Ahad, 12 Jun 2011

Majlis Talaqi UIA PJ




::HARAP MAKLUM::
Majlis Talaqi pada hari KHAMIS,16/6 ditunda ke hari ISNIN,20/6, insyaALLAH kerana Al-Fadhil ustaz hendak mengiringi dan menghantar Al-Allamah Al-Faqih Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumait serta rombongan ke lapangan terbang pada Khamis ini.


MARHABAN BI WASHIYATI RASULILLAH SAW

Assalamua'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Alhamdulillah wa syukrulillah

Majlis Talaqi oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-sanariy kembali lagi. Terbuka kepada ahli-ahli pengajian dan pelajar-pelajar yang baru mendaftar di CFS IIUM

>TEMPAT: AX 102
>MASA: 7.50 pm
>TARIKH: Setiap hari KHAMIS

>TENTATIF:

-Bacaan Ratib Al-Haddad dan Qasidah

-Pengajian Kitab
: الاربعين النووية (Arbain An-Nawawiyah) – Hadith
: عقيدة العوام (Aqidatul ‘Awwam) – Tauhid
: متن ابي شجاع (Matan Abi Syuja’) – Feqah
: بداية الهداية (Bidayatul Hidayah) – Tasawuf

-Sesi Soal Jawab

-Tamat


20 minit – untuk pembacaan setiap kitab
10 minit – untuk sesi soal jawab


Pesanan daripada Al-Fadhil Ustaz Muhadir:

Al-Fadhil Ustaz Muhadir menyampaikan salam kepada semua ahli pengajian talaqi.

1. Perbaharuilah niat kita ketika mengaji talaqi.

2. Sabar dan tabahlah dalam menuntut ilmu dan menempuh jalan mencari ilmu.

3. Jagalah adab kita dengan guru, ilmu dan kitab.

4. Amal, ikhlas dan istiqamah.


Semoga bumi UIA akan terus disirami hujan rahmat dan barakah dengan majlis pengajian talaqi bersanad ini.
….Amin….

3 ulasan:

  1. Salam,

    Say nak bertanya, orang luar boleh join?.... any pendaftaran?

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam,tiada sebarang bayaran atau pendaftaran dikenakan...

    kami kurang pasti sama ada pak cik guard di UIA PJ bagi izin untuk orang luar masuk ke dlm pagar UIA atau tidak kerana majlis talaqi ini dibuat didalam UIA..cuma..jika akhi mempunyai kesungguhan untuk menghadiri majlis ilmu ini...

    tidak ada salahnya jika akhi parking kereta di masjid kolej malaya yg terletak betul-betul di sebelah pagar UIA..

    jadi akhi boleh masuk ke dalam UIA seperti pelajar UIA yg lain setelah selesai solat maghrib dan menujulah ke AX102 ...

    selamat menghadiri ke taman syurga!!^_^

    BalasPadam
  3. sy dah hadiri semalam alhamdulillah dgn izin Allah. parking di MKIM, slps talaqi dlm pkl 10, berjalan keluar pintu gate besar ke MKIM sbb gate masjid dah tutup. guard mcm tiada masalah sj smlm..tapi cadangan, datang je sebelum maghrib, ckp ada majlis talaqi,klu guard bagi pass pelawat, ok, klu tak pun maklumkan sj. insyaAllah...

    BalasPadam