Khamis, 21 Julai 2011

Majlis Ilmu: MAJLIS BERSAMA AL-HABIB KADZIM BIN JA’FAR AS-SEGGAF


Sila klik pada "selengkapnya.." dibawah untuk biodata ringkas Al-Habib Kadzim



BIODATA RINGKAS


Nama : Al-Habib Musa al-Kazim bin Ja’far bin Muhammad as-Seggaf

Lahir : Tarim , Hadramaut, Yaman pada tahun 1960M

Menghafaz al-Qur'an dan lain-lain ilmu yang berkaitan d Bandar Tarim daripada para Masyayih dan para Habaib di sana , khususnya di pusat pengajian al-Quran Abi Murayyim[1], di Ribath Tarim[2] .

Seterusnya mendalami ilmu agama dengan bertalaqqi di hadapan para ulama di Ribath al-Baidha’, Kota al-Baidha’, Yaman.

Apabila pulang ke Tarim, diberi tanggungjawab yang berat memimpin Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa , cawangan Bandar al-Syihr[3], selama 6 tahun .

Seterusnya melebarkan dakwahnya mengajar di Ribath ar-Raudhah dan Ribath an-Nuur di Bandar Mukalla[4]

Sekarang ini menjadi guru di Institusi Pengajian Islam Darul Mustofa, Kampus Induk di Tarim . Juga sebagai ahli jawatankuasa Ifta’ di sini .

Beliau sering dijemput ke luar negara bagi menyampaikan dakwah yang mulia di majlis-majlis ceramah, multaqa’, seminar dan sebagainya di serata dunia . Antaranya sering ke Negera-negara Eropah seperti Britain, Jerman dan lain-lain, Amerika, Norway, Negara-negara benua Afrika dan Asia Tenggara.

Tidak ketinggalan juga, mengarangkan kitab agama bagi menyebarluaskan kebenaran Islam ke seluruh pelusuk Dunia .

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Abi Murayyim : Terkenal sebagai pusat pengajian al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya (seperti Tajwid, Qiraat dan sebagainya) . Terletak di Bandar Tarim. Telah diasaskan lebih daripada 100 tahun yang lalu. Melahirkan ramai penghafaz al-Quran khas di kalangan para Ulama.

[2] Didirikan pada tahun 1304H (1886M). Dipimpin oleh Mudir yang pertamanya: al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, kemudian al-Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri, seterusnya al-Habib Hasan bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri dan kini dipimpin oleh al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syathiri. Dibina di tengah-tengah Bandar Tarim menjadi tumpuan ahli ilmu bagi mendalaminya. Melahirkan puluh ribuan ulama yang bertebaran diseluruh pelusuk dunia.

[3] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

[4] Nama salah satu bandar di Negeri Hadramaut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan