Ahad, 21 Oktober 2012

Komen Buku Terbaru Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll

                                          RI AL-


“KITAB TERBARU AL-FADHIL USTAZ MUHADIR HJ JOLL, BERTAJUK: "Q & A" BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI TENTANG SOAL-JAWAB AGAMA merupakan sebuah koleksi soal jawab agama yang mantap yang perlu dimiliki dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Diharapkan kitab ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia yang dahaga kepada ilmu pengetahuan untuk dijadikan bekalan dan perisai bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. di akhirat kelak.

Kitab yang sangat bernilai dan tinggi mutunya ini adalah disusun oleh seorang penulis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan kitab turas, dengan gaya bahasa yang sangat senang difahami sekaligus tidak akan menjemu sesiapa yang membacanya.


Isi kandungan kitab ini adalah hasil dari himpunan soalan-soalan-yang diutarakan oleh orang ramai di abad ini kepada TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI, khususnya mereka yang bertalaqi secara konsisiten bersama beliau. 


Justeru, kitab ini adalah sangat relevan dan kontemporari. Ia berasaskan kepada persoalan-persoalan yang benar-benar berlaku yang perlu kepada pencerahan dan pencerapan yang muktamat. Ini kerana sebahagian besar dari persoalan-persoalan itu, berkait rapat dengan hal-hal khilafiyyah yang sangat rumit. Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan itu, telah dirungkai melalui jawapan-jawapan yang jelas dan teratur serta hujah-hujahnya yang konkrit dan lengkap dari TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI.”


Wassalam, 

(Dr. Nima Jehtae, 
IRKHS, CFS, IIUM, PJ
20/10/2012)

______________________________________________________________


“Buku ini ada kelainan. Ringkas dan senang difahami. Sangat bermanfaat untuk dibaca kerana ianya mencakupi kebanyakan persoalan yang selalu kita persoalkan dalam kehidupan seharian. Saya rasa seronok membacanya dan sekarang dah pun sampai ke soalan no. 300...” 


(Zaiti, Kota Damansara)

____________________________________________________________

“Alhamdulillah,saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat taufiq dan hidayah-Nya,al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll telah berjaya menghasilkan sebuah lagi buku,hasil susunan beliau yang berjudul, “Q&A bersama Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki”.Secara ikhlasnya,saya amat mengagumi usaha beliau dalam menyusun buku ini kerana bukan mudah untuk menyalin semula soal jawab dari bentuk CD yang berdurasi selama 12 jam kepada bentuk penulisan sebegini.Semoga Allah membalas usaha murni beliau ini dengan sebaik-baik ganjaran.Allahumma Amiin.


Buku “Q&A bersama Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki” seharusnya menjadi bahan bacaan masyarakat Islam amnya dan penuntut ilmu khususnya kerana buku ini,insyaAllah, mampu menjawab hampir keseluruhan permasalahan agama yang menjadi bualan masyarakat kita pada hari ini.Di samping itu,kehadiran buku ini juga boleh mengurangkan pergantungan kita kepada internet semata-mata yang kadang-kadang diragui kesahihan sumbernya. Lebih menarik,setiap persoalan dalam buku ini dijawab terus secara lisan oleh al Alim al Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki sendiri semasa pengajian dan kuliah beliau.Ditambah pula dengan perincian al Fadhil Ustaz di ruangan nota kaki,biografi ringkas para ulama’ dan disertakan pula dengan rujukan kitab ulama’ muktabar membuatkan buku ini sememangnya wajib dimiliki oleh setiap pencinta ilmu!”


(Muhamad Fais bin Mohd Fuad,

Enginering, Tahun ke 2, 
CFS, UIA)

___________________________________________________________________________


”Memang banyak buku soal-jawab agama di pasaran, tetapi buku "Q & A" BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI ini sangat mantap dan menjawab persoalan yang realiti berlaku dalam masyarakat. Ketika membacanya, pembaca sendiri seolah-olah bertanya kerana itulah yang selalu dihadapi oleh pembaca dalam kehidupan sehariannya. Jawapan daripada Tuan Syeikh Nuruddin yang sangat alim sangat memuaskan. Beliau memang ahli dalam bidang feqah dan hadisnya. Kepada semua, tidak rugi memiliki buku ini...”


