Jumaat, 25 Februari 2011

CERAMAH MAULID AL-FADHIL USTAZ MUHADIR AS-SANARIYY DI KUCHING
RABI’UL AWWAL 1432H

TARIKH/ HARI SUBUH MAGHRIB

26 FEB 2011/ SABTU

MAGHRIB
Masjid At-Taqwa, Gita
“Rasulullah SAW: Uswatun Hasanah Sepanjang Zaman”

27 FEB 2011/ AHAD

SUBUH
Masjid At-Taqwa, Gita
“Mencintai Rasulullah SAW”

MAGHRIB
Masjid Kampung Bako
“Wasiat Nabi SAW mengamalkan 4 kalimah”

28 FEB 2011/ ISNIN

SUBUH
Masjid Darul Iman,
Kampung Senari
- Bacaan dan Syarahan Hadith-Hadith terpilih dalam Hadith 40 karangan Imam Nawawi

MAGHRIB
Masjid Darul Iman,
Kampung Senari
“Kepatuhan makhluk kepada Nabi SAW”
- Bacaan Maulid ad-Diba’i
- Ijazah Ratibul Haddad

1 MAC 2011/ SELASA

SUBUH
Masjid Darul Iman,
Kampung Senari
- Bacaan dan Syarahan Hadith-Hadith terpilih dalam Hadith 40 karangan Imam Nawawi


MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR ..!!

Rabu, 23 Februari 2011

Majlis Maulid: IIUM Kuantan Berselawat

Majlis Maulid: Masjid Bukit Antarabangsa


TARIKH:
Isnin, 28 Februari

MASA:
7:30pm - 9:30pm

TEMPAT:
Masjid Bukit Antarabangsa, Jalan Bukit Antarabangsa,Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, KL, Malaysia

Majlis Maulid: Majlis Maulid Di Utara Malaysia

SAMBUTAN MALIDUR RASUL DARUL HIDAYAH

TARIKH:
Selasa, 1 Mac

TEMPAT:
KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM DARUL HIDAYAH, KG.SG.MATI, MUKIM LEPAI, A.SETAR.

ATURCARA MAJLIS:

MASA: 9MLM - 11.30 MLM

PENCERAMAH JEMPUTAN:

1) TN.GURU SYEIKH HJ.AHMAD FAHMI ZAMZAM
2) TN.GURU HJ KHAIRUL ANUAR HJ. SHAFIE
3) KUMPULAN BURDAH AHBABUL MUSTAFA

JAMUAN KENDURI KESYUKURAN.

SEMUA UMMAT MUHAMMAD S.A.W DI JEMPUT.

PERHUBUNGAN : 012-5686025
012-9446025

MAWLID BERSAMA HABIB MAHDI SEPUPU HABIB UMAR BIN HAFIDZ

TARIKH:
Sabtu, 12 Mac

MASA:
9MLM - 11.30 MLM


TEMPAT:
KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM DARUL HIDAYAH, KG.SG.MATI, MUKIM LEPAI, A.SETAR.

Isnin, 14 Februari 2011

Majlis Maulid: Za'ba Berselawat

Majlis Maulid: Forum Maulidurrasul

Hukum Menyambut Maulidur Rasul


Soalan:
Sejak akhir-akhir ini, ada kumpulan yang secara keras melarang menyambut Maulidur Rasul dengan alasan ia adalah Bid’ah Dhalalah yang tidak disuruh dalam agama. Apakah pendapat ulama’ tentangnya?

Jawapan: Perkara ini sudah diselesaikan oleh para ulama’ dan mereka membolehkannya sejak dahulu lagi. Perayaan Maulidur Rasul ini sudah disambut di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Apakah seluruh ulama’ di dunia sejak dahulu sampai sekarang ini dikatakan sesat kerana membiarkan umat Islam menyambutnya? Tentunya perkara ini tidak boleh diterima oleh akal yang sihat.

Kelahiran (Maulid) Nabi adalah sebesar-besar rahmat Allah kepada alam dan manusia keseluruhannya. Rahmat ini ada dalam aqidah, muamalah, akhlaq, malah dalam semua bidang kehidupan. Rahmat ini tidak hanya terbatas untuk manusia di zaman Baginda sahaja, tetapi ia meluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Allah berfirman:

وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka (generasi sahabat) yang belum berhubungan dengan mereka.”

Di dalam ayat lain, Allah berfirman:

وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللهِ
“…dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.”

Artikel ini dinukilkan sepenuhnya daripada buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ karangan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIA. Buku setebal 920 muka surat ini menjelaskan pandangan ulama’ mu’tabar tentang lebih 117 persoalan khilafiyyah dengan bersandarkan dalil Al-Qur’an, hadith dan sumber-sumber istinbath yang lain. Buku ini telah disemak dan diberi kata-kata aluan oleh Yg. Bhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sohib as-Samahah, Datu’ Haji Loling Othman bin Haji Alwi, mantan Mufti Negeri Sarawak, Fadhilah asy-Syaikh, Dato' Haji Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA, Fadhilah asy-Syaikh, Dato’ Haji Mohd Saleh Haji Mohd @ Ahmad, Timbalan Yang Di Pertua, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA dan Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhammady, pemikir Islam dan Fello Utama Akademik, Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam (ISTAC), UIA. Ia juga telah disemak oleh 8 orang ustaz termasuklah dari JAWI, UIA, USIM dan pendakwah bebas. Buku ini baru sahaja berada di pasaran.
Mulahazhah: Artikel ini diizinkan untuk disebar luaskan demi kebaikan dengan disebutkan sumber ambilannya untuk keberkatan ilmu.
Surah Al-Jum’ah: 3.
Surah Ibrahim: 5.


Tidak diragukan lagi bahawa hari kelahiran Rasulullah termasuk di dalam hari-hari Allah.
Memperingati, menyambut, merayakan dan membesarkan Maulidur Rasul adalah satu amal yang paling utama dan cara pendekatan diri kepada Allah di samping suatu ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah . Haruslah diketahui bahawa cinta kepada Rasulullah adalah salah satu dasar dan rukun keimanan. Rasulullah bersabda:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِن وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ
“Demi Zat yang diriku berada di dalam kekuasaanNya, tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tua dan anaknya.”

Di dalam hadith lain, Rasulullah bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِن وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya dan manusia keseluruhannya.”

Ibn Rajab al-Hanbali berkata:
“Cinta kepada Nabi termasuk prinsip-prinsip dasar iman. Cinta ini seiring dengan cinta kepada Allah. Cinta kepada Allah dan kepada Nabi sering disebut bersama dan mengancam sesiapa sahaja yang lebih mengutamakan kecintaan kepada perkara-perkara lain yang sudah menjadi tabiat manusia seperti cinta kaum kerabat, harta benda dan tanah air lebih dari cinta kepada Allah dan Rasul (lihat Surah At-Taubah: 24).

Ketika Sayyiduna Umar berkata kepada Nabi : Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Baginda bersabda: Tidak wahai Umar, sehingga aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri. Umar berkata: Demi Allah, engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri. Baginda bersabda: Sekarang (barulah sempurna iman kamu) wahai Umar.”
Menurut Imam As-Suyuthi, Raja Al-Muzhaffar Abu Sa’id Kukburi ibn Zainuddin Ali ibn Baktakin (630H) adalah penguasa pertama yang menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran. Dikatakan lebih kurang 300000 dinar telah beliau gunakan tujuan tersebut. Tujuannya ialah tidak lain, hanyalah untuk membesarkan Rasulullah , mengingati sirah dan akhlak Baginda melalui pembacaan syair, qasidah dan tazkirah tentang ketinggian peribadi Rasulullah .
Sebahagian ulama’ mengatakan isyarat menyambut Maulidur Rasul telah ada di zaman Rasulullah lagi. Buktinya Baginda sendiri menyambutnya dengan cara berpuasa setiap hari Isnin sebagai tanda mensyukuri kelahiran dan awal penerimaan wahyunya.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Riwayat Al-Bukhari.
Riwayat Al-Bukhari.
Al-Hawi li Al-Fatawa, 1/292.


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ اْلأَنصَارِي رضي الله عنه: أَنَّ رَسُولَ اللهِ سُئِلَ عَن صَوْمِ يَوْمِ اْلإِثْنَيْنِ، فَقَالَ: فِيهِ وُلِدتُّ وَفِيهِ أُنزِلَ إِلَيَّ

“Dari Abi Qatadah al-Anshari RA, sesungguhnya Rasulullah pernah ditanya mengenai puasa hari Isnin. Rasulullah menjawab: Pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku.”
Memang secara umum para ulama’ Salaf menganggap perbuatan ini termasuk bid’ah tetapi termasuk Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik).

Sahabat memuliakan hari kelahiran Nabi

Pada zaman Nabi terdapat banyak penyair yang terkenal dan hebat datang kepada Rasulullah dan mempersembahkan kepada Baginda berhalaman-halaman syair yang memuji dan mengagungkan Baginda . Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang dikutip di dalam Sirah Ibn Hisham, Al-Waqidi dan lain-lain. Penyair-penyair terkenal mengagung-agungkan Rasulullah di hadapan Baginda dan para sahabat dan tidak dilarang oleh Rasulullah dan tidak ada para sahabat yang mencela atau mengatakan hal tersebut berlebih-lebihan (ghuluw).
Rasulullah amat suka syair yang indah seperti yang diriwayatkan Bukhari di dalam Al-Adab al-Mufrad dan kitab-kitab lain.

Rasulullah bersabda:
"Terdapat hikmah di dalam syair.”

Ayah saudara Nabi , Al-Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi . Di antara bait terjemahannya sebagai berikut:

“Dikala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu,
dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin”


Ibn Kathir menerangkan di dalam kitabnya bahawa para sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi memuji nama dan nasabnya serta membaca syair mengenai diri Baginda semasa peperangan Hunain untuk menambah semangat para sahabat dan menakutkan para musuh .
Hasan bin Thabit selalu melagukan dan membacakan syair-syairnya di depan Sayyidul Mursalin Muhammad dan di depan para sahabat Baginda . Tidak ada satu pun yang mencela atau mengatakan berlebih-lebihan (ghuluw). Tertera di batu nisan Hasan Ibn Thabit, beliau menulis mengenai Nabi :

“Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan di dalam diriku, Aku hanya seorang yang telah hilang segala derita rasa, Aku tidak akan berhenti daripada memujinya (Nabi ), kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal di dalam syurga bersama-sama 'Yang Terpilih', yang daripadanya aku mengharapkan syafaat, dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku ke arah itu.”

Riwayat Muslim.
kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Lihat Mustadrak ala ash-Shahihain, Husn al-Maqsid, Imam As-Sayuthi, ms. 5, kitab Maulid Ibn Kathir, ms. 30 dan Fath al-Bari.
Lihat hadith riwayat Ath-Thobrani dan Al-Baihaqi dalam Dala’il an-Nubuwwah, ms. 5, Syarh al-Mawahib, 1/62, begitu juga hadith-hadith riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmizi dan lain-lain.


Menurut riwayat yang berasal dari Abu Bakar Ibn al-Anbari , ketika Ka’ab bin Zuhair dalam mendendangkan syair pujiannya sampai kepada sanjungan bahawa Baginda adalah sinar cahaya yang menerangi dunia dan Baginda laksana pedang Allah yang ampuh terhunus. Sebagai tanda kegembiraan Baginda , maka Baginda menanggalkan kain burdahnya (kain penutup punggung) dan diberikan pada Ka’ab. Mu’awiyyah bin Abi Sufyan pada masa kekuasaannya berusaha membeli burdah itu dari Ka’ab dengan harga sepuluh ribu dirham, tetapi Ka’ab menolaknya. Setelah Ka’ab wafat, Mu’awiyyah membeli burdah pusaka Nabi itu dari ahli waris Ka’ab dengan harga dua puluh ribu dirham.

Banyak sekali hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi tentang bagaimana mereka memuliakan dan mengagungkan Nabi seperti Amr bin ‘Ash, Anas bin Malik, Usamah bin Syarik dan lain-lain. Semua pujian dan syair-syair ini tidak dilarang oleh Baginda Juga syair-syair tersebut boleh dilagukan dan diiringi dengan bermain gendang.

Di dalam kitab Madarij as-Salikin, Ibn Qayyim menulis bahawa Nabi memberi izin untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan kepada Baginda . Baginda mendengar Anas dan para sahabat memujinya dan membaca syair ketika Baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata: "Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup."
Ibn Qayyim juga telah menceritakan mengenai Abdullah Ibn Rawaha membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad . semasa penaklukan kota Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk Abdullah. Rasulullah juga pernah mendoakan untuk Hasan Ibn Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepadanya dengan roh suci selama beliau memuji-muji Nabi melalui syairnya. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan Baginda Nabi pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang memuat seratus halaman yang dikarang oleh Umayyah Ibn Abi Halh.

Menurut Ibn Qayyim lagi: '‘Aisyah ra selalu membaca syair memuji Baginda dan Baginda amat menyenanginya."

Ditulis juga oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya, Allah memberi keizinan kepada Nabi agar membaca Al-Qur’an dengan berlagu. Pada suatu hari Abu Musa al-Asy'ari sedang membaca Al-Qur’an dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi sedang mendengar bacaan beliau. Setelah dia selesai mengaji, Nabi mengucapkan tahniah kepadanya kerana bacaannya yang begitu merdu dan Nabi bersabda: “Engkau mempunyai suara yang merdu”, Baginda bersabda lagi bahawa: “Abu Musa al-Asy'ari telah dikurniakan Allah 'mizmar' (seruling) di antara mizmar-mizmar Nabi Daud.”

Beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Al-Qasim al-Anbari. Antara kitabnya ialah Gharib al-Hadith. Meninggal pada tahun 328H.
Beliau ialah Ka'ab bin Zuhair bin Abi Sulma al-Mazni dari keturunan suku Muzainah. Seorang sahabat Rasulullah dan seorang penyair 'Mukhadram' iaitu penyair yang hidup pada zaman Jahiliah dan sempat pula hidup pada zaman awal Islam. Meninggal pada tahun 26 H (645M) (ada pendapat yang mengatakan beliau meninggal dalam zaman pemerintahan Mu'awiyah bin Abi Sufyan).


Abu Musa pun berkata: “Ya Rasulullah, jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yang lebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi.”

Ibn Qayyim menulis lagi, Nabi bersabda : ”Hiasilah Al-Qur’an dengan suara kamu, dan sesiapa yang tidak melagukan Al-Qur’an bukanlah dari kalangan kami."

