktu Subuh), kerana saat antara Maghrib dengan Isya' dan waktu sahur (menjelang Subuh) adalah saat-saat yang diberkahi Allah.
Selain itu juga, ada beberapa persoalan yang diajukan kepada Al-Fadhil Ustaz. Antara soalan yang diajukan ialah:
1. Perkataan "Jalisu", sifat makhluk bagi Allah?
Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.
Untuk manfaat penuh, mohon luangkan masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan, InshaAllah.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Ta’ala
yang dengan kasih sayang-Nya mengizinkan kita menambah ilmu melalui satu
lagi siri pengajian Majlis Ta'lim An-Nur bersama Al-Fadhil Ustaz Dr.
Sabri bin Zakaria pada 4 November 2014 yang lalu. Al-Fadhil Ustaz membahaskan kitab Ayyuhal
Walad, kitab yang dinaqalkan, disalin dan diriwayatkan daripada
Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali rh. Selain itu, Al-Fadhil Ustaz juga
mensyarahkan kitab Munyatul Musholli
Semoga
Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan untuk istiqamah mengikuti
apa yang telah diajarkan daripada kitab ini agar dibukakan jalan-jalan
menuju kepada Allah SWT, Amin Allahumma Amin.
Untuk manfaat penuh, mohon luangkan
masa untuk menonton rakaman video di atas dan jangan segan-segan untuk
berkongsi dengan yang lain kerana tanggungjawab orang yang mendapat ilmu
ialah menyampaikan pula kepada yang lain. Jom sama-sama kita usahakan,
InshaAllah.