(Peminat buku, Section 7, Shah Alam)


___________________________________________________________________________


“ Jawapan yang ringkas dan padat. Nota kaki yang teliti di samping bibliografi ringkas ulama’. Jawapan dari tokoh ahli feqah Nusantara/ dunia, Al-Fadhil Sheikh Nuruddin. Susunan pula oleh murid beliau sendiri, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll. 400 soalan, 504 muka surat, HANYA RM38.00. Macam tak percaya bila beli buku ini. Ia simpanan berharga untuk diri ini.”


(Cik Hani,

Fakulti Pengajian Islam, UKM)

____________________________________________________________________


” Bismillahirrahmanirrahim... Segala pujian buat Tuhan sekalian alam,selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga-nya..


Alhamdulillah, saat dahulu ketika mendapat khabar akan keluarnya buku terbaru dari Al-Fadhil Ust Muhadir Bin Hj Joll, iaitu berkenaan soal jawab bersama guru yang dicintai beliau iaitu Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari, berasa sangat teruja dan tidak sabar menantikannya kerana ianya pasti suatu yang sangat berharga buat para pencinta ilmu yang mengenali bagaimana tinggi ilmu & adab kedua-dua tokoh ini ...Ternyata,setelah terbitnya buku ini,seperti yang dijangka segala pengisian buku ini cukup-cukup menyentuh banyak persoalan penting berkaitan asas kehidupan seorang muslim iaitu Akidah,Fiqah, dan Tasawuf, yang mana sering menjadi tanda tanya masyarakat setempat,bahkan susunan jawapan-jawapan nya juga cukup jelas dengan dalil dan memudahkan bagi pelbagai peringkat umur untuk memahaminya secara sahih. 

Saya yakin,inilah hasil dan barakah daripada usaha-usaha bersungguh beliau dalam menyebarkan kefahaman islam yang sahih yakni menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, kepada masyarakat. 

Dengan keizinan Allah s.w.t,diharapkan Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll dapat terus menghasilkan karya-karya yang membimbing ummah sebegini di masa akan datang. ”


( Nur Mohamad Adli Bin Rosli, Tahun 3 Fakulti Kejuruteraan UIA Gombak )


___________________________________________________________________________


“Buku yang sangat besar manfaatnya kepada semua. Alhamdulillah, banyak persoalan yang bermain di kepala saya terjawab dengan membaca buku ini. Tahniah Al-Fadhil Ustaz Muhadir atas karya terbaru ini. Saya memang meminati karya beliau dan selalu menunggu karya-karya beliau yang terbaru sejak mula memiliki buku beliau ”6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah” dahulu.”


(Haji Murad, Taman TTDI


Ahad, 7 Oktober 2012

::Majlis Maulid Talaqi UIAM Kuantan::

::Kitab terbaru Ustaz ; Q&A bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki::









DAPATKAN BUKU TERBARU AL-FADHIL USTAZ MUHADIR HJ JOLL 

BERTAJUK: "Q & A" BERSAMA TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI TENTANG SOAL-JAWAB AGAMA.

504 m/s BERHARGA RM38.00 (SEMENANJUNG) RM40 (SABAH/SARAWAK).

HUBUNGI PSN 03-78317687/78421700/78421304.

DIJUAL JUGA DI MPH & POPULAR BOOKSTORE




UIAM PJ : Al-Akh Fais Ibnu Fuad : 0133950965
UIAM GOMBAK : Al-Akh Nur Mohamad Adli : 0139490438
UIAM KUANTAN : Al-Ukh Siti Fatimah Binti Abdul Ghaffar : 0132225962



"Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas usaha beberapa ikhwan pengajian yang telah mengumpulkan soalan-soalan yang pernah saya jawab di dalam CD. Saya sangat berbesar hati juga dengan usaha murni salah seorang anak murid saya, Ustaz Muhadir Bin Haji Joll yang telah menyalin semula kesemua kandungan soal jawab dalam CD ini ke dalam sebuah buku seperti yang ada sekarang imi. Tentunya usaha ini bukanlah mudah tanpa himmah (kesungguhan) yang tinggi kerana ia mengambil masa selama 12 jam untuk mendengar keseluruhannya disamping belum ada tajik dan kategori khusus untuk setiap soalan dan jawapan. Semoga Allah SWT membalas usaha beliau ini dengan sebaik-baik balasan. amiin... Semoga buku "Q&A bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki" ini menjadi sebuah rujukan berguna untuk mengetahui jawapan kepada beberapa permasalahan yang melibatkan hukum- hakam agama dan mendatangkan manfaat kepada semua"


[As-Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki]


WAllahua'alam