Ibn Qayyim mengatakan juga: “Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-gunung, alam semesta ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama semua itu tidak melanggar batas-batas syariat.”

Seorang ahli hadith, Ibn 'Abbad telah memberikan fatwa tentang hadith Rasulullah berikut ini: “Seorang wanita telah datang menemui Nabi di waktu Baginda baru pulang dari medan peperangan, dan wanita itu pun berkata; ‘Ya Rasulullah, aku telah bernazar jika sekiranya, Allah menghantarkan engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendang di sebelahmu.’ Nabi pun bersabda; ‘Tunaikanlah nazarmu’ ."

Masih banyak lagi kata-kata Baginda untuk dirinya. Sekiranya pujian-pujian ini semuanya dilarang, maka tidak akan diucapkan dari lisan orang yang paling taqwa dan mulia Rasulullah serta dari lisan para sahabat yang ditujukan kepada Baginda .

Amalan menyambut Maulidur Rasul sudah disambut sejak dahulu lagi oleh para ulama’ besar Islam yang diakui keilmuan mereka dalam bidang aqidah, feqah, hadith dan Tasawwuf, bahkan umat Islam seluruh dunia sejak dahulu lagi melihat amalan ini sebagai sesuai yang sangat mulia dan baik. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi:

مَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ حَسَنًا فَهُوَ عِندَ اللهِ حَسَنٌ، وَمَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ قَبِيحًا فَهُوَ عِندَ اللهِ قَبِيحٌ

“Apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu amalan yangbaik, maka ia adalahbaik di sisi Allah, dan apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu yang keji, maka ia adalah keji d isisi Allah.”

Hukum dan Pendapat Ulama’:
Guru Imam Nawawi, Imam Abu Syamah berpendapat:

وَمِنْ أَحْسَنِ مَا ابْتَدَعَ فِي زَمَانِنَا مَا يَفْعَلُ كُلَّ عَامٍ فِي الْيَوْمِ الْمُوَافِقِ لِيَوْمِ مَوْلِدِهِ مِنَ الصَّدَقَاتِ وَالْمَعْرُوفِ وَإِظْهَارِ الزِّينَةِ وَالسُّرُورِ، فَإِنَّ ذَلِكَ مَعَ مَا فِيهِ مِنَ اْلإِحْسَانِ لِلْفُقَرَاءِ مَشْعَرٌ بِمَحَبَّتِهِ وَتَعْظِيمِهِ فِي قَلْبِ فَاعِلٍ ذَلِكَ وَشُكْرًا لِلهِ عَلَى مَا مِن بِهِ مِنْ إِيجَادِ رَسُولِهِ الَّذِي أَرْسَلَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ.

”Termasuk perkara baru yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan setiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah (merujuk kepada perayaan Maulidur Rasul ) dengan memberikan sedekah dan kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia.

Sesungguhnya semua itu termasuk bersikap lemah lembut terhadap fakir miskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah dan penghormatan kepada Baginda dalam hati orang yang menyambutnya. Ia juga merupakan suatu tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutusnya Rasulullah kepada seluruh alam semesta.”

Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi.
Lihat dalil-dalil yang kuat dalam membolehkan puji-pujian ke atas Rasulullah di dalam Al-Qaul ash-Shahih fi Masyru’iyyah al-Madih, Syaikh Ahmad Abd al-Baqi Asy-Syaikh Daf’ullah ash-Sha’im Daimah, Al-Qahirah: Dar Jawami’ al-Kalim, t.t.
Riwayat Ahmad dari Ibn Mas’ud.


Sebagai umat Baginda , kita dianjurkan untuk bergembira atas rahmat dan kurniaan Allah kepada kita. Rahmat dan kurniaan yang terbesar ialah dengan kelahiran Nabi Muhammad . Allah berfirman:

قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

“Katakanlah: Dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira dengan kurniaan Allah dan rahmatNya itu, adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”
Allah menyuruh manusia bergembira atas rahmatNya. Rahmat apakah yang paling besar ke atas manusia dan alam keseluruhannya, jika tidak rahmat kehadiran Rasulullah ?. Firman Allah :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

“Dan Kami tidak mengutusmu (Muhammad ) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.”
Imam As-Suyuthi memberi pendapat tentang hukum perayaan Maulidur Rasul di dalam Al- Hawi li al-Fatawa dengan katanya:

عِندِي، أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوْلِدِ الَّذِي هُوَ إِجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ. وَرِوَايَةُ اْلأَخْبَارِ الْوَارِدَةُ فِي مَبْدَءِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِي مَوْلِدِهِ مِنَ اْلآيَاتِ ثُمَّ يَمُدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُونَهُ وَيَنصَرِفُونَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذَلِكَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِي يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيهِ مِن تَعْظِيمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرْحِ وَاْلإِسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيفِ.

“Menurutku, asal perayaan Maulid Nabi , iaitu manusia berkumpul, membaca Al-Qur’an dan kisah-kisah teladan Nabi sejak kelahirannya sehingga perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makanan yang dimakan bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu tergolong Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik). Orang yang melakukannya diberi pahala kerana membesarkan kedudukan Nabi, menampakkan kesukaan dan kegembiraan di atas kelahiran Nabi Muhammad yang mulia.”

Surah Yunus: 58.
Surah Al-Anbiya': 107.
1/251-252. Lihat juga Husn al-Maqshid fi ‘Amal al-Maulid di dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 194.


Beliau juga berkata:

وَيُسْتَحَبُّ لَنَا إِظْهَارُ الشُّكْرِ بِمَوْلِدِهِ وَاْلإِجْتِمَاعُ وَإِطْعَامُ الطَّعَامِ وَنَحْوِ ذَلِكَ مِن وُجُوهِ الْقُرُبَاتِ وَإِظْهَارِ الْمُسَرَّاتِ.

“Dan disunatkan untuk kita menzahirkan rasa kesyukuran dengan kelahiran Baginda dan (disunatkan juga) berkumpul dan memberi makan dan yang seumpama itu yang termasuk dari jalan mendekatkan diri kepada Allah dan menzahirkan kesukaan.”

Beliau berkata lagi:

مَا مِن بَيْتٍ أَوْ مَحَلٍّ أَوْ مَسْجِدٍ قُرِئَ فِيهِ مَوْلِدُ النَّبِيِّ إِلاَّ حَفَّتِ الْمَلاَئِكَةُ أَهْلَ ذَلِكَ الْمَكَانِ وَعَمَّهُمُ اللهُ تَعَالَى بِالرَّحْمَةِ وَالرِّضْوَان.

“Tidaklah ada dari rumah atau tempat atau masjid yang dibacakan dalamnya Maulidur Rasul , melainkan para malaikat akan menaungi (merahmati) penduduk tempat itu dan Allah meluaskan mereka dengan rahmat dan keredhaan.”

Imam Sayuthi membantah orang yang berkata: “Aku tidak mengetahui hukum perayaan Maulid ini di dalam Al-Qur’an mahupun di dalam hadith”, dengan mengatakan: “Tidak tahu terhadap sesuatu bukanlah bererti tidak adanya sesuatu itu.”

Imam Sayuthi juga menjelaskan bahawa Imam al-Muhaddithin, Ibn Hajar al-Asqalani telah menjelaskan yang dasar hukum menyambut Maulidur Rasul adalah dari sunnah .
Beliau seterusnya mengatakan:

“Kegiatan merayakan Maulid Nabi tidak bertentangan dengan Al-Qur’an, Sunnah, Athar mahupun Ijma’. Ini bermakna ia bukanlah perbuatan tercela seperti yang diungkapkan oleh Imam Syafi’e. Oleh itu, kegiatan itu merupakan perbuatan baik yang belum dikenal pada masa awal Islam. Kegiatan memberi makan yang terlepas dari perbuatan dosa adalah perbuatan yang baik. Dengan yang demikian, kegiatan Maulid termasuk perkara baru yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Sulthon al-Ulama’, Syaikh Izz ad-Din bin Abd as-Salam.”

(Di dalam kitab yang sama, Imam Sayuthi mengatakan:)

“Dan berkata Al-Hafiz Syams ad-Din bin Nasiruddin ad-Dimasyqi (833H) di dalam kitabnya berjudul Maurid ash-Shadi fi Maulid al-Hadi: Telah shahih benar riwayat yang mengatakan Abu Lahab diringankan dari azab neraka pada hari Isnin kerana telah memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah kerana gembira dengan perkhabaran dari hambanya itu tentang kelahiran anak saudaranya Rasulullah ”,

Al-Hawi li Al-Fatawa, 1/196.
Al-Wasa’il fi Syarh al-Masa’il, Imam Sayuthi.
Husn al-Maqshid fi ‘Amal al-Maulid di dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 198.
ibid, ms. 198.
ibid, ms. 199-200.


Kemudian dia (Al-Hafiz Syams ad-Din) bersyair:

إِذَا كَانَ هَذَا كَافِرًا جَاءَ ذَمُّهُ بِتَبَّتْ يَدَاهُ فِي الْحَجِيمِ مُخَلَّدًا
أَتَى أَنَّهُ فِي يَوْمِ اْلإِثْنَيْنِ دَائِمًا يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُورِ بِأَحْمَدَا
فَمَا الظَّنُّ بِالْعَبْدِ الَّذِي طُولَ عُمْرُهُ بِأَحْمَدَ مَسْرُورًا وَمَاتَ مُوَحِّدًا ؟

Kalaulah orang kafir ini (Abu Lahab) memang sudah ada celaan padanya
Dibinasa kedua belah tangannya dan kekal dalam neraka Jahim di dalamnya
Namun datang keistimewaan kepadanya hari Isnin sentiasa
Akan diringankan azab kerana kegembiraannya dengan kelahiran Rasul mulia
Maka apakah pendapatmu ganjaran kepada seorang yang sepanjang umurnya
Sentiasa bergembira dengan Nabi Muhammad dan mati dalam tauhidnya yang sempurna?

Mafhumnya, jika Abu Lahab yang bukan Islam pun mendapat keistimewaan sedemikian, maka orang Islam yang sentiasa bersyukur dan bergembira dengan rahmat kedatangan Rasulullah , akan lebih lagi mendapat keistimewaan yang sangat besar dari Allah .

Imam Al-Baihaqi berkata, bahawa walaupun hadith ini hadith Mursal, tetapi ia boleh diterima kerana telah dinaqalkan oleh Imam Al-Bukhari hadith ini di dalam kitabnya. Para ulama’ yang telah disebutkan tadi, juga sependapat menerima hadith ini kerana perkara itu terdiri dari bab manaqib dan khasha’is (keistimewaan), Fadha’il (kelebihan) dan bukannya perkara berkaitan hal hukum halal dan haram. Para penuntut ilmu agama tentu sekali tahu perbezaan istidlal (pengambilan dalil) dengan hadith pada bab manaqib atau ahkam.


ibid, ms. 206-207.
Kisah ini diriwayatkan di dalam Shahih Al-Bukhari, Bab Nikah, dinukilkan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari, diriwayatkan oleh Imam Abdur Razak ash-Shan’ani di dalam kitabnya Al-Mushannaf (7/478), Al-Hafiz Al-Baihaqi di dalam kitabnya Ad-Dala’il, Ibn Kathir di dalam kitabnya, Al-Bidayah, bab As-Sirah an-Nabawiyyah (1/224), Ibn Ad-Daiba asy-Syaibani di dalam kitabnya Hada’iq al-Anwar (1/134), Imam Hafiz al-Baghawi di dalam kitabnya Syarh Sunnah (9/76), Ibn Hisyam dan As-Suhaili di dalam Ar-Raudh al-Unuf (5/192), Al-Amiri di dalam kitabnya Bahjah al-Mahafil (1/41) dan lain-lain.

Imam As-Sakhawi (902H) berkata:

لَمْ يَفْعَلْهُ أَحَدٌ مِنَ السَّلَفِ فِي الْقُرُونِ الثَّلاَثَةِ، وَإِنَّمَا حُدِثَ بَعْدُ، ثُمَّ لاَ زَالَ أَهْلُ اْلإِسْلاَمِ مِن سَائِرِ اْلأَقْطَارِ وَالْمُدُنِ يَعْمَلُونَ الْمَوْلِدِ وَيَتَصَدَّقُونَ فِي لَيَالِيهِ بِأَنوَاعِ الصَّدَقَاتِ وَيَعْتَنُونَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيمِ، وَيَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِن بَرَكَاتِهِ كُلَّ فَضْلٍ عَمِيمٍ.

“Tidak pernah dilakukannya seorang dari golongan Salaf pada kurun ketiga. Ia hanyalah baru dibuat selepasnya. Kemudian orang Islam dari seluruh kampung dan kota sentiasa menyambut Maulid. Mereka bersedekah pada malam-malam Maulid dengan pelbagai sedekah dan mengambil berkat dengan pembacaan kisah kelahiran Baginda yang mulia. Dan terzahirlah ke atas mereka keberkatan Junjungan Mulia dengan kelebihan yang meliputi.”

Di dalam kitab Al-Madkhal disebutkan:

فَكَانَ يَجِبُ أَن نَزْدَادَ يَوْمَ اْلإِثْنَيْنِ الثَّانِي عَشَرَ فِي رَبِيعِ اْلأَوَّلِ مِنَ الْعِبَادَاتِ وَالْخَيْرِ شُكْرًا لِلْمَوْلَى عَلَى مَا أولاَنَا مِنْ هَذِهِ النِّعَمِ الْعَظِيمَةِ وَأَعْظَمُهَا مِيلاَدُ الْمُصْطَفَى.

“Maka adalah wajiblah kita mempertingkatkan ibadah-ibadah dan kebaikan pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat yang besar kepada kita dan sebesar-besar nikmat itu ialah kelahiran Al-Musthofa.”

Antara cara membesarkan kedudukan Baginda Rasulullah ialah seperti yang disebutkan di dalam kitab Ad-Durar as-Saniyah:

وَمِن تَعْظِيمِهِ اَلْفَرْحُ بِلَيْلَةِ وِلاَدَتِهِ وَقِرَاءَةُ الْمَوْلِدِ.

“Dan antara cara membesarkan Rasulullah ialah bergembira pada malam kelahirannya dan dengan membaca kisah kelahirannya.”

Imam Muhammad Abd al-Baqi az-Zarqani menyebutkan:

إِنَّ اتِّخَاذَ الْوَلِيمَةِ وَإِطْعَامَ الطَّعَامِ مُسْتَحَبٌّ فِي كُلِّ وَقْتٍ، فَكَيْفَ إِذَا انضَمَّ إِلَى ذَلِكَ الْفَرْحِ وَالسُّرُورِ بِظُهُورِ نُورِ النَّبِي فِي هَذَا الشَّهْرِ الشَّرِيفِ، وَلاَ يَلْزَمُ مِن كَوْنِهِ بِدْعَةً كَوْنُهُ مَكْرُوهًا، فَكَمْ مِن بِدْعَةٍ مُسْتَحَبَّةٍ بَلْ قَدْ تَكُونُ وَاجِبَةً.

“Sesungguhnya mengadakan keraian dan memberi makanan adalah sunat pada setiap waktu. Alangkah eloknya jika dikaitkan kesukaan dan kegembiraan itu dengan lahirnya Nabi yang bercahaya pada bulan yang mulia ini. Dan tidaklah dilazimkan dari keadaannya perkara baru yang makruh, maka berapa banyak dari bid’ah yang sunat kadang-kadang menjadi wajib?”

As-Sirah al-Halabiyyah, Ali bin Burhan ad-Din al-Halabi, 1/83-84.
Al-Madkhal, 1/361.
Ad-Durar as-Saniah, ms. 190.
Beliau ialah Al-Allamah Muhammad bin Abd al-Baqi bin Yusuf az-Zarqani al-Mishri, penutup kepada sekalian muhaddithin di Mesir. Meninggal pada tahun 1099H.
Syarh Al-Mawahib al-Ladunniyyah, Az-Zarqani.


Di dalam Al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibn Hajar al-Haitami menulis:

أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُونِ الثَّلاَثَةِ، وَلَكِنَّهَا مَعَ ذَلِكَ قَدِ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا فَمَن تَحَرَّى فِي عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَ بِدْعَةً حَسَنَةً، وَإِلاَّ فَلاَ، وَقَدْ ظَهَرَ لِي تَخْرِيجُهَا عَلىَ ثَابِتٍ فِي الصَّحِيحَيْنِ مِنْ أَنَّ النَّبيَّ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءِ، فَسَأَلَهُمْ فَقَالُوا: هُوَ يَوْمٌ أَغْرَقَ اللهُ فِيهِ فِرْعَوْنَ وَنَجَى مُوسَى فَنَحْنُ نَصُومُهُ شُكْرًا لِلّهِ تَعَالَى، فَيُسْتَفَادُ مِنْهُ الشُّكْرُ لِلّهِ عَلَى مَا مِن بِهِ فِي يَوْمٍ مُعَيَّنٍ مِنْ إِسْدَاءِ نِعْمَةٍ أَوْ دَفْعِ نِقْمَةٍ، وَيُعَادُ ذَلِكَ فِي نَظِيرِ ذَلِكَ الْيَوْمِ مِن كُلِّ سَنَةٍ، وَالشُّكْرُ لِلّهِ يَحْصُلُ بِأَنوَاعِ الْعِبَادَةِ كَالسُّجُودِ وَالصِّيَامِ وَالصَّدَقَةِ وَالتِّلاَوَةِ، وَأَيُّ نِعْمَةٍ أَعْظَمُ مِنَ النِّعْمَةِ بِبُرُوزِ هَذَا النَّبِيِّ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ، وَعَلَى هَذَا فَيَنبَغِي أَن يَقْتَصِرَ فِيهِ عَلَى مَا يُفْهَمُ الشُّكْرُ لِلّهِ تَعَالَى مِنَ التِّلاَوَةِ وَاْلإِطْعَامِ وَإِنشَادِ الشَّيْءِ مِنَ الْمَدَائِحَ النَّبَوِيَّةِ الْمُحَرَّكَةِ لِلْقُلُوبِ إِلَى فِعْلِ الْخَيْرِ وَالْعَمَلِ لِلآخِرَةِ، وَأَمَّا مَا يَتَّبعُ ذَلِكَ مِنَ السِّمَاعِ وَاللَّهْوِ وَغَيْرِ ذَلِكَ فَيَنبَغِي أَن يُقَالَ: مَا كَانَ مِن ذَلِكَ مُبَاحًا بِحَيْثُ يَقْتَضِي السُّرُورُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ لاَ بَأْسَ بِإلْحَاقِهِ بِهِ، وَمَا كَانَ حَرَامًا أَوْ مَكْرُوهًا فَيُمْنَعُ، وَكَذَا مَا كَانَ خِلاَفَ اْلأَوْلَى.

“Asal amalan menyambut Maulid adalah perkara baru yang tidak diambil dari seorang pun di kalangan Salafus Soleh dari kurun yang ketiga. Akan tetapi, ia mengandungi kebaikan dan tidak menyalahinya. Maka sesiapa yang meluaskan dirinya beramal segala kebaikan dan menjauhi yang dilarang, adalah ia Bid’ah Hasanah. Jika tidak, bukanlah ia Bid’ah Hasanah. Dan sesungguhnya telah zahir kepadaku dalam mentakhrij hadith tentangnya atas apa yang thabit di dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim dari sesungguhnya Nabi datang ke Madinah, lalu mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram). Nabi lalu bertanya kepada mereka tentang perkara tersebut. Mereka menjawab: Ia adalah hari di mana Allah menenggelamkan padanya Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Lalu kami berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala. Maka apa yang boleh diambil faedah daripada perkara ini ialah kesyukuran kepada Allah dilakukan pada hari tertentu kerana mensyukuri nikmat atau tertolaknya bala. Dan diulangi perkara tersebut kerana perkara itu pada setiap tahun. Dan berterima kasih kepada Allah boleh juga dengan mempelbagaikan ibadah seperti sujud, puasa, sedekah, membaca Al-Qur’an. Dan apakah nikmat yang paling besar pada hari itu dari nikmat-nikmat lain selain dari lahirnya Nabi ini, Nabi yang membawa rahmat? Atas dasar inilah sewajarnyalah untuk memfokuskan pada hari itu dengan kefahaman kesyukuran kepada Allah dengan membaca Al-Qur’an, memberi makan, melantunkan sesuatu dari puji-pujian ke atas Nabi yang boleh menggerakkan hati untuk berbuat kebaikan dan beramal untuk akhirat. Dan adapun yang dibuat ketika itu dengan pendengaran dan perkara sia-sia dan selain itu, maka sewajarnya dikatakan: Apa-apa yang ada dalamnya perkara Mubah (harus) di mana kegembiraan pada hari itu tidak mengapa kerana keterikatannya dengan hari Maulid. Dan apa-apa yang haram atau makruh, maka dilarang dan demikian juga apa-apa yang menyalahi khilaf yang utama.”

Al-Fatawa al-Kubra, 1/196.

Di dalam Fatawa Syar’iyyah disebutkan:

إِنَّ إِحْيَاءَ لَيْلَةِ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ، وَلَيَالِي هَذَا الشَّهْرِ الْكَرِيمِ الَّذِي أَشْرَقَ فِيهِ النُّورُ الْمُحَمَّدِيُّ إِنَّمَا يَكُونُ بِذِكْرِ اللهِ تعالى وَشُكْرِهِ لِمَا أَنْعَمَ بِهِ عَلَى هَذِهِ اْلأُمَّةِ مِن ظُهُورِ خَيْرِ الْخَلْقِ إِلَى عَالَمِ الْوُجُودِ، وَلاَ يَكُونُ ذَلِكَ إِلاَّ فِي أَدَبٍ وَخُشُوعٍ وَبُعْدٍ عَنِ الْمُحَرَّمَاتِ وَالْبِدَعِ الْمُنكَرَاتِ، وَمِن مَظَاهِرِ الشُّكْرِ عَلَى حُبِّهِ مُوَاسَاةُ الْمُحْتَاجِينَ بِمَا يُخَفِّفُ ضَائِقَتِهِمْ وَصِلَةُ اْلأَرْحَامِ، وَاْلإِحْيَاءُ بِهَذِهِ الطَّرِيقَةِ وَإِن لَّم يَكُن مَأْثُورًا فِي عَهْدِهِ وَلاَ فِي عَهْدِ السَّلَفِ الصَّالِحِ إِلاَّ أَنَّهُ لاَ بَأْسَ بِهِ وَسُنَّةٌ حَسَنَةٌ.

“Sesungguhnya menghidupkan malam Maulid Nabi yang mulia, dan malam-malam pada bulan yang mulia yang telah terbit padanya cahaya Nabi Muhammad hanyalah dengan tujuan mengingati Allah dan bersyukur kepadaNya kerana Dia telah memberi nikmat ke atas umat ini dengan kelahiran sebaik-baik makhluk ke alam wujud ini. Tidaklah akan dapat kelebihan padanya melainkan menyambut dengan adab dan khusyu’ serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan dan bid’ah yang mungkar. Dan termasuk dalam tanda kesyukuran atas kecintaan padanya ialah membantu orang yang memerlukan dengan meringankan kesempitan mereka dan menyambung silaturrahim. Dan menghidupkannya dengan cara sebegini, walaupun tidak ada pada zaman Baginda , dan tidak pula pada masa Salafus Soleh, akan tetapi ia sesungguhnya tidak mengapa dan ia adalah sunah yang baik.”

وَإِكْرَامًا لِهَذَا الْمَوْلِدِ الْكَرِيم ِ ، فَإِنَّهُ يَحِقُّ لَنَا أَن نَظْهَرَ مَعَالِمَ الْفَرْحِ وَاْلإِبْتِهَاجِ بِهَذِهِ الذِّكْرَى الْحَبِيبَةِ لِقُلُوبِنَا كُلَّ عَامٍ، وَذَلِكَ بِاْلإِحْتِفَالِ بِهَا مِن وَقْتِهَا...

“Dan memuliakan kelahiran Nabi yang mulia ini, maka sesungguhnya menjadi hak (tanggungjawab) kepada kita untuk menzahirkan tanda-tanda kegembiraan dan kesukaan dengan ingatan yang disukai ini ke dalam hati-hati kita pada setiap tahun dengan cara menyambutnya ketika sampai waktunya.”

Fatawa Syar’iyyah, 1/131.
Ala Ma’idah al-Fikr al-Islami, ms. 295.


Di dalam kitab Ala Ma’idah al-Fikr al-Islami ditulis:

إِنَّ اْلإِحْتِفَالَ بِذِكْرَى الْمَوْلِدِ النَّبَوِيِّ الشَّرِيفِ أَصْبَحَ وَاجِبًا أَسَاسِيًّا لِمُوَاجِهَةِ مَا اسْتَجَدَّ مِنَ اْلإِحْتِفَالاَتِ الضَّارَّةِ فِي هَذِهِ اْلأَيَّامِ.

“Sesungguhnya menyambut peringatan Maulid Nabi yang mulia menjadi wajib yang asas sebagai menghadapi dengan apa yang dibuat-buat dari perayaan-perayaan yang memudaratkan pada hari ini.”

Imam Ibn Hajar al-Haitami berpendapat:

وَالْحَاصِلُ أَنَّ الْبِدْعَةَ الْحَسَنَةَ مُتَّفَقٌ عَلَى نَدْبِهَا، وَعَمَلُ الْمَوْلِدِ وَاجْتِمَاعُ النَّاسِ لَهُ كَذَلِكَ، أَيْ بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ.

“Dan kesimpulannya, sesungguhnya Bid’ah Hasanah (yang baik) diittifaqkan atas sunat melakukannya. Dan perbuatan Maulid dan berkumpulnya orang ramai untuk menyambutnya begitu juga, iaitu ia adalah Bid’ah Hasanah.”

Dalam Madarij ash-Shu’ud Syarh al-Barzanji disebutkan, Rasulullah bersabda:
"Siapa menghormati hari lahirku, tentu aku berikan syafaat kepadanya di Hari Kiamat."
Sayyiduna Umar Ibn Khattab secara bersemangat mengatakan: “Siapa yang menghormati hari lahir Rasulullah sama ertinya dengan menghidupkan Islam!”

Syaikh Mutawalli Sya’rawi berkata: “Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda , kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda ?.”

Ketika menjawab persoalan tentang sambutan Maulidur Rasul , Syaikh Ali Jum’ah, Mufti Besar Mesir menjawab:

"Kita merayakan kelahiran Nabi Muhammad kerana kita mencintai Baginda . Dan bagaimana kita tidak mencintai Baginda , sedangkan seluruh alam semesta mengenali dan mencintai Baginda . Ingatlah hadith tentang sebatang pohon kurma yang tak bernyawa, betapa ia menyayangi dan mencintai Nabi serta rindu untuk selalu dekat dengan Nabi yang mulia, malah menangis sebanyak-banyaknya kerana rindu kepada Nabi .”

Al-Mausu’ah al-Yusufiyyah fi Bayan Adillah ash-Shufiyyah, ms. 141.
ibid, 139.
Kitab Maulid al-Barzanji adalah antara kitab yang sangat masyhur nama dan keberkatannya. Di Malaysia dan alam Melayu khususnya, kitab ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama asal kitab ini ialah 'Iqd al-Jawahir (ertinya kalung permata). Nama Barzanji diambil dari nama pengarangnya iaitu Syaikh Jaafar al-Barzanji bin Husin bin Abd al-Karim, berasal dari sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Kitab ini disusun untuk menceritakan tentang kehidupan Nabi Mulia, Rasulullah , silsilah keturunannya, masa kehidupan dari kanak-kanak, remaja, pemuda, sehingga diangkat menjadi Rasul. Ia juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Baginda untuk dijadikan teladan umat manusia.
Lihat kitab beliau Maidah al-Fikr al-Islamiyyah, ms. 295.
Lihat Al-Bayan al-Qawim li Tashhih Ba'dh al-Mafahim, ms. 33. Hadith tentang diriwayatkan oleh ramai para ulama’ dan Huffaz umpama diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bukhari, At-Tirmizi, Ibn Majah, Ad-Darimi, Ibn Hibban, Ibn Abi Syaibah, Ath-Thobrani dan Abu Ya’la.


Beliau mengatakan lagi dalam kitabnya Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan:

“Dan mengadakan sambutan peringatan Maulid Nabi termasuk daripada amalan yang paling afdhal dan qurbah yang paling besar, kerana sesungguhnya sambutan itu adalah manifestasi atas kegembiraan dan kecintaan kepada Baginda . Dan mahabbah (cinta) kepada Nabi adalah satu dasar daripada dasar-dasar iman. Dan sesungguhnya telah shahih yang sesungguhnya Nabi telah bersabda: "Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, tidaklah (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah Aku lebih dicintainya dari ayah dan anaknya.” Dan sesungguhnya, Baginda bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah Aku lebih dicintainya dari anak, ayah dan manusia seluruhnya."
(Syaikh Ali Jum’ah juga menyebutkan:)

“Dan sejumlah para ulama’ dan fuqaha’ telah menulis tentang bolehnya menyambut Maulidur Rasul yang mulia dengan dalil-dalil yang shahih tentang sunatnya perkara ini. Oleh itu, orang yang berakal, mempunyai kefahaman dan pemikiran yang benar tidak akan mengingkari apa yang telah dibuat oleh para Salafus Soleh yang menyambut majlis peringatan kelahiran Nabi . Di dalam kitab Al-Madkhal, Ibn Hajj menjelaskan dengan panjang lebar tentang keutamaan-keutamaan Maulidur Rasul dan mengemukakan huraian yang penuh manfaat yang membuat hati orang-orang yang beriman menjadi lapang dan tenang. Perlulah diketahui bahawa beliau sendiri menulis kitab tersebut dengan tema mencela perkara-perkara bid’ah yang diada-adakan yang terkeluar dari dalil Syariat.”

Oleh kerana beliau memuji dan memuliakan Maulidur Rasul dalam buku yang sama, ia tidaklah termasuk dalam perkara bid’ah (Dhalalah) mengikut Ibn Hajj.

Syaikh Yusuf al-Qardhawi menyebutkan di dalam ceramahnya:

تُذَكُّرُ النَّاسِ لِلْمَعَانِي الطَّّّيِّبَةِ وَلِلسِّيَرِ الْفَاضِلَةِ هَذَا أَمْرٌ مَحْمُودٌ، وَلاَ يَنبَغِي أَن يُذَمَّ، وَلِذَلِكَ لاَ مَعْنىَ لأَن يَقُولَ بَعْضُ النَّاسِ: إِنَّكُمْ تَبْتَدِعُونَ حِينَمَا تُحْيُونَ ذِكْرَ مَوْلِدِ رَسُولِ اللهِ ، فَنَحْنُ نُذَكِّرُ النَّاسَ بِنِعْمَةِ رِسَالَةِ رَسُولِ اللهِ ، بِهَذِهِ الرِّسَالَةِ الَّتِي وَصَفَهَا اللهُ بِقَوْلِهِ: (( وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ))
“Mengingatkan manusia kepada makna-makna yang baik dan perjalanan sirah yang terpuji, ini adalah suatu perkara yang dipuji, dan tidak sepatutnya dicela. Oleh itu, tidak ada faedah sesetengah orang yang berkata: “Sesungguhnya kamu melakukan bid’ah ketika kamu menghidupkan (menyambut) majlis memperingati Maulidur Rasulullah .”

Al-Qahirah: Al-Maqthum li An-Nasyr wa at-Tauzi’, Cetakan Pertama, 1425H/ 2005M, ms. 164.
Rujuk Al-Bayan lima Yasyghalu al-Azhan, ms. 165.


Kita mengingatkan manusia dengan suatu nikmat risalah Rasulullah , yang dengan risalah inilah, yang disifatkan oleh Allah dalam firmanNya: (Mafhumnya): ““Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya’: 107).”

Syaikh Yusuf Khator menyebutkan:

اِعْلَمْ أَنَّ مِنَ الْبِدَعِ الْمَحْمُودَةِ عَمَلُ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ مِنَ الشَّهْرِ الَّذِي وُلِدَ فِيهِ.

“Ketahuilah bahawasanya di antara Bid’ah yang dipuji ialah amalan menyambut Maulid Nabi yang mulia dari bulan yang dilahirkan Baginda padanya.”
(Beliau menyebutkan lagi:)

فَاْلإِجْتِمَاعُ لِسِمَاعِ قِصَّةِ صَاحِبِ الْمُعْجِزَاتِ عَلَيْهِ أَفْضَلُ الصَّلَوَاتِ وَأَكْمَلُ التَّحِيَّاتِ مِنْ أَعْظَمِ الْقُرُبَاتِ لِمَا يَشْمَلُ عَلَيْهِ مِنَ الْمُعْجِزَاتِ وَكَثْرَةِ الصَّلَوَاتِ.

“Maka perkumpulan untuk mendengar kisah yang empunya mukjizat (Rasulullah ), ke atasnya seafdhal-afdhal selawat dan sesempurna tahiyyat adalah termasuk dalam perkara taqarrub (mendekat diri kepada Allah) yang terbesar kerana ia mencakupi mukjizat-mukjizat dan banyaknya selawat.”

Di dalam kitab I’anah ath-Tholibin disebutkan:

وَمِنْ أَحْسَنِ مَا ابْتَدَعَ فِي زَمَانِنَا مَا يَفْعَلُ كُلَّ عَامٍ فِي الْيَوْمِ الْمُوَافِقِ لِيَوْمِ مَوْلِدِهِ مِنَ الصَّدَقََاتِ وَالمَعْرُوفِ وَإِظْهَارِ الزِّينَةِ وَالسُّرُورِ.

“Dan termasuk yang terbaik dari apa yang dibuat pada zaman kita ialah apa yang disambut setiap tahun yang bertepatan dengan hari kelahiran Rasulullah dengan bersedekah dan berbuat kebaikan serta menzahirkan perhiasan dan kesukaan.”

Guru dan sahabat Al-Faqir, Al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad menulis:

“Maulid Barzanji telah masyhur di rantau sebelah kita. Amalan membacanya telah menjadi tradisi masyarakat kita di alam Melayu ini. Ketibaan bulan kelahiran Junjungan Nabi memeriahkan lagi majlis-majlis pembacaan kitab Maulid Barzanji dan alhamdulillah ianya masih berkekalan sehingga ke saat ini, walaupun dikecam dan disesatkan oleh puak kaum mudah. Sungguh menghairankan bila membaca kitab sirah yang sarat dengan mahabbatur Rasul (cinta kepada Rasulullah), tiba-tiba hendak diharamkan sebab kononnya bid’ah, kononnya ada unsur pengagungan yang berlebihan, kononnya ada syirik, sedangkan apa yang didakwa syirik dan berlebihan itu hanyalah kesalahan mereka dalam memahami kata-kata Imam Ja’far al-Barzanji akibat kail mereka yang hanya sejengkal untuk menduga lautan dalam …Allahu … Allah. Syukurlah, amalan bermaulid, bermarhaban dan membaca Barzanji telah mendapat sokongan dan dokongan para ulama’ kita antaranya seperti di Sarawak ini oleh almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Datuk Kadir Hassan dalam fatwanya menyatakan:-

Ucapan ini boleh dilihat dan didengar melalui Youtube.
Al-Mausu’ah al-Yusufiyyah fi Bayan Adillah ash-Shufiyyah, ms. 141.
ibid, ms. 141.
3/264.
Beliau adalah pemilik blog bahrusshofa.blogspot yang terkenal itu.



Soalan:-
Apa pandangan Islam terhadap zikir marhaban seperti diamalkan masyarakat Islam pada hari ini?

Jawapan:-
Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan mengucap salawat dan salam kepada Junjungan

Berdiri ketika sampai kepada bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa “Marhaban Jaddal Husaini”, “Ashraqal Badru ‘Alaina” dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati Nabi Muhammad adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali terlarang di dalam Syara’, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh merosak makna.

Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafi’e di Makkah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca kisah-kisah Baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi adalah suatu hal yang baik. Dan telah mengerja seperti itu banyak dari ulama’-ulama’ yang menjadi ikutan Ummah. (I`anatuth Tholibin, Juz III halaman 363).

Imam Taqiyuddin as-Subki, seorang ulama’ yang terbesar dalam Mazhab asy-Syafiee (wafat tahun 657H) juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi.

Pendeknya tiadalah diragu-ragukan bahawa mengadakan Zikir Marhaban seperti yang berlaku di dalam masyarakat kita tiadalah sekali-kali tertegah dalam Syara’ malah ianya adalah termasuk dalam pekerjaan yang baik.

Selain Al-Marhum Mufti Sarawak tersebut, Sohibus Samahah Datuk Haji Mohd. Yunus bin Mohd Yatim, Mufti ke-3 Negeri Melaka, turut mendokong amalan Barzanji. Beliau menyatakan:-

Soalan:
Apakah hukumnya membaca barzanji yang diamalkan di negeri ini? Ada yang mengatakan baik kerana mengingati sejarah Rasulullah, juga memuliakan Rasulullah.

Jawapan:
Adalah dimaklumkan bahawa bacaan barzanji telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam di sebelah sini dan ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab barzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (Sirah Nabawiyyah) selain daripada puji-pujian bagi Rasul junjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup Rasulullah yang mana percaya kepada Rasul salah satu Rukun Iman. Orang Islam hendaklah mengetahui Rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang membaca barzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan. Oleh itu, membaca barzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan memuliakan Rasul utusan Allah itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para mala’ikat-Nya mengucap salawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah salawat dan salam ke atasnya.”

Orang yang selalu mengharamkan Maulidur Rasul ini dalam banyak perkara merujuk kepada pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah, sedangkan beliau sendiri mengatakan di dalam kitabnya Al-Iqtida’ ash-Shirath al-Mustaqim:

فَتَعْظِيمُ الْمَوْلِدِ وَاِتِّخَاذُهُ مَوْسِمًا قَدْ يَفْعَلُهُ بَعْضُ النَّاسِ وَيَكُونُ لَهُمْ فِيهِ أَجْرٌ عَظِيمٌ لِحُسْنِ قَصْدِهِمْ وَتَعْظِيمِهِمْ لِرَسُولِ اللهِ

“Maka membesarkan Maulid Nabi dan menjadikannya sebagai waktu atau musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian manusia dan bagi mereka padanya (iaitu pada menyambut maulid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Nabi .”

Lihat tulisan Al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad di http://bahrusshofa.blogspot.com/
Lihat Iqtida’ ash-Shirath al-Mustaqim, Kairo: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1369, ms. 297 dan Fatawa, 23/134.


Di dalam kitab Manhaj as-Salaf disebutkan:

يَقُولُ ابْنُ تَيْمِيَّةَ: قَدْ يُثَابُ بَعْضُ النَّاسِ عَلَى فِعْلِ الْمَوْلِدِ وَكَذَلِكَ مَا يُحْدِثُهُ بَعْضُ النَّاسِ إِمَّا مُضَاهَاةً لِلنَّصَارَى فِي مِيلاَدِ عِيسَى عليه السلام. وَأَمَّا مَحَبَّةً لِلنَّبِي وَتَعْظِيمًا لَهُ، وَاللهُ قَدْ يُثِيبُهُمْ عَلَى هَذِهِ الْمَحَبَّةِ وَاْلإِجْتِهَادِ لاَ عَلَى الْبِدَعِ.

“Ibn Taimiyyah berkata: Boleh jadi diberi pahala sebahagian orang atas perbuatan mereka menyambut Maulid Nabi . Begitu juga sesuatu yang baru yang diusahakan sebahagian orang sama ada menyerupai Nashrani dalam menyambut kelahiran Nabi Isa. Dan adapun kecintaan terhadap Nabi dan membesarkan Baginda , semoga Allah menganjari mereka atas perasaan cinta dan ijtihad ini, bukan (didasarkan) di atas sesuatu yang bid’ah.”
Al-Muhaddith, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki di dalam kitabnya Mafahim menyebutkan:

وَالْحَاصلُ أَنَّ الإِجْتمَاعَ لأَجْلِ الْمَوْلِدِ النَّبَوِيِّ أَمْرٌ عَادِيٌّ وَلَكِنَّهُ مِنَ الْعَادَاتِ الْخَيْرَةِ الصَّالِحَاتِ الَّتِي تَشْمَلُ عَلَى مَنَافِعَ كَثِيرَةٍ وَفَوَائِدٍ تَعُودُ عَلَى النَّاسِ بِفَضْلٍ وَفِيرٍ لأَنَّهَا مَطْلُوبَةٌ شَرْعًا بِأَفْرَادِهَا.

“Dan kesimpulan yang boleh diambil, sesungguhnya berkumpul untuk menyambut Maulid Nabi adalah perkara biasa akan tetapi ia termasuk dalam adat yang baik dan bagus yang mencakupi (membawa) manfaat yang banyak dan faedah yang kembali kepada orang ramai dengan fadhilat yang banyak kerana ia dituntut secara Syara’ kepada penganutnya.”

Al-Fadhil Ustaz Ghouse Khan dalam tulisannya Sambutan Maulid Nabi & Ulama’ Kita menukilkan pendapat-pendapat ulama’ tentang hukum menyambut Maulidur Rasul antaranya:

a) Di dalam kitab I’anah ath-Tholibin karangan Syaikh Abu Bakar Syatha, beliau telah menukilkan pendapat-pendapat ulama’ tentang sambutan Maulidur Rasul antaranya:

i- Imam Abu Sa’id Al-Hasan Al-Basri (110H) berkata:

وَدِدْتُ لَوْ كَانَ لِي مِثْلُ جَبَلِ أُحُدٍ ذَهَبًا لأَنفَقَهُ عَلَى قِرَاءَةِ مَوْلِدِ الرَّسُولِ
“Aku bercita-cita jika aku mempunyai harta emas sebesar bukit Uhud akan aku nafkahkan untuk membaca Maulidur Rasul .”

Manhaj as-Salaf, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, ms. 399.
ms. 224-226. Lihat juga Fiqh ‘Adah, ms. 60.
Lihat tulisan beliau di www.ghousekhan.blogspot.com. Lihat juga pendapat-pendapat para ulama’ mu’tabar ini di dalam risalah Mustika Ajaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita karangan Syaikh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, Muar Johor, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyyah, 1425H/ 2004M. Di dalam risalah ini Syaikh Haji Abu Bakar menyebutkan 3 kisah tentang kelebihan menyambut Maulidur Rasul iaitu kisah seorang pemuda yang agak tidak terurus penampilannya pada zaman Khalifah Harun ar-Rasyid di Bashrah yang dihina orang tetapi apabila datang bulan Rabiul Awwal, dia akan membasuh bajunya, menggunakan haruman, mengemaskan diri, membuat jamuan dan membaca Maulid Nabi . Perbuatan ini dilakukannya sejak lama sehinggalah dia meninggal dunia. Ketika dia meninggal dunia, orang Bashrah mendengar suara seolah-olah berkata pemuda tadi adalah seorang pilihan Allah (wali). Ada sebahagian yang bermimpi melihat pemuda tadi memakai pakaian Sundus (sutera tebal) dan Istabraq (sutera nipis dan halus). Ketika ditanya, dia mengatakan kerana perbuatannya membesar dan menghormati hari kelahiran Nabi . Kisah kedua ialah tentang pemuda pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan di Syam, yang kacak dan suka menunggang kuda. Pernah terjadi kudanya tidak dapat dikawal sehinggalah melanggar seorang anak khalifah. Khalifah menjadi marah dan akan menghukumnya dengan qishash (hukum bunuh). Dia ketakutan dan berniat jika dia dilepaskan Allah dari hukuman khalifah, dia akan membuat satu jamuan yang besar dan membaca Maulid Nabi dalam jamuan tersebut. Apabila tiba di hadapan khalifah, khalifah tidak jadi menghukumnya dan memaafkannya. Khalifah bertanya apakah yang dilakukannya sebelum mengadap khalifah. Dia memberitahu apa yang diniatkannya. Khalifah memberikannya 1000 dirham untuk mengadakan majlis Maulid Nabi . Kisah yang terakhir tersebut di dalam Maulid Syarh al-Anam riwayat Abdul Wahid bin Ismail. Seorang lelaki di Mesir membuat majlis jamuan Maulid Nabi sepanjang tahun dan dia mempunyai jiran lelaki beragama Yahudi yang akhirnya masuk Islam. (Lihat kisah-kisah ini dalam risalah tersebut dari muka surat 9-13).


ii- Syaikh Abu Mahfuz Ma’ruf bin Fairuz al-Karkhi , seorang ulama’ Tasawwuf ( 200H) berkata:

مَنْ هَيَّأَ لأَجْلِ قِرَاءَةِ مَوْلِدِ الرَّسُولِ طَعَامًا وَجَمَّعَ إِخْوَانًا وَأَوْقَدَ سِرَاجًا وَلَبِسَ جَدِيدًا وَتَعَطَّرَ وَتَجَمَّلَ تَعْظِيمًا لِمَوْلِدِهِ ، حَشَّرَهُ اللهُ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الْفِرَقِ اْلأُولَى مِنَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ فِي أَعْلَى عِلِّيِّينَ . وَمَن قَرَأَ مَوْلِدَ الرَّسُولِ عَلَى دَرَاهِمَ مَسْكُوكَةِ فِضَّةٍ كَانَتْ أَوْ ذَهَبًا وَخَلَّطَ تِلْكَ الدَّرَاهِمَ مَعَ دَرَاهِمَ أَخَرَ وَقَعَتْ فِيهَا الْبَرَكَةُ وَلاَ يَفْتَقرُ صَاحِبُهَا وَلاَ تَفْرُغُ يَدُهُ بِبَرَكَةِ مَوْلِدِ الرَّسُولِ

“Sesiapa menyiapkan bagi majlis maulid Nabi jamuan, mengumpulkan saudara-saudaranya, memasang pelita, memakai pakaian baru ( kemas & bersih ), berwangian, bercantik-cantik kerana mengagungkan kelahirannya, Allah akan bangkitkannya pada hari qiyamat bersama-sama barisan pertama dari golongan para nabi dan dia akan berada di puncak syurga Illiyiin. Dan sesiapa membaca maulid Nabi ke atas dirham ( siling ) emas atau perak dan dicampurkan dirham tersebut dengan dirham yang lain, tercipta satu keberkahan dari dirham tersebut sehingga pemilik wang tersebut tidak akan sekali-kali papa dan tidak akan kosong simpanannya oleh kerana berkah maulid Nabi .”

iii- Syaikh Abu Hasan Sirri bin Mughallis as-Saqhoti , seorang ulama’ Tasawwuf yang masyhur (253H) berkata:

مَن قَصَدَ مَوْضِعًا يُقْرَأُ فِيهِ مَوْلِدُ النَّبِي فَقَدْ قَصَدَ رَوْضَةً مِن رِيَاضِ الْجَنَّةِ لأَنَّهُ مَا قَصَدَ ذَلِكَ الْمَوْضِعَ إلاَّ لِمَحَبَّةِ الرَّسُولِ وَقَدْ قَالَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ : مَنْ أَحَبَّنِي كَانَ مَعِي فِي الْجَنَّةِ

“Sesiapa menuju ke suatu tempat yang ada disana bacaan maulid Nabi . Maka sesungguhnya dia menuju sebuah taman dari taman-taman syurga kerana dia tidak menuju ke tempat demikian melainkan kerana cinta kepada Rasullulah . Dan telah bersabda: Sesiapa mencintaiku dia akan bersamaku disyurga.”

iv- Sa’idut Taifah, Syaikh Abu Al-Qasim Aljunaid bin Muhamad Az-Zujaaji Al-Baghdadi (297H) berkata:

مَنْ حَضَرَ مَوْلِدَ الرَّسُولِ وَعَظَّمَ قَدْرَهُ فَقَدْ فَازَ بِاْلإِيمَانِ.

“Sesiapa menghadiri majlis maulid Rasul dan mengagungkan martabatnya (disisi Allah), maka sebenarnya dia telah berjaya (sempurna) dengan imannya.”

Beliau ialah Abu Mahfuzh Ma’ruf bin Fairuz al-Kurkhi (al-Karkhi). Al-Kurkhi (atau Al-Karkhi) adalah: (1) nama sebuah kawasan di timur Iraq, (2) nama sebuah tempat di Kota Baghdad. Beliau menetap di sini sehingga meninggal. Seorang tokoh sufi yang selalu menekankan tentang cinta kepada Allah dan menjadikanNya sebagai teman, sahabat dan guru di dalam mencari ilmu. Kecintaan dan kedekatannya itu menyebabkan kerinduan yang sangat kepada kekasih, dan menjadikan kematian sebagai teman duduk kerana dengan kematianlah dia boleh bertemu dengan kekasih. Beliau juga mengajarkan supaya menyerahkan segala urusan dan perbuatan kepada Allah swt. Beliau meninggal pada tahun 200H (815M). Abu Bakar aj-Juzzaz berkata: Dikatakan kepada Ma’ruf al-Kurkhi: Apakah wasiatmu ketika datang ajalmu? Ma’ruf al-Kurkhi berkata :

إِذَا مِتُّ فَتَصَدَّقُوا بِقَمِيصِي هَذَا، فَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ أَخْرُجَ مِنَ الدُّنْيَا عِرْيَانًا كَمَا دَخَلْتُ إِلَيْهَا عِرْيَانًا

“Apabila aku meninggal dunia, maka sedekahkanlah pakaianku ini. Maka sesungguhnya aku lebih menyukai keluar dari dunia (meninggal dunia ) dalam keadaan tidak berpakaian seperti mana dulu aku masuk ke dunia ini dalam keadaan tidak berpakaian.”


v- Imam Abu Muhamad Abdullah bin As’ad al-Yafie al-Yamani (768H) berkata:

مَن جَمَعَ لِمَوْلِدِ النَّبِي إِخْوَانًا وَهَيَّأَ طَعَامًا وَأَخْلَى مَكَانًا وَعَمَلَ إِحْسَانًا وَصَارَ سَبَبًا لِقِرَاءَةِ مَوْلِدِ الرَّسُولِ ، بَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَيَكُونُ فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ .

“Sesiapa mengumpulkan saudara-saudaranya bagi menghadiri majlis maulid Nabi , menyiapkan makanan, memenuhkan ruang-ruang kosong, berbuat baik dan menjadi sebab bagi bacaan Maulid Rasul , akan Allah bangkitkannya pada hari qiyamat bersama-sama para shiddiqin , syuhada’ dan para solihin dan ia akan berada di dalam Syurga An-Naim.”

vi- Imam Sayuthi berkata:

مَا مِن مُسْلِمٍ قَرَأَ فِي بَيْتِهِ مَوْلِدَ النَّبِي إِلاَّ رَفَعَ اللهُ تَعَالَى اَلْقَحْطَ وَالْوَبَاءَ وَالْحَرَقَ وَاْلآفَاتِ وَالْبَلِيَّاتِ وَالنَّكَبَاتِ وَالْبُغْضَ وَالْحَسَدَ وَعَيْنَ السُّوءِ وَاللُّصُوصَ عَنْ أَهْلِ ذَلِكَ الْبَيْتِ فَإِذَا مَاتَ هَوَّنَ اللهُ تَعَالَى عَلَيْهِ جَوَابَ مُنكَرٍ وَنَكِيرٍ وَكَانَ فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ .

“Tidak ada seorang Muslim yang membaca Maulid Nabi melainkan diangkat Allah SWT dari penghuni rumah tersebut kemarau, waba’, kebakaran, kemalangan, bencana, kesusahan, kebencian, hasad, sihir dan kecurian. Dan apabila beliau meninggal dunia, Allah akan mudahkan baginya jawab Munkar dan Nakir dan beliau akan ditempatkan di suatu tempat yang baik di samping Raja yang Maha Berkuasa (Allah SWT ).”

b) Di dalam kitab Iqtida’ as-Shirath al-Mustaqim karangan Syaikh Taqiyuddin Ahmad Ibn Taimiyyah (728H) berkata:

قَدْ يُثَابُ بَعْضُ النَّاسِ عَلَى فِعْلِ الْمَوْلِدِ ، وَكَذَلِكَ مَا يَحْدِثُهُ بَعْضُ النَّاسِ إِمَّا مُضَاهَاةً لِلنَّصَارَى فِي مِيلاَدِ عِيسَى عليه السلام ، وَإِمَّا مَحَبَّةً لِلنَّبِي وَتَعْظِيمًا لَهُ ، وَاللهُ قَدْ يُثِيبُهُمْ عَلَى هَذِهِ الْمَحَبَّةِ وَاْلاِجْتِهَادِ لاَ عَلَى الْبِدَعِ .

“Adakalanya sebahagian dari mereka mendapat pahala atas perbuatan menyambut maulid, begitu juga ada sebahagian yang lain yang menyambut seperti : pendewaan orang-orang Nashrani pada hari lahir Nabi Isa A.S ATAU kecintaan terhadap Nabi dan mengagungkannya. Dan Allah SWT ( jika dikehendaki )memberi pahala ke atas kecintaan ini dan inisiatifnya dan bukan diberi pahala atas corak amalannya yang baru ( bid’ah ).”

c) Di dalam kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah, 13/136, karangan Syaikh Imadudin Ismail bin Umar Bin Kathir, beliau telah memuji Raja Muzafar yang telah membuat majlis maulid besar-besaran sambil berkata:

وَكَانَ يَعْمَلُ الْمَوْلِدَ الشَّرِيفَ فِي رَبيِعِ اْلأَوَّلِ وَيَحْتَفِلُ بِهِ اِحْتِفَالاً هَائِلاً وَكَانَ مَعَ ذَلِكَ شَهْمًا شَجَاعًا فَاتِكًا بَطْلاً عَاقِلاً عَالِمًا عَادلاً رَحِمَهُ اللهُ وَأَكْرَمَ مَثْوَاهُ

“ Adalah beliau ( Raja Muzafar) menganjurkan maulid syarif pada Rabiul Awal dan membuat himpunan ( dalam majlis maulid ) dengan himpunan secara besar-besaran. Di samping itu beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, wira, bijak, alim, adil, semoga Allah merahmatinya dan memuliakan tempat rihatnya (kuburnya ).”

d) Di dalam kitab Maulid Nabi karangan Al-Hafiz Syaikh Wajihuddin Abd ar-Rahman Bin Ali Asy-Syaibani Ad-Diba’e (944H) yang terkenal dengan jolokan ‘Musnad Dunya fi Ilm al-Hadith’ , kitabnya lebih terkenal dengan gelaran kitab Maulid Diba’e, ada tersebut dalam bentuk qasidah :

" وَلَوْ أَنَّا عَمِلْنَا كُلَّ يَوْمٍ لأَحْمَدَ مَوْلِدًا قَدْ كَانَ وَاجِبَ "

“ Jika kita amalkan setiap hari membaca Maulid,
Sudah tentu perkara ini hampir hampir menjadi wajib.”

e) Al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haithami dalam kitabnya Fatawa dalam bab Perhimpunan dengan bacaan Maulid atau zikir-zikir, muka surat 150, cetakan Maktabah Musthofa berbunyi: “Telah ditanyakan mengenai hukum majlis-majlis maulid dan majlis-majlis zikir yang telah dilakukan oleh orang ramai pada zaman itu samada ianya adalah sunnah atau satu kelebihan atau bid’ah yang keji ? Lalu Ibn Hajar menjawab :

اَلْمَوَالِدُ وَاْلأَذْكَارُ الَّتِي تُفْعَلُ عِندَنَا أَكْثَرُهَا مُشْتَمِلٌ عَلَى خَيْرٍ كَصَدَقَةٍ وَذِكْرٍ وَصَلاَةٍ وَسَلاَمٍ عَلَى رَسُولِ اللهِ وَمَدْحِهِ (الفتاوي الحديثية )

“Majlis-majlis maulid dan zikir-zikir yang sedang dilakukan sepertimana di tempat kami kebanyakannya mengandungi kebaikan seperti sedeqah, zikir , doa dan selawat ke atas Nabi dan memujinya ( sila lihat Fatawa Hadithiyyah ).”

Dato’ Syaikh Sayyid Alwi Tahir Al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor, tahun 1936-1961 dalam fatwanya, pernah ditanya tentang hukum menyambut Maulidur Rasul ini:
Soalan 1: Di kampung saya ada orang mengatakan menyambut hari keputeraan Nabi kita sebagaimana yang telah diperbuat dalam negeri Johor dan daerahnya itu semata-mata bid’ah kerana tiada hadith dan ayat Qur’an menyuruhnya.
Soalan 2:

(a) Penduduk Islam Tanah Melayu sekarang mengadakan perayaan Maulud Nabi secara besar-besaran adakah termasuk dari suruhan agama?

(b) Jika termasuk suruhan agama dari bila?

(c) Mengapakah hari Maulud kita peringati?

(d) Adakah mendapat pahala jika kita beramai-ramai mengadakan majlis Maulud Nabi dengan membaca berzanji serta melagukan suaranya walhal tidak mengerti suatu pun yang dibacanya?

(e) Bagaimanakah kaifiat yang sebenarnya di sisi agama bagi menyambut Maulud Nabi ?

Jawapan 1:
Orang yang mengatakan begitu, jika adalah mereka itu berilmu pengetahuan tetapi tidak ada di sisi mereka siasah ilmu dan tidak tahu kaedah-kaedah agama, setengahnya mendahulukan yang lebih baik daripada yang baik apakala (ketika) kedua-duanya bertentang (تَعَارُضٌ) dan mendahulukan kejahatan yang lebih ringan daripada kejahatan yang berat jika kedua-dua berhimpun, dan menyeru manusia kepada agama Allah dengan jalan yang lebih baik, memandu orang-orang awam daripada meninggalkan dosa-dosa besar kepada yang kecil kemudian meninggalkan yang kecil kepada yang diharuskan maka mereka menyeru lebih dahului supaya orang-orang keramaian menonton wayang gambar, keramaian tari menari, dan beradu kecantikan dan meninggalkan mereka bersuka ria dengan keramaian yang lebih ringan mudaratnya begitulah yang hampirkan mereka itu kepada agama dari satu tingkat ke satu tingkat.

Adapun jika mereka berseru dan menyeru orang-orang meninggalkan keramaian sambutan Maulud Nabi padahal mereka jahil agama tenggelam dalam amal maksiat mereka semua pergi ke tempat-tempat hiburan dan permainan yang diharamkan yang ada di dalamnya arak judi zina maka akan lenyap dalam negeri ini ingatan manusia kepada agama dan kepada Rasulullah .

Jawapan 2:

(a) Berkenaan mengadakan sambutan Maulud Nabi itu mula timbulnya iaitu dalam abad yang ke 7 atau ke 8 tahun hijrah.Bersyukur kepada Allah kerana Maulud Nabi serta menzahirkan kesukaan adalah sunat.
Orang yang tidak faham membaca Maulud agaknya ia tentu tidak faham membaca Qur’an dan tidak faham Fatihah lebih lagi. Ini adalah sebab mereka tafsir , tuan boleh belajar Bahasa Arab ( bahasa Al-Qur’an) kerana Al-Qur’an itu daripada Allah untuk manusia di dalamnya ada hukum-hukum perintah dan tegah kenapa orang-orang Islam yang menerima surat daripada kerajaan yang mereka tidak tahu bahasanya tidak duduk diam.
Malah mereka bergopoh gapah membawa kepada orang yang tahu bahasanya membacakan dan mendengarkan maknanya kepada sehingga faham kandungannya, tetapi Al-Qur’an kitab Allah yang diturunkan kerana manusia semuanya kebanyakan orang-orang Islam tidak mengambil berat mengetahui isinya.

(b) Perintah-perintah agama termasuk di dalamnya beriman kepada Rasulullah , kasih dan taat kepadanya mengetahui sebab-sebabnya dan pengikut-pengikutnya.

(c) Pada lazimnya kita tidak memberi fatwa sambutan bagi Maulud manusia, tetapi kita dapati ada orang menyambut hari raya yang dinamakan Krismas dan saya tidak jumpa orang-orang yang membangkangnya @ bertanya hukumnya kepada saya seperti orang-orang bertanya kepada saya hukum-hukum sambutan Maulud Nabi itu ibadat dan syukur kepada Allah.

(d) Jika Maulud Nabi itu ada mengandungi sambutan Sirah dan selawat atas Baginda dan tunduk menang kepada hari kehidupan Baginda , membesarkan makam martabat Baginda nescaya dapat pahala. Adapun tentang orang-orang membaca Al-Qur’an dengan berlagu dan tidak faham maknanya, adakah tidak payah difaham maknanya ialah menurut hukum Islam yang diamalkan oleh Rasulullah bagi umatnya maka i’tiqad itu fasid, ataupun jika ia beri’tiqad mengadakan sambutan Maulud Nabi itu ialah suruhan menurut hukum Islam adalah tersalah i’tiqadnya.

(e) Tiada diturunkan pada Al-Qur’an dan tidak juga pada hadith cara mengingati Maulud Nabi tetapi telah maklum bahawa wajib atas tiap-tiap muslim beriman dengannya dan mengetahui namanya dan nama ibu bapanya dan bahawa Baginda diperanakkan di Mekah kemudian berhijrah ke Madinah dan wafat di sana dan Allah menjadikan Baginda Khatam an-Nabiyyin demi sesiapa yang taat kepada Allah dan sesiapa maksiat kepadanya bererti maksiat kepada Allah, dan digalakkan kita mengetahui akan sirahnya (perjalanannya) semasa hidupnya sebagaimana yang diterima daripada hadith-hadith Nabi Muhammad dan janganlah kita menjadi seumpama orang yang mengetahui akan tarikh umat-umat yang bukan Islam tetapi tidak mengetahui akan tarikh NabiNya sendiri maka ini adalah sesat dan palsu.
Berkenaan dengan Maulidur Rasul dan Isra’ Mi’raj, Mufti Kerajaan Negeri Kedah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah memberi fatwa:

Soalan: Apakah hukum mengadakan majlis perayaan Maulidur Rasul dan Isra’ Mi’raj seperti mana yang lazim dibuat oleh orang-orang Islam di negeri ini?

Jawapan: Hukum mengadakan perayaan Maulidur Rasul dan Isra’ Mi’raj adalah bid’ah kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabatnya di dalam tiga kurun yang pertama, tetapi bid’ah itu adalah hasanah (ertinya diberi pahala kepada tiap-tiap yang mengerjakan) sebab perbuatan itu mengandungi berbagai-bagai kebaikan yang kembali faedahnya kepada masyarakat umum seperti melahirkan kesukaan di atas kelahiran Nabi kita Muhammad dan melahirkan ketinggian makamnya dan syiar Islam di samping dapat beberapa pengajaran, teladan dan iktibar dari mendengar dan mengulangkaji kisah-kisahnya yang mana kesemua itu termasuk di dalam maksud sabdanya:

مَنْ أَحَبَّنِي كَانَ مَعِى فِي الْجَنَّةِ

“Sesiapa yang sayang kepadaku, adalah dia akan bersamaku di dalam syurga.”

Mungkin boleh juga ditanya kepada orang yang mengatakan Bid’ah Dhalalah menyambut Maulidur Rasul , perkara berikut: Apakah hukumnya membaca selawat kepada Rasulullah , bertasbih, bertahmid, bertakbir dan berzikir, membaca sejarah Rasulullah dan menceritakan kebaikan-kebaikan dan keutamaan-keutamaan Baginda , memberi sedekah kepada yang memerlukan termasuk fakir miskin, menghubungkan silatur rahim, menzahirkan rasa gembira dan bahagia dengan merasakan kehadiran Rasulullah dan mendengar ceramah dan mengadakan pengajian atau majlis ta’lim yang berisi anjuran untuk kebaikan untuk mengikuti akhlak dan peribadi Rasulullah ? Jika semua ini tidak haram, maka perkara inilah yang sebenarnya ada semasa majlis Maulidur Rasul diadakan di seluruh dunia…

Antara kitab khusus tentang Maulidur Rasul dan membolehkannya ialah kitab Haula al-Ihtifal bi Zikra al-Maulid an-Nabawi asy-Syarif karangan Al-Allamah al-Muhaddith, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki dan kitab Ar-Rawa’ih az-Zakiyyah fi Maulid Khair al-Bariyyah , karangan Al-Allamah al-Muhaddith, Syaikh Abdullah al-Harari .

[Berdiri ketika sambutan Maulidur Rasul ]

Soalan: Apakah pandangan hukum berdiri ketika majlis sambutan Maulidur Rasul pada waktu dibacakan riwayat tentang kelahiran Rasulullah ?
Jawapan: Syaikh Jaafar al-Barzanji rahimahullahu Ta'ala, yang merupakan salah seorang penyusun kitab maulid, ada mengatakan:

وَقَدِ اسْتَحْسَنَ الْقِيَامُ عِندَ ذِكْرِ مَوْلِدِهِ الشَّرِيفِ أَئِمَّةٌ ذُو غَايَةِ مَرَامِهِ وَمَرْمَاهِ رِوَايَةً وَرَوِيهِ، فَطُوبَى لِمَن كَانَ تَعْظِيمُهُ

“Adalah dipandang baik di kalangan ulama’ yang mempunyai riwayat dan penelitian, perbuatan berdiri ketika kisah keputeraan Baginda disebutkan. Maka beruntunglah sesiapa yang melakukannya dengan tujuan untuk membesarkan Nabi .”

Lihat juga kupasan tentang Maulidur Rasul di dalam Risalah Tentang Beberapa Soal Khilafiyah, ms. 251-261.
Al-Qahirah: Mathba’ah Dar Jawami’ al-Kalim, Cetakan Kesepuluh, 1418H.
Dar al-Masyari’, Cetakan Ketiga, 1425H/ 2004M.
Beliau ialah Al-Allamah al-Muhaddith al-Faqih, Syaikh Abdullah al-Harari dikenali dengan Al-Habasyi. Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1328H/ 1910M. Telah menghafaz Al-Qur’an ketika berumur 7 tahun. Belajar ilmu-ilmu Islam dari ramai para masyaikh di Harar dan pelbagai tempat sehingga ke Makkah dan Madinah. Beliau terkenal dengan ketegasannya dalam mempertahankan kesucian aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan masyhur dengan penulisan yang mendalam (daqiq) dan ilmiah. Beliau juga seorang sufi yang kuat beribadah. Keilmuan dan ketokohan beliau diakui oleh ramai ulama’ dan fuqaha serta masyaikh Syam dan lain-lain. Beliau menulis banyak kitab yang menjadi rujukan terutama sekali dalam perkara aqidah. Karangan beliau mencapai 40 buah mencakupi bidang aqidah, feqah, Ushul al-Fiqh, hadith dan tasawwuf. Meninggal pada tahun 1429H bersamaan 2 September 2008M. Tokoh ini sering menjadi tokoh kontroversi oleh sesetengah pihak, mungkin kerana kurang mengenali beliau atau kerana ‘kurang menyenangi’ sikap tegas beliau dalam perkara aqidah tanzih (menyucikan Allah dari bertempat) dan aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah secara umum. Beliau adalah antara ulama’ umat yang paling menonjol pada zaman moden ini dalam mempertahankan kesuciaan aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah dari ancaman golongan Wahabi. Antara kitab terbaik yang menjelaskan siapakah beliau, pegangan dan pendapatnya ialah kitab yang ditulis oleh anak murid beliau berjudul Ar-Rad ‘al Al-Mad’u Abd ar-Rahman Dimasyqiyyah, ‘alaihi minAllah ma yastahiqq. Kitab ini boleh didapati di www.safeena.org. Biografi beliau boleh juga dibaca di awal kitab Sharih al-Bayan fi Ar-Radd ala Man Khalafa Al-Qur’an, 1/5-12.


Syaikh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan di dalam risalahnya Mustika Ajaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita menyebutkan:

“Dan telah berkata Syaikh al-Islam bagi kerajaan Biladullah al-Haram Makkah al-Musyarrafah, Al-Arif biRabbihi al-Mannan, As-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya yang bernama As-Sirah an-Nabawiyyah: Bahawa(nya) telah berlaku oleh adat manusia apabila mendengar mereka itu pada menyebut diperanak akan Nabi kita Muhammad , berdiri mereka itu kerana membesar dan me(ng)hormat akan dia. Dan ini berdiri mustahsan (dituntut baik) kerana barang yang ada padanya daripada membesar dan me(ng)hormatkan Nabi dan telah memperbuat akan yang demikian itu oleh beberapa banyak ulama’-ulama’ yang diikut akan dia.”

Dan telah berkata Al-Halabi dalam As-Sirah: Maka telah me(ng)hikayat oleh setengah mereka itu bahawasa(nya) Al-Imam As-Subki telah berkumpul di sisinya beberapa banyak daripada ulama’-ulama’ yang ada pada masanya kerana khatam membaca kitab, maka berqasidahlah oleh Abu Zakariya Yahya ash-Sharshari al-Hanbali rahimahullah Taala pada setengah qasidahnya dalam perkara memuji akan Nabi , demikian bunyinya:

قَليلٌ لِمَدْحِ الْمُصْطَفَى الْخَطُّ بِالذَّهَبِ عَلَى وَرَقٍ مِنْ خَطِّ أَحْسَنِ مَن كَتَبْ
وَأَن تَنهَضَ اْلأَشْرَافُ عِندَ سِمَاعِهِ قِيَامًا صُفُوفًا أَوْ جُثِيًّا عَلَى الرُّكَبْ
أَمَّا اللهُ تَعْظِيمًا لَهُ كَتَبَ اِسْمَهُ عَلَى عَرْشِهِ يَا رُتْبَةً سَمَتَ الرُّتَبْ

Ertinya:
Semolek-molek tulisan orang yang menulisnya dengan dakwat emas
di atas kertas perak kerana memuji akan Nabi , itupun sedikit benar pujiannya,
Dan bangun orang-orang yang mulia hal keadaannya berdiri berbaris atau berteleku di atas lutut-lututnya pada ketika mendengar
akan kisah diperanakkan Nabi , itupun sedikit juga kehormatannya,
Apa tidakkah Allah Taala telah menulis akan namanya
atas ArasyNya kerana membesarkan bagi Nabi , Ya martabat setinggi-tinggi martabat.
Dan apakala sampai pada perkataan Ash-Sharshari itu:

وَأَن تَنهَضَ اْلأَشْرَافُ عِندَ سِمَاعِهِ

Imam As-Subki pun bangun berdiri dan sekalian orang-orang yang hadir dalam majlis itupun bangun berdiri berbaris kerana bersetuju dan mengesahkan barang yang disebut akan dia oleh Ash-Sharshari itu. Maka dengan sebab itu jadilah kesukaan dan kegembiraan yang besar dalam majlis itu.”

Amalan berdiri ketika kisah keputeraan Rasulullah dibacakan, telah lama dilakukan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia, dari dahulu hingga sekarang dan para ulama’ melihatnya sebagai kebiasaan yang baik . Tujuannya tidak lain, hanyalah untuk memuliakan dan membesarkan Rasulullah . Ia juga adalah untuk menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran dengan nikmat kelahiran Rasulullah yang membawa rahmat ke seluruh alam. Perasaan sangat gembira dan kesyukuran yang tidak terhingga ini dizahirkan dengan cara berdiri sebagai tanda penuh penghormatan dan kesyukuran.

Terdapat beberapa hadith yang menunjukkan para sahabat berdiri kerana memuliakan Rasulullah , antaranya:

قَالَتْ أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ عَائِشَةَ رضي الله عنها: قَدِمَ زَيْدُ بْنِ حاَرِثَةَ الْمَدِينَةَ وَالنَّبِيُّ فِي بَيتِي، فَقَرَعَ الْبَابَ فَقَامَ إِلَيْهِ فَاعْتَنَقَهُ وَقَبَّلَهُ

“Ummul Mukminin ‘‘Aisyah berkata: Ketika Zaid bin Harithah tiba ke Madinah, dan ketika itu Nabi berada di rumahku. Maka Zaid mengetuk pintu, lalu Nabi berdiri menyambutnya, lalu memeluk dan menciumnya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: كَانَ وَالنَّبِيُّ يُحَدِّثُنَا فَإِذَا قَامَ قُمْنَا إِلَيْهِ حَتىَّ نَرَاهُ قَدْ دَخَلَ

“Dari Abu Hurairah katanya: Pernah Rasulullah berbicara dengan kami. Apabila Baginda berdiri, kami pun berdiri menyambut kedatangan Baginda sehingga kami melihat Baginda masuk (ke dalam rumahnya).”

Rasulullah menyuruh kaum Anshar berdiri untuk memuliakan ketua mereka iaitu Sayyiduna Sa’ad dengan sabda Baginda :

قُومُوا إِلَى سَيِّدِكُمْ

"Berdirilah bagi penghulu kamu."

ms. 2.

Mustika Ajaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita, ms. 3-4.
“Apa yang dipandang baik oleh muslimin, maka ia adalah baik di sisi Allah dan apa yang dipandang keji maka ia adalah keji di sisi Allah”, seperti mana yang kita telah sebutkan di dalam Hadith Mauquf daripada Ibn Mas’ud radhiyAllahu 'anhu.
Pengarang kitab Senjata Syari’at: Pakaian Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah mengatakan mendapat pahala jika berdiri ketika membaca maulid. Imam Ad-Darquthni meriwayatkan hadith mafhumnya: (Sesungguhnya rohku hadir ketika disebut tentang keputeraanku). Imam Al-Baihaqi menyebutkan di dalam Syu’b al-Iman dari Sayyidatuna Fatimah bahawasanya Fatimah berdiri ketika ayahandanya (Rasulullah ) datang. Begitu juga Rasulullah berdiri ketika Fatimah datang. Maka berdiri bagi jasad dan roh, sama sahaja. (Lihat Senjata Syari’at: Pakaian Ahl as-Sunnah wa al-Jama’ah, ms. 39).
Riwayat Abu Daud.
Muttafaq alaih.


Baginda sendiri berdiri ketika menyambut puteri Baginda Sayyidatuna Fathimah dan menyatakan penghormatan Baginda untuk beliau.

Berdiri hormat bagi menghormati Ahl al-Fadhl (orang yang mempunyai kelebihan) adalah disyariatkan dan dalil-dalil yang menthabitkannya banyak terdapat di dalam sunnah. Imam Ibn Hajar telah menulis kitab Raf’ al-Malam ‘an al-Qail bi Istihsan al-Qiyam . Sayyidi Syaikh Abd al-Qadir ‘Isa al-Halabi menjelaskan perkara ini dengan baik sekali di dalam nota kaki dalam kitab Haqa’iq ‘an at-Tashawwuf dengan tajuk “Hukm al-Qiyam li al-Ulama’ wa ash-Shalihin wa al-Walidain” (Hukum berdiri menyambut para ulama’, orang-orang soleh dan kedua ibu bapa ). Perkara yang sama dijelaskan oleh Syaikh Muhammad Ali ash-Shabuni di dalam kitabnya Rawa’i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam .

Jika disuruh berdiri kerana menghormati orang lain yang mempunyai kelebihan, maka, lebih-lebih lagi kita menghormati dan memuliakan Rasulullah .

Berdiri ketika membaca Maulid ialah kerana rasa penuh kegembiraan dengan nikmat Allah yang sangat besar melalui perutusan Rasulullah . Orang yang membacanya berdiri dengan rasa penuh kegembiraan seolah-olah Rasulullah hadir bersama di dalam majlis yang penuh dengan keberkatan itu sambil merasakan kemuliaan dan keagungan kedudukan Baginda , walaupun selepas kewafatan Baginda . Perkara ini tidak mustahil.

Haruslah diyakini bahawa Baginda hidup dalam kehidupan barzakh yang sempurna yang sesuai dengan kedudukan Baginda . Sesuai dengan hidup yang sempurna tersebut roh Baginda boleh pergi ke merata tempat di Alam Malakut Allah, dan boleh menghadiri majlis-majlis kebajikan dan acara-acara yang dipenuhi cahaya Allah dan ilmu pengetahuan. Begitu jugalah arwah para mukminin yang hakiki.

Salman al-Farisi  pula berkata:

أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ فِيْ بَرْزَخٍ مِنَ اْلأَرْضِ تَذْهَبُ حَيْثُ شَاءَتْ

“Roh-roh orang mukmin di alam barzakh, pergi ke mana dikehendaki.”

Ia adalah sebagai menjawab pendapat (iaitu Ibn al-Hajj) yang menolak pendapat Imam Nawawi dalam perkara ini.
Beliau ialah salah seorang khalifah dalam Thoriqat Syaziliyyah yang telah membai’ah dan menerima amanah kekhalifahan ini daripada guru beliau Sayyidi Al-Muhaddith al-Faqih, Syaikh Muhammad al-Hasyimi, qaddasallahu sirrahu. Lihat juga kitab Awarif al-Ma’arif karangan Syaikh Syihab ad-Din Umar Suhrawardi, Bandung: Pustaka Hidayah, Cetakan Pertama, 1428H/ 2007M (buku Tasawwuf klasik ini telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh H. Wilberforce Clark dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu Indonesia oleh Ilma Nugrahani Ismail) dan Kasyf al-Mahjub karangan Ali bin Uthman al-Jullabi al-Hujwiri, Jakarta: Diadit Media, Cetakan Pertama, 2008M (buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul The Kashf al-Mahjub; The Oldest Persian Treaties on Sufism dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Indonesia oleh Ahmad Afandi dengan judul Keajaiban Sufi). Juga buku Memahami Tasawwuf Yang Shahih, Abu Muhammad Rohimuddin Nawawi, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, Cetakan Pertama, 2009, Pengenalan Tasawwuf dalam kitab Al-Latho’if al-Ilahiyyah fi Syarh al-Hikam al-Atho’iyyah (Rahsia Ketuhanan Dalam Syarah Hikam Syaikh Ibn ‘Atoillah al Sakandari), Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Selangor: Sofa Production, Cetakan Pertama, 1429H/ 2008M, ms. 1-42.
Lihat ms. 143-145.
1/545.
Alam Ghaib ataupun alam akhirat yang dikhususkan bagi roh. (Lihat Latho’if al-Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan (Kehalusan Anugerah Syarah Hikam Abi Madyan), ms. 576).


Imam Malik rahimahullah pernah berkata:

بَلَغَنِيْ أَنَّ الرُّوْحَ مُرْسَلَةٌ تَذْهَبُ حَيْثُ شَاءَتْ

“Telah sampai kepadaku khabar bahawa roh dapat pergi ke mana-mana ia kehendaki.”

seperti yang tersebut di dalam kitab Ar-Ruh oleh Ibn Qayyim, ms. 144.
Adalah terlalu ramai di kalangan pada Huffaz (penghafaz hadith), para A’immah (Imam-imam terkemuka) dan para ahlil Ilmu (orang yang mendalam lmu agama), mengarang kitab-kitab Maulid. Ini sudah cukup membuktikan keutamaan, kemuliaan dan kebesaran Maulid Nabi ini dan hukum menyambutnya adalah sangat baik sekali. Sebahagian daripada mereka termasuklah:
1- Al-Imam al-Muhaddith al-Hafiz Abdul Rahman bin Ali yang terkenal dengan Abu al-Farj Ibn al-Jauzi (meninggal tahun 597H) mengarang kitab maulid yang masyhur dinamakan “Al-Arus”. Telah dicetak di Mesir berulang kali.
2- Al-Imam al-Muhaddith al-Musnid al-Hafiz Abu al-Khattab Umar bin Ali bin Muhammad yang terkenal dengan Ibn Dahyatilkalbi (meninggal tahun 633H). Beliau mengarang maulid yang hebat yang mempunyai tahqiq yang begitu berfaedah yang dinamakan “At-Tanwir fi Maulid al-Basyir an-Nazir”
3- Al-Imam Syaikh al-Qurra’ wa Imam al-Qiraat pada zamannya, Al-Hafiz al-Muhaddith al-Musnid al-Jami’ Abu al-Khair Syams ad-Din Muhammad bin Abdullah al-Juzuri asy-Syafi’e (meninggal tahun 660H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip berjudul “‘Urfu at-Ta’rif bi al-Maulid asy-Syarif”
4- Al-Imam al-Mufti al-Muarrikh al-Muhaddith al-Hafiz ‘Imad ad-Din Ismail bin Umar Ibn Kathir (meninggal tahun 774H). Ibn Kathir telah menyusun satu Maulid Nabi yang telah pun diterbitkan dan ditahqiq oleh Dr. Solah ad-Din al-Munjid. Ia kemudiannya disusun dan disyarahkan oleh Al-Allamah al-Faqih as-Sayyid Muhammad bin Salim bin Hafiz, Mufti Tarim dan diberi komentar pula oleh Al-Marhum al-Muhaddith as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, yang telah diterbitkan di Syria pada tahun 1387H.
5- Al-Imam al-Kabir wa al-Alim asy-Syahir, Hafiz al-Islam wa ‘Umdah al-Anam wa Marja’ al-Muhaddithin al-A’lam, Al-Hafiz Abdul Rahim ibn Husain bin Abdul Rahman al-Misri, yang terkenal dengan Al-Hafiz Al-Iraqi (725H – 808H). Maulidnya yang mulia dan hebat, dinamakan “Al-Maurid al-Hana” dan telah disebutkan oleh ramai huffaz seperti Ibn Fahd dan As-Suyuthi.
6- Al-Imam al-Muhaddith al-Hafiz Muhammad bin Abi Bakr bin Abdullah al-Qisi ad-Dimasyqi asy-Syafie, yang terkenal dengan Al-Hafiz Ibn Nashr ad-Din ad-Dimasyqi (777H-842H). Beliau merupakan ulama’ yang membela Ibn Taimiyyah malah menulis kitab bagi menjawab pertuduhan ke atas Ibn Taimiyyah. Beliau telah menulis beberapa kitab maulid, antaranya:
i) “Jami’ al-Athar fi Maulid an-Nabi al-Mukhtar” dalam 3 jilid.
ii) “Al-Lafzh ar-Ra’iq fi Maulid Khair al-Khala’iq” – berbentuk ringkasan.
iii) “Maurid as-Sabiy fi Maulid al-Hadi”.
7- Al-Imam al-Muarrikh al-Kabir wa al-Hafiz asy-Syahir Muhammad bin Abdul Rahman al-Qahiri yang terkenal dengan Al-Hafiz As-Sakhawi (831H-902H) yang mengarang kitab “Adh-Dhiya’ al-Lami’ ” dan kitab-kitab lain yang berfaedah. Beliau telah menyusun maulid Nabi dan dinamakan “Al-Fakhr al-Alawi fi al-Maulid an-Nabawi” (beliau menyebutkannya dalam kitab Adh-Dhiya’ al-Lami’, 8/18).
8- Al-Allamah al-Faqih as-Sayyid Ali Zainal Abidin as-Samhudi al-Hasani, pakar sejarah dari Madinah al-Munawarrah (meninggal tahun 911H). Maulidnya yang ringkas (sekitar 30 muka surat) dinamakan “Al-Mawarid al-Hani’ah fi Maulid Khair al-Bariyyah”. Kitab ini dalam tulisan khat nasakh yang cantik dan boleh didapati di perpustakaan-perpustakaan di Madinah, Mesir dan Turki.
9- Al-Hafiz Wajih ad-Din Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafie, yang terkenal dengan Ibn Daiba’i. beliau dilahirkan pada bulan Muharram 866H, dan meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 Rejab 944H. Beliau merupakan salah seorang Imam pada zaman beliau, dan merupakan kemuncak Masyaikh al-Hadith. Beliau telah meriwayatkan hadith-hadith Al-Bukhari lebih 100 kali, dan membacanya sekali dalam masa 6 hari. Beliau telah menyusun maulid yang amat masyhur dan dibaca di merata dunia (iaitu Maulid Daiba’i). Maulid ini juga telah ditahqiq, diberi komentar serta ditakhrijkan hadithnya oleh Al-Marhum al-Muhaddith as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.
10- Al-Allamah al-Faqih al-Hujjah Syihab ad-Din Ahmad ibn Hajar al-Haitami (meninggal tahun 974H). Beliau merupakan mufti Mazhab Syafie di Makkah al-Mukarramah. Beliau telah mengarang maulid yang sederhana (71 muka surat) dengan tulisan khat naskh yang jelas yang boleh didapati di Mesir dan Turki. Beliau namakannya “Itmam an-Ni’mah ‘ala al-‘Alam bi Maulid Saiyyid Waladi Adam”. Selain itu beliau juga menulis satu lagi maulid yang ringkas, yang telah diterbitkan di Mesir dengan nama “An-Ni’mah al-Kubra ‘ala al-‘Alam fi Maulid Saiyyid Waladi Adam”. Asy-Syaikh Ibrahim al-Bajuri pula telah mensyarahkannya dalam bentuk hasyiah dan dinamakannya : “Tuhfah al-Basyar ‘ala Maulid Ibn Hajar”
11- Al-Allamah al-Faqih asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad asy-Syarbini al-Khatib (meninggal tahun 977H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip sebanyak 50 halaman, dengan tulisan yang kecil tetapi boleh dibaca.
12- Al-Allamah al-Muhaddith al-Musnid al-Faqih asy-Syaikh Nuruddin Ali bin Sultan al-Harawi, yang terkenal dengan Al-Mulla Ali al-Qari (meninggal tahun 1014H) yang mensyarahkan kitab Al-Misykat. Beliau telah mengarang maulid dengan judul “Al-Maulid ar-Rawi fi al-Maulid an-Nabawi”. Kitab ini juga telah ditahqiq dan diberi komentar oleh Al-Marhum al-Muhaddith as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, dan dicetak di Matba’ah As-Sa’adah Mesir tahun 1400H/ 1980M.
13- Al-Allamah al-Muhaddith al-Musnid as-Sayyid Jaafar bin Hasan bin Abd al-Karim al-Barzanji, Mufti Mazhab Asy-Syafi’e di Madinah al-Munawarah (khilaf pada tahun kematiannya, sama ada 1177H atau 1184H). Beliau merupakan penyusun maulid yang termasyhur yang digelar “Maulid al-Barzanji”. Sebahagian ulama’ menyatakan nama sebenar kitab ini ialah “‘Aqd al-Jauhar fi Maulid an-Nabi al-Azhar”. Maulid ini merupakan maulid yang termasyhur dan paling luas tersebar di negara-negara Arab dan Islam, di timur dan barat. Malah dihafal dan dibaca oleh orang Arab dan ‘Ajam pada perhimpunan-perhimpunan mereka yang berbentuk kemaSyara’atan dan keagamaan.
14- Al-Allamah Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-’Adawi yang terkenal dengan Ad-Dardir (meninggal tahun 1201H). Maulidnya yang ringkas telah dicetak di Mesir dan terdapat hasyiah yang luas padanya oleh Syaikh al-Islam di Mesir, Al-Allamah asy-Syaikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad al-Baijuri atau al-Bajuri (meninggal tahun 1277H).
15- Al-Allamah asy-Syaikh Abdul Hadi Naja al-Abyari al-Misri (meninggal tahun 1305H). Maulidnya yang ringkas dalam bentuk manuskrip.
16- Al-Imam al-’Arifbillah al-Muhaddith al-Musnid as-Sayyid asy-Syarif Muhammad bin Jaafar al-Kattani al-Hasani (meninggal tahun 1345H). Maulidnya berjudul “Al-Yumn wal-Is’ad bi Maulid Khar al-‘Ibad” dalam 60 halaman, telah diterbitkan di Maghribi pada tahun 1345H.
17- Al-Allamah al-Muhaqqiq asy-Syaikh Yusuf an-Nabhani (meninggal tahun 1350H). Maulidnya dalam bentuk susunan bait dinamakan “Jawahir an-Nazhm al-Badi’ fi Maulid asy-Syafi’” diterbitkan di Beirut berulangkali.

(dinukilkan dari tulisan guru dan sahabat kami Al-Fadhil Ustaz Abdullah Tahir al-Qaddahi-blog: al.fanshuri.blogspot.com. Kitab asal yang menyebutkan perkara ini ialah tulisan Al-Marhum al-Muhaddith al-Arifbillah, As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani yang telah diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Sayyid Abdul Kadir al-Joofre).


_______________________________________________________
(dinukilkan dari tulisan guru dan sahabat kami Al-Fadhil Ustaz Abdullah Tahir al-Qaddahi-blog: al.fanshuri.blogspot.com. Kitab asal yang menyebutkan perkara ini ialah tulisan Al-Marhum al-Muhaddith al-Arifbillah, As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani yang telah diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Sayyid Abdul Kadir al-Joofre).

Ahad, 6 Februari 2011

MAJLIS ILMU: BERSAMA SYAIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI


7 FEBRUARI 2011
SURAU AL-FALAH SS6, KOTA DAMANSARA
(LEPAS MAGHRIB)

8 FEBRUARI 2011
MASJID PEWAJA, GURUN
(LEPAS MAGHRIB)

9 FEBRUARI 2011
MASJID BUKHARI, ALOR MALAI
(LEPAS MAGHRIB)

10 - 13 FEBRUARI 2011
MASJID ALOR MALAI
(KULIAH PAGI DAN MALAM)

14 FEBRUARI 2011
PUSAT ISLAM UUM SINTOK, KEDAH
(KULIAH SUBUH)

15 - 21 FEBRUARI 2011
KELANTAN

MOHON SEBARKAN PADA SEMUA...

Jumaat, 4 Februari 2011

SEJARAH PENGAJIAN TALAQI DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SEJARAH PENGAJIAN TALAQI DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

Talaqi di UIA PJ

Sejarah talaqi di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya bermula pada tahun 2007, hasil dari kesedaran penuntut UIA sendiri untuk menuntut ilmu agama secara talaqi dan bersanad. Ia bermula apabila Akhi Imran (sekarang di Tahun 2, Medic, Kampus UIA Kuantan) dan beberapa temannya berjumpa Al-Fadhil Ustaz Muhadir agar dibuat satu halaqah ilmiah sebagai pengisian ilmu dan rohani di bawah asuhan beliau sendiri. Al-Fadhil Ustaz Muhadir menyambut baik cadangan dan niat murni tersebut. Akhirnya satu pengajian talaqi bermula di AX202 dengan menggunakan kitab ‘Aqidah al-Muslimin dan syarahnya. Majlis diadakan pada setiap hari Jumaat, bermula pukul 12 tengahari sehingga 1 pm, dengan kehadiran lebih kurang 25 orang untuk halaqah yang pertama. Muslimat pada ketika itu diketuai oleh Ukhti Rabiatul Adawiyah (sekarang di Tahun 2, Medic, Kampus UIA Kuantan). Majlis bermula dengan pembacaan kitab oleh Al-Fadhil Ustaz dan kemudiannya disusuli dengan sesi soal jawab selama 15 minit yang terakhir untuk setiap perjumpaan. Kehadiran ahli pengajian semakin bertambah dari seminggu ke seminggu.

Selepas itu, pengajian talaqi diketuai oleh Akhi Syed Saufi al-Aydrus (jurusan Pharmacy sekarang di Tahun 1, Kampus UIA Kuantan) bagi muslimin dan Ukhti Hafizah binti Hisma (jurusan ICT sekarang di Tahun 1, Kampus UIA Gombak) bagi muslimat. Oleh kerana ahli pengajian semakin ramai, tempat pengajian ditukar ke kelas lebih luas di AX102. Pada masa itu, ahli pengajian duduk di atas kerusi yang disusun rapi. Masa pengajian bermula pukul 12 tengahari sehingga 1 pm, pada hari Jumaat dengan kitab Penawar Bagi Hati karangan Al-Alim al-Allamah Syaikh Abdul Qadir al-Mandili al-Indonisi al-Makki. Di ketika ahli pengajian semakin ramai, majlis talaqi dikejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah ahli talaqi yang komited dan ikhlas, Al-Marhum Akhi Nabil. Beliau seorang hafiz Al-Quran yang disenangi oleh semua orang. Beliau juga sangat menghormati guru dan para masyaikh. Beliau – insyaAllah – mendapat tempat di hati Al-Fadhil Ustaz Muhadir. Ini terbukti di mana di dalam majlis talaqi, Al-Fadhil sering kali menyebut kebaikan dan kelembutannya semasa hayatnya. Semoga Allah Taala merahmati rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang yang solihin, Al-Fatihah. Pengajian talaqi selepas itu diketuai oleh Akhi Azri (sekarang di Tahun 1, Allied Health Science, Kampus UIA Kuantan).

Pada tahun 2010, pengajian talaqi telah diketuai oleh Akhi Ku Atif (sekarang di Tahun 1, Nursing Kampus UIA Kuantan) bagi muslimin dan Ukhti Noratasha Aida (sekarang Tahun 1, Allied Health Science, Kampus UIA Kuantan), bagi muslimat. Oleh kerana bilangan semakin ramai, ahli pengajian mula duduk di atas tikar. Sekali lagi ahli pengajian talaqi dikejutkan dengan pemergian ahli pengajian yang ikhlas dan bersungguh dalam menuntut ilmu. Al-Marhumah Ukhti Siti Fatimah sangat disukai dan disenangi oleh rakan-rakannya. Beliau dengan penuh keikhlasan dan komited sekali turut menjadi pembantu menguruskan bahagian muslimat untuk majlis talaqi ini. Al-Fadhil Ustaz juga selalu meminta ahli-ahli pengajian menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas (11 kali) untuk Al-Marhumah dan Al-Marhum Akhi Nabil. Semoga pemergiannya ke alam baqa’ pada bulan Rejab yang mulia dirahmati Allah Taala dan ditempatkan rohnya bersama orang-orang yang solihin, Al-Fatihah…

Selepas itu, Akhi Muhammad Syafiq bin Kamil (sekarang di Tahun 1, Engineering, Kampus UIA Gombak) diamanahkan memegang ketua bagi majlis talaqi bagi muslimin, sementara muslimat diketuai oleh Ukhti Sharifah Nurhidayah dan Ukhti Siti Fatimah binti Abdul Ghaffar (sekarang di Tahun 1, BioScience, Kampus UIA Kuantan). Kitab yang disyarahkan oleh Al-Fadhil Ustaz ialah kitab Bidayah al-Hidayah karangan Imam Ghazzali. Di bawah beliau, beberapa perubahan telah dibuat dan beberapa perkembangan telah berlaku. Antaranya sebelum majlis bermula, ahli pengajian akan membaca Ratib al-Haddad dan berqasidah. Akhi Muhammad Syafiq telah berusaha membuat blog khas dengan nama ‘jomtalaqi’ untuk menjadi medium memaklumkan masa dan tarikh majlis talaqi. Blog ini juga bertujuan memaklumkan majlis-majlis ilmu di tempat lain. Beliau telah melantik beberapa ahli pengajian untuk mengemaskinikannya termasuklah Akhi Muzhaffar (sekarang di Tahun 2, Pusat Asasi, Engineering, Kampus PJ) dan Akhi Amir (sekarang di Tahun 2, Pusat Asasi, Engineering, Kampus PJ). Dalam usaha menyebarluaskan maklumat tentang tarikh dan masa pengajian talaqi, beliau menugaskan beberapa ahli pengajian untuk bertanggungjawab meng’sms’ kepada beberapa ahli pengajian yang lain, dan begitulah untuk yang lain. Usaha ini ternyata lebih berkesan di mana lebih ramai ahli pengajian yang hadir sehingga melimpah keluar kelas dan kelas sebelah (AX101). Untuk memudahkan urusan membuat salinan nota talaqi, beliau membuat tabung khas talaqi yang masih berjalan sehingga kini.

Hingga sekarang ini (Sem 2, 2010/2011), majlis pengajian talaqi diketuai oleh Akhi Amir (sekarang di Tahun 2, Pusat Asasi, Engineering, Kampus PJ) dan Ukhti Syarifah Hidayah (sekarang di Tahun 2, Pusat Asasi, Physical Science, Kampus PJ). Kitab yang disyarahkan oleh Al-Fadhil Ustaz ialah kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi dan Bidayah al-Hidayah karangan Imam Ghazzali. Kadang-kadang beliau menggunakan kitab Cahaya Yang Menerangi dari Fatwa dan Jawapan Syaikh Nuruddin al-Banjari (kitab soal jawab agama ini adalah susunan Al-Fadhil Ustaz sendiri). Talaqi di kampus PJ sekarang ini diadakan pada malam Khamis, setiap minggu pertama, ketiga dan keempat.

Talaqi di UIA Gombak

Pada tahun 2010, Akhi Adli (sekarang di Tahun 1, Enginering, Kampus UIA Gombak) telah menyatakan hasratnya untuk mengadakan majlis pengajian talaqi di Gombak kepada Al-Fadhil Ustaz Muhadir. Majlis talaqi di Gombak telah bermula pada Sem 1, 2010/2011 yang lepas dengan kitab Matan Ibn Abi Jamrah (hadith) dan Hidayah as-Salikin (tasawwuf). Beliau dibantu oleh Akhi Ku Faiz, Akhi Uzair, Akhi Umar (sekarang semuanya di Tahun 1, Engineering, Kampus UIA Gombak) dan lain-lain. Bagi muslimat, talaqi diketuai Ukhti Shuhada’ (sekarang di Tahun 1, Enginering, Kampus UIA Gombak), dengan dibantu muslimat lain. Talaqi pertama dan beberapa talaqi seterusnya telah diadakan di bangunan Kuliyyah of Education (EDU). Pada masa sekarang, ia diadakan di surau Kuliyyah of Engineering untuk setiap Selasa malam, minggu kedua dan keempat. Alhamdulillah, bermula Februari 2011 tahun ini, majlis talaqi di Gombak menerima berita gembira di atas kesudiaan murid Al-Alim al-Allamah al-Musnid, Habib Umar iaitu Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid untuk memanfaatkan ilmunya dengan menggunakan kitab Aqidah al-Awwam (tauhid) dan Safinah an-Naja (feqah).

Talaqi di UIA Nilai

Talaqi di UIA Nilai kali pertama diadakan pada tahun 2008 dengan diketuai oleh Akhi Syed Putra (sekarang di Tahun 1, Arabic, Kampus UIA Gombak). Kitab yang dibaca dan disyarah oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir ialah Penawar Bagi Hati karangan Syaikh Abdul Qadir al-Mandili al-Indunisi al-Makki. Walau bagaimanapun, talaqi di sini hanya diadakan sekali dalam sebulan iaitu pada Khamis malam setiap minggu yang kedua. Selepas itu ia diketuai oleh Akhi Ikram (sekarang di Tahun 1, IRK, Kampus UIA Nilai). Sekarang ini pengajian talaqi diketuai oleh Akhi Muhammad Fuad (sekarang di Tahun 1, IRK, Kampus UIA Nilai) dan dibantu oleh Akhi Firdaus Abu Bakar dan Akhi Firdaus Idris (sekarang kedua-duanya di Tahun 2, IRK, Kampus UIA Nilai) bagi muslimin. Bagi muslimat, ia diketuai oleh Ukhti Sakinah (sekarang di Tahun 2, IRK, Kampus UIA Nilai) dan Ukhti Wan Nur Fadhilah (sekarang di Tahun 2, IRK, Kampus UIA Nilai).

Talaqi di UIA Kuantan

Al-Fadhil Ustaz Muhadir juga diminta untuk mengadakan juga talaqi di kampus UIA Kuantan. Walau bagaimanapun, jarak yang agak jauh membataskan Al-Fadhil untuk ke sana. InsyaAllah beberapa para asatizah dan masyaikh dijangka akan mengadakan majlis talaqi di sana. Buat masa ini Alhamdulillah, beberapa majlis talaqi yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Akil baru bermula sekitar bulan Januari 2011 yang lepas dengan kitab Feqah Syafie.

______________________________________________________________________________

Demikianlah sedikit catitan sejarah pengajian talaqi di UIA sejak ia mula diadakan sehingga sekarang. Antara kelebihan talaqi di bawah asuhan Al-Fadhil Ustaz Muhadir ialah ia bukan hanya mengupas dan membahaskan ilmu dari kitab-kitab yang disyarahkan, tetapi Al-Fadhil sangat-sangat mementingkan adab dalam menuntut ilmu dan adab kepada para ulama’ dan ahli ilmu. Beliau juga mengajar ahli-ahli talaqi untuk sentiasa mencintai Rasulullah dan ahli baitih. Begitulah kesan didikan dan tarbiah yang beliau dapat dari guru-guru tercintanya, Al-Alim al-Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki, Syaikh Fahmi Zamzam al-Banjari, Syaikh Baba Abdul Aziz, Syaikh Fuad Kamaluddin al-Maliki dan beberapa masyaikh yang lain.

Semoga bumi UIA akan terus disirami hujan rahmat dan barakah dengan majlis pengajian talaqi bersanad ini, Amin….

Catitan oleh:
Seorang Ahli Pengajian Yang Dhoif, Faqir, Kerdil di sisi Allah
3 Februari 2011